Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 16 Mei 2017

Pengalaman berbeza di Shopee

Pengalaman berbeza dengan Shopee


assalamualaikum semua, semalam kan aku ada kongsikan kat facebook dan instagram aku pasal wall decor sticker 3D yang cantik-cantik kan? tapi sebenarnya bukan pasal pengalaman beli wall decor sticker 3D tu yang aku nak ceritakan.. tapi masih pengalaman membeli-belah dengan Shopee..

Shopee di aplikasi


masa aku mula-mula tau pasal Shopee ni tengah sibuk viral pasal Fidget Spinner.. apa dia fidget spinner tu? aku memula dengar pun macam pelik.. apa benda la agaknya la benda ni.. bila dengar spinner, aku ingatkan ianya gasing.. tapi apa pelik benor gasing rupa macam-macam.. tapi yang pastinya dia memang boleh berpusing la.. hahaha.. 

fidget spinner


tapi bila google akhirnya tau.. ooo.. rupanya Fidget Spinner ni sejenis permainan dan diperkenalkan dalam tahun 1990an dan diiklankan  sebagai permainan yang dapat membantu mereka yang menghidapi ADHD.. tapi kemudiannya ada pulak kajian yang kata ianya tak membantu sangat pun.. ianya hanya sejenis "Stress Toy" untuk membantu menghilangkan tekanan.. 

jadi bila dah tau pasal tu.. aku teringin pulak nak try.. dan dapat pulak tau pasal Shopee yang menawarkan harga Fidget Spinner yang agak murah.. cuma bawah RM4 je satu tu.. banyak jugak pilihan warna.. tengah-tengah pilih boleh pulak ter"add" ke "Cart".. eh.. ter add gitu.. hahaha.. ok dan sekarang ni aku masih dalam proses menunggu fidget spinnner tu sampai ke rumah.. 

barang yang aku pesan masih dalam perjalanan dari China tu..


eh belum cerita macamana aku beli tu kan? senang je wei.. aku download dulu aplikasi Shopee di Playstore.. percuma je! bila dah ada tu boleh la korang daftar dan kemudiannya buat pilihan untuk bahasa yang korang suka.. ada Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.. mudah sangat..


Aplikasi Shopee

pilihan bahasa


dan boleh terus cari je apa yang korang nak.. macam aku aritu memang terus cari fidget spinner la.. dan macam semalam yang aku tunjuk kat facebook dan instagram tu aku terus cari wall decor sticker.. sekejap je jumpa dan boleh beli dah.. 

eh jap.. belum abis lagi tau.. apa yang bestnya Shopee ni? kat sini korang bukan saja boleh membeli malah korang boleh menjual jugak tau.. haa.. menarik kan? tapi part tu aku belum explore lagi.. nanti aku tengok balik.. 

dan korang jugak boleh chat dengan seller untuk bertanyakan apa saja pasal barang yang korang nak beli tu.. nak tanya dah sampai belum, betul ikut spesifikasi yang korang nak ke tak.. semua korang boleh tanya je kat ruangan chat dengan seller..


chat bersama penjual

peluang menjual di Shopee

eh tetiba ada barang pulak lagi kat cart tu..


dan yang ni lagi best.. dengan bersempena dengan kedatangan raya akan datang ni kan.. Shopee ada menganjurkan Cahaya Raya Bersama Shopee yang menarik tau.. ianya dah bermula dari semalam 15 Mei 2017 sehingga 30 Jun 2017 nanti.. ada pelbagai tawaran menarik yang menanti semua pengguna Shopee.. jadi korang boleh la mula mencari keperluan hari raya korang dengan mudah di Shopee ni.. antara yang menarik aku nampak ialah.. set baju ibu dan anak yang macam kat bawah ni.. cantik kan? 


Cahaya Raya Bersama Shopee

pilihan baju raya terdapat di Shopee


ada pelbagai peraduan lain jugak tau.. macam Make A Wish For Mom, Berbuka Snap, dan Berapa Duit Raya.. ada hadiah bernilai sehingga RM50,000 tau.. berpinar mata dengar.. hahaha.. jadi jangan lepaskan peluang ye.. download aplikasi Shopee di Playstore korang.. aku nak sambung tengok wall decor sticker yang lawo-lawo ni.. huhuhu...










Cerita menarik lain

22 Luahan Ikhlas:

Lea Azleeya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik juga shopping kat sini kak ita yek..

Emarieys berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lepas ni tak shopping kat web lain dah....Shopee lah pula.

mas saari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Banyak barang best dan murah kat Shopee ni, memang berbaloi beli!

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wow

www.modernmumthingy.com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

fidget spinner tu.. huhuh budak budak semua nak menda tu skrg....mujor ada online. boleh survey rega yer

www.modernmumthingy.com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semua tgh dok pulun cari fidget spinner tuh... termasuklah hero kat rumah tu haaa

Cikk Mimin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

SELAMAT MENYOPING

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhh bestnya bershopee hari-hari nak masuk web nih...

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang best shopee ni. Boleh ralit dok skroll je hehhee

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

atie baru shopping kat shoppee dua hari lepas.. beli fidget spinner.. murah gile..

MAT NOR berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wife saya baru terjebak dengan shopee. Murah sana sebab free postage & postage ditanggung partially oleh shopee dan buyer. Jimatlah jugakkan shopping di sana. Nasib baik budget kurang takdelah shopping sana hanya window shopping. 11street dan lazada wife dah jarang buka asyik ke app shopee je.

Maria Firdz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Boleh dikatakan.. setiap bulan saya shopping di sini..

adianiez AIDA berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aida lom pernah shopping sini.
hmmmm nanti mlm, free, mau lah try try jenjalan kat website nyer :)

Lina Shaza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestla shopee ni kan...murah2...nak shoping raya la kat sini

Lina Shaza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestla shopee ni kan...murah2...nak shoping raya la kat sini

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

shope ni best murah sgt..

Ummi Zarra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Murah-murah tapi tak reti nak guna. hahahhaha... hakikatnya tak explore lagi. thank you sharing.

Izzati Suhaide berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hari-hari dok bukak web shopee ni. Dok intai2 je ni. Hihi

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

shopee ni kalau dah buka..ralit terus hehehe

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nanti Kak Sue nak intai juga barang kat sini..

suliana yusof berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Duk tengok jugak duk lalu kat wall. Tapi buat dunno jer. Tapi bila kak ita citer, macam best pulak. Nak install shopee ni pulak la...

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dekat shopee macam2 ada