Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 29 Mei 2017

Membaca hobi yang sihat!

Membaca hobi yang sihat!

assalamualaikum semua, selama ni kalau ditanya pasal hobi, aku selalu menjawab hobi aku adalah membaca.. tapi memang hakikatnya aku sangat suka membaca.. sejak dari kecik dan mula pandai membaca lagi aku dah suka membaca.. aku akan baca apa saja benda yang aku jumpa walau kadang-kala dianggap tak penting oleh orang lain..

antara 10 buah buku yang aku nak baca


dan sekarang ni pun aku masih suka membaca.. tak kisah buku apa pun asalkan ianya mendatangkan ilmu, aku akan tetap baca.. dan sekarang ni aku sedang cuba nak capai sasaran membaca 10 buah buku setahun.. antara buku yang aku senaraikan dan akan dibaca ada kat gambar atas ni.. setakat ni aku baru habiskan satu je.. korang doakan la semangat aku kuat ye.. 

pada aku minat membaca ni boleh dipupuk.. terutamanya pada kanak-kanak.. masa aku kecik dulu aku memang suka baca semua benda termasuk yang tertulis pada label makanan jugak.. nampaknya tabiat tu dah ada menurun pada abg long jugak.. ada aku ceritakan pasal tu kat Alkohol kat facebook aku aritu.. aku suka je kalau ada anak-anak yang suka membaca macam aku.. 

buat masa sekarang ni pun kami tengah kumpul bajet untuk sediakan ruangan membaca kat tingkat atas rumah kami.. lama dah berangan tapi masih tak nampak konsep yang sesuai.. buat masa ni buku masih berada di mana-mana lagi.. hahaha.. bertabahlah.. 

sejak dari kecik lagi aku cuba terapkan minat membaca pada anak-anak.. nampaknya ada jugak yang berminat.. kalau dari anak kecik dulu aku suka beli kad imbas atau flash card yang murah-murah je kat pasaraya.. kemudian aku masukkan kad-kad ni dalam album yang biasa orang guna untuk isi CD tu.. semua kad aku masukkan dalam tu supaya anak senang nak selak dan tengok.. sampai la dah besar pun aku tak berkira sangat kalau anak-anak mintak belikan buku.. cuma ada la kadang-kadang tu tak belikan bila mereka mintak masa kami tengah kekurangan bajet..

kenapa aku galakkan anak-anak supaya suka membaca? salah satunya sebab kita boleh dapat banyak ilmu dari membaca.. walau pun kadang-kala cuma baca komik.. ada sesetengah komik yang mendidik sifat yang baik melalui pembacaan.. ada banyak la.. ada jugak la yang ajar perkataan negatif.. yang ini memang aku tak nafikan la.. tapi kita sebagai ibubapa kena pandai la memilih mana yang baik untuk anak-anak.. kalau nak tonton filem pun kita kena bijak memilih.. bahan bacaan pun tak terkecuali jugak..

kajian tabiat membaca


ada jugak aku pernah pasal kajian yang dijalankan oleh sebuah universiti yang membuktikan tabiat membaca ni dapat mengasah skil menjawab soalan dan menjawab respon dengan lebih baik.. ini dibuktikan dengan kajian yang dijalankan ke atas pelajar di universiti yang diuji tu.. tabiat membaca yang dikaji bukan saja membaca bahan ilmiah macam nota kuliah atau buku pasal pelajaran saja.. mereka jugak membuktikan membaca bahan bacaan berbentuk novel juga sangat membantu dalam perkembangan akademik pelajar universiti yang sihat.. mengejutkan bukan? jadinya jangan la larang anak korang baca apa saja yang dia suka tau.. bagi je asalkan takde unsur negatif dalam bahan bacaan tu.. 

abg long sekarang ni tengah suka baca tafsir al-quran.. aku suka sangat tengok perkembangan ni.. jadi aku berazam nak adakan slot mengaji sambil baca tafsiran kat rumah ni.. mungkin boleh mulakan bersempena Ramadhan ke ni kan.. insyaAllah.. doakan kami ye.. tetiba pulak teringat pasal tabiat aku dulu.. kalau mak suruh menyapu, dan aku terjumpa keratan surat khabar, walaupun surat khabar tu dah lama tapi aku mesti akan duduk hadap sampai habis baca baru sambung menyapu.. harap-harap anak-anak tak ikutlah tabiat buruk gini.. huhuhu...



Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ana sejak sek ren kot dh start suka membaca. Masa sek men baru start baca novel. Masa tu novel penyiasatan apa tak ingat. Lepas tu br kenal karya ahadiat akasyah. Masa dip baru kenal karya RAM dan sampai skrg masih minat dgn karya RAM. Laksamana sunan siri plg fav so far.