Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 20 Mei 2017

Kemalangan abg long di sekolah berulang lagi!

Kemalangan abg long di sekolah berulang lagi!

assalamualaikum semua, benda ni berlaku semalam.. ramai pun yang bertanya di facebook lepas aku naikkan status dapat panggilan telefon mengenai abg long di sekolah.. panggilan mengejutkan mengenai kemalangan abg long di sekolah.. masa aku dapat panggilan tu aku tak fikir benda lain lagi dah.. terbayang macamana keadaan abg long waktu tu je.. 

kaki abg long yang berbalut


maaf kalau aku tak sempat nak jawab apa-apa komen pun.. panik sekejap semalam tu.. ntah kenapa.. rasanya sebab baru je kat timeline aku lalu cerita pasal kemalangan yang menimpa abg long tahun lepas.. genap setahun wei.. elok je setahun berlalu dan sekarang ni berulang lagi.. Allah.. kapau dulu aku tak panik tapi sekarang ni serius aku panik.. terutama bila dapat call dan cikgu cakap, 

"Anak tuan/puan luka kena zink kat sekolah ni".. 

korang rasa apa kalau jadi ibubapa? maunya tak panik kan?

kami berkejaran balik semalam.. kebetulan pulak masa diberitahu tu memang kami tengah nak bergerak balik untuk rutin biasa mengambil anak-anak dari sekolah.. tapi kebetulan yang sama pulak kalau tiba hari Jumaat di Kuantan ni kesesakkannya agak luar biasa dari biasa.. dan jam 5.30 petang kami masih sangkut di depan Masjid negeri.. aku telefon semula ustazah mintak dirundingkan penyelesaian yang sepatutnya.. dan jam 5.40 petang kami masih sangkut di lampu isyarat Jalan Teluk Sisek.. aduhai.. rasa waktu tu macam semua kenderaan bergerak sangat-sangat lambat.. 

dan kami dapat panggilan lagi dari ustazah mengatakan yang abg long dah dibawa ke klinik tapi Klinik tu cuma berani cuci, mereka nasihatkan untuk dihantar ke hospital.. Allah.. masa ni hati aku lagi gundah gelana.. mana taknya.. masa kejadian setahun lepas yang agak serius tu pun klinik sanggup jahit dan kami ambik abg long dah siap berjahit kepala pun.. tapi kali ni klinik yang sama tak mampu buat katanya.. terbayang macamana agaknya kecederaan abg long.. serius sangatkah?

serius sebenarnya aku agak panik kali ni.. tapi aku dan shah cuba bertenang sampailah kami ke kawasan sekolah.. alhamdulillah bila dah jumpa tu aku agak lega jugak bila tengok dia tak menangis.. masa jumpa tu kakinya dah berbalut macam kat atas tu.. kami tak dapat tengok dengan jelas lukanya.. bila aku mintak nak tengok dia mula mengaduh sakit.. aku cuma boleh intai kat bahagian celah jari kakinya saja..

kami selesaikan dulu urusan ambik anak-anak yang lain terutama abg ngah dari sekolah dan adik dan kakak di rumah pengasuh sementara kami memikirkan kat mana yang sesuai untuk kami hantar abg long untuk rawatan lanjut nanti.. pastinya unit kecemasan HTAA bukanlah pilihan kami sebab waktu tu mesti tengah dihujanni ramai orang.. kami tak sanggup menunggu lama.. termasuklah di hospital swasta.. jadi satu je kami dapat fikirkan waktu tu.. Klinik Pesakit Luar Bandar Kuantan.. laju terus shah menghala ke KK Bandar.. alhamdulillah masa kami sampai memang KK masih beroperasi.. rasanya tak ramai orang tau yang Klinik Pesakit Luar Bandar Kuantan ni masih beroperasi pada waktu-waktu kritikal antara pukul 5 hingga pukul 8 malam yang mana waktu ini banyak klinik tutup termasuk klinik swasta pun.. 

kami terus mendaftar masuk dan abg long terus diminta masuk ke dalam bilik rawatan.. alhamdulillah sekali lagi dipermudahkan dan abg long terus mendapat rawatan sewajarnya.. terima kasih buat semua warga klinik.. masa ni la kami baru dapat tengok luka sebenar abg long.. aku tak bawak hp pada waktu tu.. cuma shah je yang bawak jadi aku mintak shah ambik gambar.. maaflah kalau kualiti gambar agak tak cantik.. luka dah sedia nak dicuci dan dijahit pada waktu gambar diambil..

agak mengerikan kan?

besar lukanya


dan lama jugak abg long kat dalam tu.. sampai selesai semuanya dalam jam 7.45 petang.. alhamdulillah semuanya selesai.. abg long terima 8 jahitan untuk luka di kakinya.. dan 30 Mei ni kena datang semula susulan di klinik.. tapi abg long sangat kuat.. menangis cuma waktu dicucuk ubat bius je, waktu lain dia tak menangis langsung.. boleh rilek pulak main fidget spinner yang baru je sampai semalam..

abg long tengah bermain fidget spinner


malam tu jugak ustazah mesej shah untuk meminta maaf atas kejadian yang terjadi.. tapi takpe ustazah, janganlah diberatkan benda yang mudah.. mungkin kami agak panik petang semalam.. tapi kami dah bertenang sekarang ni.. kami terima semuanya ya ustazah.. takde apa yang perlu dipanjangkan.. kemalangan dah nak jadi.. dah disuratkan pun.. kami tak salahkan siapa-siapa pun.. tidak jugak menyalahkan si anak ni.. setiap yang berlaku ada hikmahnya.. semoga kita semua dapat iktibar yang lebih baik dari apa yang berlaku ni.. 

buat yang ada anak dan bakal ada anak, kemalangan macam ni pastinya akan berlaku dalam proses membesarkan anak-anak.. bersedialah dengan pelan terkejut terutamanya dari segi perubatan anak-anak.. tak rugi melabur sikit untuk kebaikan diorang cuma korang kena kaji jugak ada pro dan contra bagi setiap pelan kesihatan yang ditawarkan pada korang tu ye.. dan semalam seronok jugak pasal ummi tak payah memasak dan kami makan kat kedai makan sudahnya.. nampak tak hikmahnya di situ? hahaha..  


Cerita menarik lain

10 Luahan Ikhlas:

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga cepat sembuh Abang Long..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aku paling takut kalau sekolah call tiba2 ni. Aduyaiii ngeri tgk luka Tu. Abg long strong boy. Semoga cepat sihat ye

Sherry Saw berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

get well soon. sakit hati I see luka dia

Hani Fadhlina Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Abang Long kuat... Semoga cepat sembuh...

NJihe.am berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Moga cepat sembuh. Nasib baik tak hilang satu jari huhu.

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kalau saya pun panik. nampak dalam tu luka. dahla kena zink kan. Alhamdulillah semua dah setel ye kak. Moga abgg Long cpt sembuh

Nik Khazami Nik aziz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sakitnya kena zink. luas pulak tu!

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hadoi. ngeri nyer !!!!!
seriau aida tgk luka tu :(
moga cepat pulih ekk, abg long.

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Syafakallah abg long. Abg long memang kuat lah. Suka aunty tgk.

Bgs juga ye kak ada spinner tu. Boleh relax kan abg long tu.

Sue Sopian berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aduii.. luka tu agak ngeri..
kalau sue pun pasti panik dapat panggilan telefon macam tu..
anak demam sikit pun panik bila babysitter call.. huhu..

moga abanglong cepat sembuh ye.. take care!