Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Usher Hari Raya with Free Delivery and Discounts Up to 50% off

Usher Hari Raya with Free Delivery and Discounts Up to 50% off Assalamualaikum all, have you guys already ordered Ramadhan or Raya dishes yet? If the answer is no, it is the time to order your favourite Ramadhan and Hari Raya dishes with ease, as ShopeeFood brings you a variety of special dishes for you and the family. With great discounts and free delivery throughout the Ramadan-Raya season, you can focus your efforts on preparing for the rest of the celebrations without worrying about what-to-eat.  Get started right here with some unique offers from our awesome ShopeeFood merchants:  ● TEXAS CHICKEN’s Ayam 8Lada Promo -  Indulge in an explosive combination of 8 powerful peppers that is guaranteed to tantalize your taste buds and deliver an extraordinary spicy sensation!  ● KENNY ROGERS ROASTERS’ Ole-Ole Raya Package -  Satisfy your cravings with the creamy and buttery sauces of Kenny Rogers Roasters Buttermilk Pedas, infused with a tantalizing hint of spi...

Ceritaita : Menu Iftar Buffet Ramadan di Hotel Sentral JB 2023

Menu Iftar Buffet Ramadan di Hotel Sentral 2023  Berbuka Puasa di Hotel Sentral JB Assalamualaikum semua, dah masuk 15 Ramadan dah pun sekarang ni.. sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je tunggu-tunggu bulan Ramadan tiba sambil nyanyi-nyanyi lirik lagu Ramadan Tiba nyanyian kumpulan Opick. Memang jadi siulan mulut anak-anak kat rumah ni. Seronok masing-masing nak tunggu bulan Ramadan. Sekali dah sampai cepat sangat rasanya berlalu. Belum sempat aku nak ceritakan pasal menu iftar atau menu berbuka kami untuk Ramadan pertama.. tiba-tiba dah sampai hari ke 5 dah pun. Jadi sebelum ianya lagi cepat berlalu aku nak ceritakan menu iftar kami pada hari pertama Ramadan baru ni di Hotel Sentral JB.. Cerita berbuka puasa 1 Ramadan  Kami rasa bertuah bila dapat sama-sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Setanggi di Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Hotel Sentral pada 1 Ramadan baru ni. Dengan bertemakan menu iftar Jelajah Rasa Bersama Sentral yang menghidan...

Senarai Buffet Ramadan Kluang 2023

Buffet Ramadan Kluang 2023 Buffet Ramadan Kluang Assalamualaikum semua, dah lama aku nak tulis pasal kompilasi buffet Ramadan di Kluang pada tahun 2023. Aku nak buat kompilasi ni sebab aku sendiri pun payah nak cari info pasal buffet Ramadan yang ada di Kluang ni.  Dan aku pun mula la cari maklumat pasal buffet Ramadan di Kluang pada tahun 2023 ni dan ambik inisiatif menulis dalam bentuk kompilasi ni. Jika ada info buffet Ramadan yang dibuat di sekitar Kluang ni yang tertinggal boleh komen atau email pada aku ya.. nanti aku masukkan.  Senarai Tempat Untuk Iftar Buffet Ramadan Kluang  1. Ben Mael Cafe Kluang Buffet Ramadan Ben Mael Cafe Kluang Sekali lagi, buat tahun ke3 Ben Mael mengadakan Bufet Ramadan istimewa buat anda. Sesiapa yang berminat boleh, tempah slot anda melalui nombor telefon di bawah ni sekarang. 011-27620075 - Ben Mael Cafe Harga :- Dewasa : RM52 Warga Emas : RM42 Kanak2 6-12thn : RM33 2. Bunian Bistro Buffet Ramadan Bunian Bistro Bunian Bistro suda...

Tular Gambar Kemungkinan Raya Awal 2023?

Viral Kemungkinan Raya Awal 2023? Viral Gambar Pengumuman Akhir Ramadan 1444H  Assalamualaikum semua,  sejak kelmarin ada gambar seperti di atas ni yang tular di sana sini. Sampaikan jadi panik buat sesetengah orang pulak jadinya. Jadi aku rasa macam jadi satu tanggungjawab juga aku bantu sebarkan apa penjelasan JAKIM isu gambar notis tarikh akhir ramadan yang tular tu.  Pengumuman rasmi dari JAKIM JAKIM dah keluarkan kenyataan seperti di bawah ni.. semoga penerangan JAKIM ni dapat buatkan semua orang bertenang.. Kita tunggu je la apa pun kemungkinan. Tunggu dengan bersedia yang sepatutnya. : KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN  ISU TULAR TANGKAP LAYAR  “PEMBERITAHUAN AKHIR RAMADAN 1444H 20 APRIL 2023” Bil. 4/2023 1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan “Pemberitahuan Akhir Ramadan 1444H 20 April 2023” yang dipercayai disiarkan menerusi sebuah paparan iklan di se...

Korang pernah hilang anak masa beli baju raya?

Korang pernah hilang anak masa beli baju raya? Budak kecik ni la yang hilang aritu Assalamualaikum semua,  korang dah siapkan persiapan untuk baju raya ke belum? Kami baru ni sempatlah tinjau jualan baju raya di Angsana Mall JB.. ada banyaknya pilihan baju melayu tradisional lelaki dan perempuan. Rambang mata kami anak beranak jadinya.. sampaikan ada kisah hilang anak masa beli baju raya kali ni.. macam-macamlah..  Jalan-jalan cari baju raya di Angsana Mall Di mana-mana ada Kacax ni.. terus rasa nak singgah Tapi kan bila masuk aku perasan dari tingkat bawah sampai atas tu asyik ternampak je Butik Kacax.. lepas tu sebelah dia mesti ada Butik Jamilah.. Kacax ni jual baju raya lelaki moden yang hot-hot la semuanya.. Jamilah tu jual baju raya perempuan..  Terkejut bila tau jumlah booth Butik Kacax ni!  Pilihan baju melayu di Butik Kacax Jadi bila dah asyik ternampak Butik Kacax kat Angsana Mall JB ni buat aku tertanya jugak berapa banyak booth dia ada ni.. Kebetula...