Logo KBBA

Jumaat, 18 November 2016

GA sempena Anniversary Hainom ok je

assalamualaikum semua,

tetiba rasa nak join giveaway dari geng blogger.. terasa best bila boleh support kawan-kawan kan.. dan giveaway kali ni dianjurkan oleh kak Hainom dari blog hainom ok je.. dianjurkan bersempena 21 tahun ulang tahun perkahwinannya.. bestnya.. aku ni baru je cukup 10 tahun pada tahun ni.. masih jauh lagi perjalanan kami kalau nak banding dengan kak hainom yang dah 21 tahun bersama dalam susah dan senang tu.. orang kata kiranya macam dah tau dah baik buruk memasing kan ? 

letak gambar ni kena bagi royalti ke apa ni? :'P



sebenarnya aku tak berapa ingat dari mana asal kenal kak hainom.. rasanya sebab aku rajin jengah blog kawan-kawan blog dulu.. dulu la masa memula aktif berblog.. sekarang ni dengan beban kerja macam ada ke laut sikit mood kadang-kadang.. nak update blog pun perlukan komitmen tinggi lagi la nak blogwalking.. tapi walau macamana pun kak hainom seorang blogger yang sangat rajin terjah blog orang jugak.. dalam blog ni pun ada jugak dia komen.. terima kasih kak.. 

secara jujurnya aku suka sangat baca pengalaman yang selalunya jujur ditulis dari hati macam yang kak hainom tulis di blognya.. bukan kak hainom sorang je.. ramai lagi kawan-kawan blogger macam tu.. senang je hati baca.. takde simpan-simpan punya.. bila kita baca kita pun boleh dapat rasakan kemersaan hubungan antara ahli keluarga.. terutama bonding antara si ibu dan anak.. yang part ni jangan cakap la.. memang biasa menyentuh hati si ibu-ibu... tak kurang jugak dengan lawak bersahaja yang selalu kak hainom selitkan dalam setiap entri buat pembaca blog rasa tak jemu untuk baca sehingga ke ayat terakhir.. 

buat kak hainom... semoga perjalanan hidup akak hainom dan suami dipermudahkan sehingga ke jannah ye kak... fikir yang baik.. cakap yang baik dan buat yang baik.... insyaAllah hasilnya jugak baik-baik.. doakan untuk kami yang baru melangkah ni jugak ye kak.. moga hadiah RM50 milik saya... amin.. hahaha

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih sudi join GA hakak yg tak macam GA ni Ita hihi....Moga doa yg sama jugak dikembalikan oleh Allah kepada pendoanya.

aryan azra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga berjaya ye...kak hainom ni memang sempoi je orangnya tp nampak awet muda tu walaupun ank dah besar2

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah da bjaya.. singgah dr GA yang sama