Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Kenangan SPM 1996

SPM 1996 Kenangan lebih 20 tahun dulu.. tua dah makcik ni rupanya.. 😅 Kenangan SPM 1996 ~gambar ihsan google~ Zaman aku SPM dulu, masih menggunakan sistem pangkat dan agregat.. masa tu orang mesti akan tanya keputusan SPM dengan soalan.. "Kau dapat pangkat berapa? "  let's be game changers Masa tu ada pangkat 1,2 dan 3.. kalau tak salah agregat dikira dari 6 matapelajaran yang terbaik termasuk 4 matapelajaran wajib dan 2  matapelajaran elektif..   maaf la kalau info ni salah.. lama dah aku tinggalkan zaman persekolahan..  Tapi antara yang tak dapat dilupakan waktu hari mengambil keputusan peperiksaan SPM.. memang takkan lupa sampai bila-bila..  Aku tinggal di Kluang,  dan bersekolah di Muar pada waktu tu.. cuma ada satu je pengangkutan yang menghubungkan daerah ini yang mampu dinaiki oleh semua orang pada masa tu.. tak terkecuali aku jugak.. walaupun keputusan akan diumumkan hanya selepas jam 10 pagi seperti kebiasaann...

Kenapa aku hilang?

Assalamualaikum semua,  lama sangat rasanya aku tak coretkan kisah hidup dalam blog ni.. sejujurnya aku mula rindu saat berblog yang cuma berkisar pasal hidup sehari-hari bersama keluarga tercinta.. rindu zaman mengetahui kisah kawan-kawan yang pernah seperjuangan sama ada di sekolah.. di universiti dan di tempat kerja lama yang satu masa dulu pernah jadi persinggahan.. rindu jugak membaca blog rakan-rakan yang minat menulis yang sentiasa membekalkan kata-kata semangat untuk insan lain..  Kenapa aku hilang? ~gambar ihsan google~ dulunya ramai yang menulis untuk berkongsi kisah.. terutama di zaman internetnya belum begitu maju.. masa tu boleh kira dengan jari siapa aje yang ada telefon pintar.. belum lagi disebut facebook pada waktu tu.. blog bagaikan media penghubung yang digemari semua.. tapi lama ke lamaan bila wujudnya media lain yang makin canggih.. blog semakin maju fungsinya.. bukan saja media penghubung tapi juga menjana pendapatan yang berlipat kali gand...

Syoknya bercuti di Ipoh

SYOKNYA BERCUTI DI IPOH Assalamualaikum semua, cuti-cuti dalam Malaysia sangat aku sukakan, dan aku harap korang yang mana sebagai pembaca setia aku, pun suka gak cuti kat dalam negara kita ni. Bukan apa, dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, kita kena jimatkan kos.. Jimat kos tapi kepuasan tu ke langit barulah syok.. So kali ni aku nak kongsikan tempat-tempat yang syok yang korang boleh pergi kat Ipoh, Perak. Kalau ada plan nak ke Ipoh, artikel ni terbaik untuk korang baca. Syoknya bercuti di Ipoh Kalau korang minat ngan theme park korang boleh ke Taman Tema Lost World of Tambun, sebab tempat ni secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Kat dry park korang boleh meningkatkan adrenalin dengan naik roller coaster yang sesuai gak untuk kanak-kanak, juga terdapat rumah hantu kalau korang nak lagi thrill. Di samping itu, korang boleh melawat Petting Zoo yang menjadi rumah untuk pelbagai jenis haiwan macam arnab, rakun, ular, zirafah, harimau dan b...

Makan-makan di D'Kayangan Steamboat Shah Alam

assalamualaikum semua,  cuti panjang ni korang semua ke mana je?  kalau aku memang aku habiskan masa untuk bersama keluarga yang tersayang dengan aktiviti macam-macam la.. tapi kalau dapat bersama ni tentulah lebih best kalau kita luangkan masa untuk nikmati makanan yang best bersama keluarga kan?  Makan-makan di D'Kayangan Steamboat Shah Alam sebab tu aku nak kongsikan dengan korang pasal satu tempat makan yang best dan patut korang masukkan dalam senarai tempat wajib singgah bersama keluarga la..  tempatnya yang aku nak kongsikan ni ialah D'Kayangan Steamboat BBQ di Shah Alam.. tempat yang memang sangat sesuai untuk aktiviti makan beramai-ramai bersama keluarga! D'Kayangan Steamboat Shah Alam kenapa aku cakap macam tu?  sebab siapa yang singgah sini pasti akan singgah lagi ke D'Kayangan Steamboat BBQ ni..  antara 5 sebab kenapa tempat ni menjadi pilihan bagi keluarga yang menggemarkan seafood atau makanan laut.. ialah.. ...

