Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 24 Mei 2017

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos!

Aktiviti sekolah kakak : Bomba dan membuat pizza Dominos!


assalamualaikum semua, dah berazam sejak awal berblog dulu nak ceritakan kisah anak-anak.. nak coretkan jugak sesuatu supaya bila mereka besar nanti ada sesuatu untuk dikenangkan.. manalah la tau jika apa yang berlaku, harap ada sesuatu untuk kenangan anak-anak.. jugak nak perbaiki cara mendidik anak-anak dengan komen dan perkongsian rakan-rakan yang sudi berkunjung dan membaca..

berselera kakak makan pizza


dan kali ni aku nak kongsikan kisah aktiviti kakak husna untuk tahun ni di Tabika Perpaduan.. alhamdulillah banyak aktiviti yang kakak dapat ikuti sejak berpindah di sekolah baru ni.. banyak hikmahnya rupanya kisah terpaksa berpindah sekolah dulu.. sejak awal tahun dan 2 kali ada rawatan pergigian di sekolah kakak.. dan bermacam aktiviti yang melibatkan ibubapa jugak.. ada sekali hari tu ada gotong royong tapi kami tak dapat nak hadiri.. dan kemudiannya ada sambutan hari guru dan harijadi anak-anak.. dan sehari sebelum tu ada lawatan dari Bomba ke sekolah kakak.. ini dah kali kedua kakak jumpa abam Bomba ni.. ada sekali dulu tahun lepas di Pasti.. 


tengok la siap ada apa di kepala minah vogue tu

peace!



dan hari semalam pulak kakak berpeluang hadiri program belajar buat pizza di Dominos Pizza di Taman Tas.. meriah melihatkan pada gambar yang dihantar oleh cikgu.. 








dan kakak pun seronok bawak balik pizza yang dibuatnya.. siap cerita, "saya bawak balik 3, cikgu kata untuk ibu dan ayah... tapi saya dah makan kat rumah ibu.." dan bila sampai rumah dia tunjuk pizza ni..

hasil pizza kakak husna


elok je lepas dia tunjuk pizza tu.. terus keluar ayat.. "saya makan ye ummi"... aah sudah.. yang mana untuk ummi ni.. hahaha.. kelakar kakak ni.. sudahnya memang dia makan sampai licin.. memang selama ni Dominos Pizza memang kegemaran anak-anak.. terutama yang di cawangan Taman Tas tu.. sangat sedap dan tak kedekut toppingnya tu..

terima kasih cikgu, staf kesihatan, Bomba dan Dominos Pizza atas keperihatinan semua dan budi baik semua.. semoga atas jasa kalian anak-anak ini akan jadi anak yang berguna satu hari.. insyaAllah..



Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya dpt peluang buat pizza sendiri. Bukan semua boleh merasa buat pizza tu. Boleh lah lps ni kakak ajar ummi pulak ye. Hehe

Miza Talib berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya kecik-kecik lagi dah ada pengalaman buat Pizza. Takpe mama tak dapat makan boleh beli. hehe

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Seronok berkongsi aktiviti anak-anak di blog kan.. mana tau umur panjang boleh kita sama-sama baca balik entri masa depa kecik kan..

Bagus sekolah nie, ada macam-macam aktiviti ya..

ubai ismail berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Comelnya depa.. hehe nampak muka happy bila dapat explore benda baru kan .:)

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak2 kecil memang suka bila ada bomba datang sekolah...teruja mereka.

Hihiii....bahagian umi pun kena ngap ya...sedap sangat lah tu sebab buat sendiri kan.

Raihanah Ahmad berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang syok pun kalau gi balai bomba kan.

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Happening nya rombongan kakak husna. Confirm berhari2 cerita kan

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

budak2 mesti teruja kan..mcm anak saya pun minat bomba dan suka masak juga. Harap2 nt dorang berkesempatan utk join aktiviti mcm ni

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sure seronok budak budak tu dpt naik lori bomba. Mesti tak habis habis cite pasal bomba kakak tu.

Selalu makan mama order dpt pizza buat sendiri sure puas hati

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnye 'jadi' bomba !! hee~