Logo KBBA

Khamis, 7 April 2016

Nama anak panda Zoo Negara diumum hari ini

assalamualaikum semua,

pagi ni menaip entri secara langsung dari klinik pakar ORL HTAA... hantar adik hadi untuk temujanji lagi pagi ni...pasal masalah sakit telinga dia yang aku cerita hari tu.. dan pagi ni tiba-tiba tertengok berita pasal pengumuman nama anak panda yang akan dibuat pagi ni di Zoo Negara..

gambar berita panda di tv hospital..nampak nombor tu? jauh lagi aku tau..


pemenang utama akan memenangi sebuah kereta myvi tu...rezeki betul..tapi kena usaha jugak kan? jaranglah rezeki datang bergolek tanpa usaha...peraduan ni dah berlangsung pada hujung tahun lepas lagi..dan sekarang diumumkan pemenangnya..

tak pernah lagi berpeluang tengok panda ni secara dekat-dekat lagi...belum berpeluang..harga tiket pun boleh tahan..tambang dan penginapan di kuala lumpur lagi..banyak yang kena fikirkan dan diambilkira..apa pun zoo memang tempat kegemaran aku, shah dan anak-anak.. bayangkan je la tiap kali mengandung mesti mengidam nak berjalan di zoo..hahaha..unik kan?

apa pun bestnya kalau dapat tengok panda ni secara live... tak yah ke negeri china dah...


update : Nama anak panda tu Nuan nuan yang bermaksud ramah mesra

p/s hari ni aku cuti..tapi banyaknya keja rasa nak buat...
Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

idzwa kamaruddin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

makna dia peramah ke ape ntah tadi dengar kat radio.