Selasa, 14 Ogos 2012

Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas?

salam sejahtera semua,

nak tanya pendapat korang la.. tadi aku ada terbaca pasal pendaftaran untuk pra sekolah...

nak tau je bagi sesiapa yang dah ada anak-anak sekolah..... ada beza ke antara pra sekolah dengan Tadika Kemas?

kalau sekarang ni tadika kemas kat tempat aku hantar abg long ni.. yuran tahunan rm80 dan bulanan rm15...

kalau pra sekolah kena bayar bulan-bulan ke tak ye?

mana lagi ok? pra sekolah ke tadika?

kalau pra sekolah buat konsep macam sekolah ada periksa-periksa segala tu aku tau confirm anak aku gi sekolah sehari je kang....

korang ada cadangan tak?

aku terbaca dia tengok pendapatan keluarga pulak..... payah ke nak mohon ni? semua sekolah ke ada?

p/s kalau ikut aku teruskan je la kat tadika kemas tu kan? sayang baju sekolah tadika tu belum lusuh lagi... hehe...

update entri terbaru pasal perbezaan ni.. boleh baca kat Apa Beza Tadika, Tabika dan Pra Sekolah.. Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

ANIM berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pra sekolah kena lihat pendapatan ibu bapa. tapi kalau sekolah tu kurang pelajar mohon, ada peluang. pra sekolah lebih didedahkan pada suasana sekolah, assembly, aktiviti sekolah. yang seronoknya, banyak akiviti lawatan luar..

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

macam best je dengar hanim tapi setiap sekolah ada ke?

Asya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

x semua sekolah ada. Memang tengok pendapatan. Akak aku kata kalo dekat bando jgn harap boleh dpt sebb awal2 dah penuh. tapi aku kan duduk kg jadi Insya Allah taun depan anak aku g pra sekolah.sebulan RM5 aje.

Rozy berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nk tumpang tnya kt post puan Rozita ni.. ada sesiapa tau ke apa perbezan ni pra sklh, tadika kemas dan tabika petpaduan?

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam...sya pun nk btnya sapa yg tau perbezaan tadika dan tabika...& puan2 rse tabika kemas zaman skrg ok x?

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya cuma tau perbezaan antara tadika kemas dengan pra sekolah je.. pada saya tadika kemas tak menekankan pembelajaran menyeluruh utk kanak-kanak terutama persediaan mereka utk ke tahun satu.. tetapi pra meletakkan ini sebagai keutamaan mereka.. dan tadika kemas di bawah seliaan jabatan kebajikan masyarakat dan pra sekolah di bawah kementerian pendidikan.

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya cuma tau perbezaan antara tadika kemas dengan pra sekolah je.. pada saya tadika kemas tak menekankan pembelajaran menyeluruh utk kanak-kanak terutama persediaan mereka utk ke tahun satu.. tetapi pra meletakkan ini sebagai keutamaan mereka.. dan tadika kemas di bawah seliaan jabatan kebajikan masyarakat dan pra sekolah di bawah kementerian pendidikan.

soal samada tadika atau pra yang mana lebih releven, saya tak boleh jawab soalan tu sebab ianya bergantung pada kemampuan anak tu sendiri.. kalau anak dah sedia pandai atau lebih sedikit dari kanak2 lain,silibus tadika kemas tidak akan membantu mereka dan mungkin akan menjadikan mereka bosan..ini hanya pendapat saya..

masherna mustafa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam...

tq for the sharing all. of course credit to the owner of the blog.

feedaa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam.. nk share gak.. pada pendapat saya pendidikan awal kanak di kemas dan prasekolah sama je wlaupun di bawah ministry yg berbeza.. mereka menggunakan kurikulum starndard yg sama linus pn ade gak.. kurikulum yg ditetapkn kpm tu la mnjadi panduan kemas dan prasekolah iaitu mereka mengajar anak-anak kita melalui kaedah belajar sambil bermain..