Socialize

Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 24 Mei 2017

Resepi Sup Mudah

Resepi Sup Mudah 

assalamualaikum semua, dah lama dah janji dengan seorang sahabat dari Group Memasak di Facebook untuk bagikan resepi sup mudah terutama untuk steamboat tapi asyik la tak berkesempatan.. kali ni kita kongsikan rahsia resepi sedap ni ye.. resepi ni paling kerap kami buat sebagai menu kami masa berbuka puasa.. tak sabar nak menanti bulan Ramadhan.. Marhaban ya Ramadhan..


Resepi Sup Mudah


takde rahsia sebenarnya, ianya cuma sup biasa yang sangat mudah nak dibuat.. bahan-bahannya pun sangat senang nak dapat.. aku percaya semua bahannya ada je kat rumah korang.. dan masakan mudah macam ni biasanya terhasil dari kaedah campak-campak apa saja yang ada dan agak-agak.. sebenarnya aku rasa korang pun selalu jugak buat masakan dengan cara campak-campak ni kan.. jadi meh kita tengok apa je bahan dalam resepi sup mudah aku ni.. jom!

Resepi Sup Mudah

Bahan:
2 Bawang Besar
4 ulas Bawang Putih
seinci Halia 
(3 bahan asas untuk tumisan ni dikisar semuanya)
1 Kiub ayam (jenama terpulang.. boleh jugak guna Jenama Knorr kalau suka)

Kiub Ayam Knorr di Lazada


Sayur Sawi
Tauhu 4 keping
Cendawan Tiram 1 paket
Bebola Ikan 1 paket
Lobak Merah 2 batang
Tomato 4 biji
Kentang 2 biji 
Rempah tumis (4 sekawan)
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya.


sup sedang dimasak


Cara-cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk/kuali.
2. Tumis rempah tumis 4 sekawan tu tadi sampai naik bau, kemudian masukkan pulak bahan yang dikisar tadi sampai naik bau.
3. Masukkan batang sawi, tauhu dan digoreng kilas bersama bahan tumis. 
4. Masukkan air secukupnya.
5. Masukkan lobak merah, kentang dan biarkan air mendidih.
6. Bila dah mendidih masukkan pulak bahan lain yang mudah lembut macam bebola ikan, sayur sawi.
7. Akhir sekali sebelum matikan api masukkan tomato, garam dan ajinomoto.
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama mee kuning atau bihun.
9. Boleh jugak hidangkan dengan daun sup yang dicincang.





2 jenis mee untuk dimakan bersama sup sedap

lagi satu aku nak kongsikan apa yang selalu kami buat di Bulan Ramadhan.. kami selalu buat steamboat je bila berbuka puasa.. terutamanya bila dah sampai hujung-hujung bulan tu.. masa tu macam mood nak masak macam-macam dah agak ke laut kan? jadinya masak masakan yang simple-simple dan mudah macam ni memang antara pilihan la.. dan selalunya inilah hidangan kegemaran kami... memang tak pernah jemu punya la nak lagi umphh.. tambah je sambal kicap bila nak makan.. selalunya kalau bulan puasa tu aku selalu hidangkan kuah sup mudah macam ni dengan mee bermacam pilihan macam kat atas ni.. lepas tu aku hidang sup yang sentiasa panas dalam Periuk Multi Cooker..


Antara pilihan Multi Cooker di Lazada



Periuk Multi Cooker ni bukan saja sesuai untuk korang yang berangan nak buat steamboat sendiri kat rumah tau.. ianya jugak berguna di saat korang kehabisan gas kat rumah.. percayalah.. aku dah mengalaminya.. ianya jugak peralatan yang sangat sesuai untuk golongan pelajar yang nak sangat berjimat dengan memasak sendiri makanan korang.. sesuai sangat-sangat la.. lebih sesuai sangat masanya untuk korang beli sekarang ni sebab Lazada tengah buat jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ni.. boleh la korang cari multicooker pilihan korang... meh join masak-masak lepas tu.. 



nak tau pulak siapa pemilik tangan dan jari halus kat atas tu? Inilah dia peminat setia sup mudah dan sedap kami tau!


teka siapa saya?

cak!!




Cerita menarik lain

11 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selain kerabu mangga, menu fav ana masa berbuka ialah mee sup. Simple dan sedap.

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap tu makanan mudah dan sehat...Akak pun selalu buat masa ifftar ramadhan.

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap ja tgk sup tu:)

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wah...sup tu nampak menarik..all the best ita..

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap dan nampak mudah

Unni Anje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perhh sedap kak ita... good luck

Maria Firdz berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nampak sedap sup tu...

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnyaaa Ita 😀

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Meriahnya sup ko.. aku suka byk sayur

hainom OKje berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Senang hidup Ta kalau anak anak suka sup. Sambil pejam mata pun boleh hang buat haha...

Sekarang ni hakak guna perencah sup siam je Ta kalau buat sup.

atiehilmi dot com berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

senang nye !!!! boleh buat time dah bosan g bazaar nanti.. hahahaha~