Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 17 November 2016

Panduan untuk galakkan anak makan sayur

assalamualaikum semua,

hari ni nak kongsikan tips dan panduan yang dapat dari tengok Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pagi tadi.. ada topik menarik tau.. topiknya pasal sayur dan sayuran.. banyak info yang aku baru tau.. best topik ni.. sesuai sangat dengan orang yang suka makan sayur macam aku..

temubual dengan pakar pemakanan di MHI


5 tips atau panduan ajar anak-anak makan sayur


ada 3 tips yang diajar.. dan 2 lagi tips aku tambah

1. semuanya bermula dari ibubapa

maknanya nak anak makan sayur mak bapak pun kena jadi contoh yang baik jugak untuk anak-anak.. kalau nak anak makan sayur ibu bapa pun kena jadi pemakan sayur jugak.. jangan pulak nak suruh anak makan sayur tapi mak bapak pun taknak makan.. hehe.. yang ni memang tak jalan la jawabnya..

2. libatkan anak-anak dalam pemilihan dan proses pembelian sayur

kalau yang ni kena buat masa bawak anak-anak waktu belanja barang-barang dapur tu.. lebih baik lagi kenalkan sayuran yang ada kat situ walaupun kita tak beli.. dan bagi peluang anak-anak pilih sayuran yang dia minat dan ceritakan sekali kebaikan sayuran pada masa tu.. sambil pilih-pilih sayur tu kan.. mak bapak kena tau ilmu pasal sayuran sikit-sikit la.. tambahan..pilih la sayuran yang pelbagai warna untuk tarik minat anak-anak..

3. libatkan anak-anak dalam proses penyediaan sayuran tu di rumah

yang ni lebih kepada bagi anak peluang untuk siang atau potong sayur sambil cerita kebaikan sayur tu.. aku ada jugak buat sambil cerita sayur tu hidup macamana.. lagi sekali peluang untuk kongsi kebaikan sayuran.. dan kalau boleh bagi peluang anak sama-sama masak sayuran.. bila dah masak pepandai la puji sikit masakan anak tu supaya dia boleh ada semangat nak makan apa yang dia masak..

4. bagi ganjaran bila dapat makan sayuran

yang ni boleh la cuba bagi untuk anak-anak yang taknak langsung makan sayur atau tak mau langsung cuba kan.. boleh la bagi ganjaran yang dirasakan sesuai..

5. guna galakan orang lain

yang ni lagi senang dan aku selalu buat.. abg long sangat gemarkan sayur.. kakak husna dan adik hadi pemilih.. sayur yang dia nak je dia makan tapi abg ngah memang sayur tu musuh dia la.. kalau bagi apa-apa ada sayur aku la selalu jadi mangsa kena asing.. jadinya aku selalu ngelat dengan gunakan abg long dan adik-adik dia untuk pengaruh abg ngah makan.. contohnya bila abg long makan dia akan sebut "sedap gila sayur ni".. nanti abg ngah terpedaya jugak dan cuba.. haha.. bijak kan?

harap tips dan panduan ni boleh bantu korang yang ada masalah dengan anak-anak yang tak makan sayuran ni.. meh kita cuba je memana yang sesuai..

kedai bergerak menjual sayuran menggunakan lori


ada jugak diorang kongsikan pasal lori yang jual sayur yang bermotifkan mobile shop atau kedai bergerak.. lori ni cuma jual sayur je tau.. best gila! kira macam versi penjual sayur era baru la ni.. yang bestnya semua sayuran adalah dari ladang syarikat ni sendiri tau.. siap ada jual pakej sarapan pagi lagi tu.. untunglah orang Perak sebab lori ni cuma berada di Perak buat masa ni.. 

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

great

Sohoque encem berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Elok ajar anak mkn sayur di usia muda ni... jangan jadi cam saya. Lepas pi berdetox di phuket baru pandai makan sayur 😂