Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 14 Ogos 2017

Kes sedih yang mengemparkan negara

assalamualaikum semua, selamat pagi.. makin menghampiri tarikh 18hb 0gos 2017.. satu negara dan mungkin satu dunia akan menyaksikan dan mengikuti perbicaraan kes paling keji pernah dilaporkan dalam sejarah jenayah Malaysia.. kes perbicaraan seorang ayah yang tergamak merogol dan meliwat anak sendiri..

semoga ada sinar buat mangsa


aku rasa ramai lagi rakyat Malaysia yang tak boleh nak 'move on' dengan kejadian ni.. semua tentunya dibayangi rasa tak percaya dengan apa yang si ayah sanggup buat terhadap anaknya sendiri yang sepatutnya dilindungi dari perkara semacam ini.. ianya tentunya menimbulkan rasa marah yang berapi-api pada si ayah.. 

tak kurang jugak ada yang menyalahkan si ibu dan mangsa tu sendiri.. macam-macam spekulasi yang keluar tanya mengira perasaan waris terutama si ibu dan mangsa.. aku sendiri pada awalnya tersangat marah bila dengar berita tu pada hari pertama kes disebut di mahkamah.. terdiam tanpa ada perkataan yang mampu nak diucapkan.. cuma di hati terdetik persoalan.. mengapa sampai tahap itu si ayah tergamak memperlakukan anaknya sendiri? Allah.. kuatnya dugaan manusia di akhir zaman ni.. padanlah kalau Rasulullah pun saat akhir pemergiannya masih menyebut mengenai umatnya.. sedih tak terkata rasa bila mendengar berita macam ni.. 

ada jugak kes yang dibacarakan sebelum tu seorang abang yang jugak merogol adiknya sendiri.. Allah.. apa lagi yang boleh diharapkan jika ayah dan abang yang merupakan insan yang sepatutnya melindungi tapi sebaliknya yang berlaku.. seperti peribahasa menyebut.. harapkan pegar, pegar makan padi.. 

di hari kedua pulak aku mula rasa sayu hati.. sebagai seorang ibu, berita macam ni sangat menyentuh hati seorang ibu.. mesti akan terbit rasa bersalah di hati ibu tu jugak..  baik kes haruan makan anak atau si abang yang mengerjakan adik-adiknya.. sampai aku share kat facebook apa yang aku rasa.. semoga ada yang akan membantu si ibu dan anak tu nanti.. trauma yang mereka lalui tu pun akan jadi pengajaran pada orang lain..



tapi waktu semua orang menyalahkan si ayah dan memikirkan hukuman yang setimpal untuknya atas apa yang dilakukan, timbul satu ayat dari sahabat kami, Rodzianah.. 

"Doakanlah dia insaf & bertaubat..bila dia insaf.. sesalan tu lah akan jadi hukuman yang paling berat buat dia.."

Rodzi, ayat kau ni sangat betul.. kita tak selayaknya menghukum sapa saja begitu saja.. semuanya perlu pengadilan.. dan jika si ayah benar bersalah, diharapkan hukuman buatnya nanti akan jadikan dia insaf dan sesalan tulah akan jadi hukuman terberat buatnya.. ok aku terpaksa berenti menulis.. sesak rasanya dada menulis cerita sebegini.. :'(
Cerita menarik lain

6 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sangat marah bila baca kes nie

Nieyl berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam..singgah pagi isnin..
yela...bila baca kisah tu dlm paper..
ya Allah..sanggup tu...
sepatutnya jadi pelindung..tapi..xleh nak ckp laaa...
minta dijauhi perkara-perkara seperti itu dlm family dan keturunan kita..

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kes paling jijik setakat ni. Ayah sepatutnya jd seorang pelindung bukan nya seperti haruan makan anak. Semoga kita dijauhkan dr perkara sebegini.

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Allahuakbar sedih dgn berita ni.semoga kaum keluarga kita dijauhkan dr perkara seperti itu.

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mrs pip baca juga berita ni, mula mula memang marah dan tak boleh move on,
then slowly mrs pip terfikir, siapa kita untuk mengadili semua ini.
semoga si pemangsa akan menyesal kelak,
dan si mangsa akan sentiasa mendapat lindungan dari yang maha kuasa ...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang tak terjangkau dek akal, Ita