Mencuba Body Sparkling Mist By Titi Kamal dan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser

Mencuba Body Sparkling Mist By Titi Kamal dan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser Assalamualaikum semua,  baru ni aku cuba 2 lagi produk yang best dari Althea.. Setiap kali memang aku akan ambik masa untuk cuba sendiri produk dari Althea ni sebelum tulis di blog.. kiranya akan ambik masa sikit.. lepas dah cuba baru berani nak tulis kan.. dan kali ni aku cuba Body Sparkling Mist by Titi Kamal dan Althea's Pore Purifying Serum Cleanser.. Stay Fresh Body Sparkling Mist x Titi Kamal Masa mula-mula terima lagi anak dara kecik aku dah excited dah nak cuba Body Sparkling Mist ni.. tak sabar dah dia.. siap tanya banyak kali.. yang ni budak-budak boleh pakai kan? Hahaha.. sebabnya setiap kali ada barang sampai mesti barang make up yang sewaktu dengannya.. jadi haruslah aku cakap bebudak tak boleh pakai kan.. aku pulak jenis malas nak layan budak kecik yang belum cukup umur sibuk nak make up bagai ni.. kang tak pasal rosak kulit muka yang masih mulus lagi tu kan.. jadi ka...

Hadiah apa yang akan diberi pada pasangan?

Assalamualaikum semua,  dah tengah malam ni baru bertenang sikit rasa nak menulis.. sebenarnya ada sesuatu yang terlintas di fikiran aku saat ni.. soalan dari seorang rakan di facebook.. Hadiah apa yang korang bagi pada pasangan di hari kelahiran korang?  pada aku yang membaca soalan tu merasakan sangat aneh soalan yang ditanyakan sebenarnya..  Hadiah apa yang akan diberi pada pasangan?  Maunya tak aneh.. kita nak bagi hadiah pada orang lain di hari kelahiran kita sendiri? memula rasa macam pelik tapi bila difikirkan balik betul jugak.. kita patut ucapkan terima kasih atas apa jua jasa yang orang berikan kepada kita.. baik besar atau kecil.. macam orang tolong sapukan bilik.. orang tolong basuhkan baju.. wajarlah kita ucapkan terima  kasih..  Jadi apalah salahnya kalau kita dapat beri ucapan terima kasih pada orang yang banyak jasanya kepada hidup kita terutama ibu kita yang melahirkan kita ke dunia.. untuk ayah yang membanting tulang dan t...

Selamat Tahun Baru 2019!

assalamualaikum semua,  dah masuk tahun 2019 dah pun.. 2018 dah selamat berlalu pergi.. meninggalkan seribu satu kenangan buat kami sekeluarga.. termasuk perubahan paling besar yang kami buat iaitu berpindah ke Kuala Lumpur.. namun Kuantan akan selalu di hati kami..  Selamat Tahun Baru 2019! banyak sangat kenangan manis kami sepanjang tahun 2018 yang lalu.. antara yang akan kami kenang ialah kejayaan Abg Long mendapat 8A dalam UPKK.. tak sempat lagi aku nak tulis pasal kejayaan tu dalam blog ni.. insyaAllah satu hari akan aku tulis jugak.. sekadar buat penghargaan buat si anak..  bagi mereka yang kenal aku selama ni tentu tau sangat yang aku tak pernah pun kongsikan apa jua keputusan peperiksaan anak-anak.. biar baik atau pun tidak.. bimbang sangat akan ada yang mengata kami menunjuk-nunjuk.. tapi kejayaan anak yang satu ni aku kongsikan akhirnya.. bukan kerana nak menunjuk..  jauh sekali.. cuma aku sangat berbesar hati dan bersyukur Allah kurniak...