Follow my blog with Bloglovin

Sabtu, 20 Mei 2017

Tongkat untuk abg long

assalamualaikum semua, lepas tragedi abg long semalam tu kami buat keputusan nak belikan dia tongkat untuk berjalan.. itu pun lepas tengok dia agak susah nak berdiri dan berjalan ke sana sini waktu dalam rumah.. lebih susah bila nak ke bilik air.. kami tak sempat pulak nak survey banyak tempat nak beli dengan harga tongkat yang berbaloi.. 

tongkat untuk abg long


memula aku dah bagi abg long cuba tongkat yang shah guna masa kaki dia cedera kena parang dulu.. tapi bila dah abis adjust pun tongkat dewasa tu agak tak sesuai untuk ketinggian abg long.. jadi dia guna sekejap je la tadi masa kat rumah.. dan kami buat keputusan nak beli yang lain untuk abg long.. 

kebetulan pulak tadi lepas bayar bil elektrik kat kiosk TNB tadi terus kami pusing ke farmasi yang terdekat area tu.. kami ke Farmasi Lims'.. tanya ada tak jual tongkat untuk budak.. kalau dalam bahasa inggerisnya kids crutch.. dan bila tanya harga.. harganya dalam RM61 sepasang.. kami pun sebab nak cepat dan malas nak tanya kedai lain lagi terus je la beli.. alhamdulillah nampak selesa sikit la guna tongkat yang sesuai dengan ketinggian abg long..

Farmasi Lims' Kuantan


tadi pun dah guna masa nak pergi ke tandas masa berenti kat Petronas tadi elok je.. oh ya.. kami dalam perjalanan balik kampung ke rumah mak shah ni.. asalnya shah bercadang nak bawak anak-anak memancing kat Sungai Pahang.. dah lama dah abg long mengajak.. jorannya pun dah lama shah beli.. tapi asyik la shah tak sempat nak bawak anak-anak.. tapi nampaknya kali ni pun tak berpeluang jugak.. apa nak buat belum ada rezeki.. harapnya minggu depan abg long dah sihat sikit la dan dapat tunaikan hajat dia.. 

ni pun aku tengah fikirkan macamana dengan sekolah abg long minggu depan ni.. pulak minggu peperiksaan tengah berjalan sekarang ni.. ada 2 hari lagi untuk sekolah rendah dan untuk Kafa akan bermula Isnin ni.. rasanya macam kena usung dia hari-hari ke sekolah dan balik sekolah la pulak ni.. dah la kelas kat tingkat atas.. hmm kena bincang dengan guru kelas la nampaknya ni.. korang tolong doakan urusan kami dipermudahkan ye.. terima kasih!



Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semoga abg cepat sembuh ye kak ita.

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

knapa anak k.ita?

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dugaan betul untuk korang. Dah le minggu last peksa. Bertabahlah ye my fren

Husna Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Insyaallah. moga abg long cepat baik dan dipermudahkan segala hal dan urusan sekolah.

Aziela berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allah...dugaan sungguh la Ita. Semoga dipermudahkan semua urusan Ita sekeluarga. Aamiin.