Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 1 November 2013

Sosej Telur Love @ Sosej Telur Bersulam Cinta

assalamualaikum semua,

salam pagi jumaat yang mulia...

semalam entah kenapa angin aku tetiba nak masak yang lain dari yang lain.... pasal 2 hari lepas ada sorang blogger H.A.T.I yang buat sosej telur kasih sayang ni... menarik... dan rujukan dari blog Haslizalizz... memang menarik...

ok jom kita tengok hasilnya....



Sosej telur love 


senyum... senyum... belum cerita abis ni... resepi tersangat la mudah...

Sosej Telur Love @ Sosej Telur Bersulam Cinta
by Cerita Ita

Bahan-bahan
3 batang sosej (direbus telebih dahulu dan sejukkan)
3 biji telur gred C @ D (lagi kecik lagi ok)
3 batang pencungkil gigi/lidi
Minyak secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya

Cara-cara
1. Belah dari hujung sosej hingga ke hujung satu lagi tapi jangan sampai habis, tinggalkan dalam 1/2 cm.
2. Pegang dan tarik hujung yang terbelah dan cantumkan terbalik ke bawah sehingga membentuk love.Cantumkan dengan lidi.
3. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Perlahankan api.
4. Letak sosej dalam kuali.
5. Pecahkan telur.(seeloknya dalam bekas lain, biar cantik hasilnya).
6. Letak sedikit putih telur memenuhi ruang dalam sosej tadi dan biar seketika. (ini untuk mengelakkan telur bocor keluar)
7. Letak semua baki telur tadi dengan kuning telur di tengah-tengah.
8. Biar di atas dapur dengan api kecil sehingga masak. (aku suka tutup kuali sebab nak hasil dia telur tu berkilat dan tak kering sangat)
9. Bila dah masak boleh diangkat dan dihidangkan.

Selamat mencuba!


tengok.. penuh kasih sayang kan makanan kami... love is everywhere..  ;)


boleh je kalau korang nak buat letak blackpepper ke benda alah lain ke... tapi aku malas... buat seadanya je la...
orang selalu buat makan macam ni untuk menu sarapan pagi...tapi aku menu makan malam... hahaha... lepas tu semua kat rumah ni pakat tengok je sosej tu pasal seram nak makan.. siap ada ayat.. "dah ummi buat cantik sangat ...takut nak makan... boleh makan ke?" ....adoi.......


p/s hari ni ada lawatan ke tapak pameran Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013..lepas tu nak cari rak pameran pulak..aduh.. mana pegi masa macam tak cukup je rasa ni... Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow comelnya sayang nak makan

Rozita berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe... comel tu yg diorg semua seram nak mkn..

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perghh gila kreatif laa