Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 15 September 2017

Hadiah Disney Tangled set dari Giveaway!

Assalamualaikum semua, sebenarnya ini cerita minggu lepas tapi bila hadiah sampai aku takde kat pejabat sebab hadiri konvensyen minggu lepas.. giveaway ni dah berlalu dalam bulan 6 aritu.. dihandle oleh blogger Nadia Johari..


Disney Rapunzel Tangled set


masa giveaway ni aku hantar 2 penyertaan.. tapi tak pernah terfikir la akan ada peluang nak menang.. niat masa tu kalau menang nanti,  hadiah boleh bagi kat anak-anak la.. ye la kalau nak belikan sendiri mana la termampu.. set permainan Disney tu wei.. mahal tu.. 

sekali bila nad umumkan jadi pemenang kat facebook dia minggu lepas tu terus rasa teruja la aku.. jadi tak sabar nak terima kiriman hadiah tu.. tapi dijadikan cerita aku kena sambung kursus ke Ipoh pulak baru ni.. langsung la tak dapat nak tengok hadiah tu lagi.. 

dan semalam bila masuk je pejabat terus tengok ada bungkusan.. hahaha..  memang dah sampai tau.. teruja betul aku!  terima kasih nad.. semoga murah rezeki nad untuk buat giveaway dan contest lagi ya..  terima kasih! 

dan semalam gigih aku google hadiah-hadiah yang dapat tu.. total harganya keseluruhan lebih kurang RM500 jugak tu..  ada Tote bag Rapunzel, make up back Rapunzel,  patung Rapunzel 30cm dan Disney cup dengan straw..  huhu.. alhamdulillah rezeki la namanya ni kan.. bila bawak balik semalam sibuk anak-anak tanya apa dia dalam bungkusan.. sampai tak sabar memasing nak bukak kotak terutama nak cabut patung Rapunzel yang cantik tu.. comel betul patung tu..


make up bag


tote bag


disney cup

Patung Rapunzel 


kakak la paling gembira.. sampaikan keluar bilik air lupa pakai seluar sebab nak kejarkan patung Rapunzel.. haha.. pasal tu takde gambar masa kejadian ni.. sensor.. hahaha..  tapi bila dah malam berebut pulak dua beradik.. adik hadi dan kakak husna.. memasing nak bawak gi tidur.. dan akhirnya kakak mengalah.. adik siap peluk patung Rapunzel masa nak tidur.. hihi..  anak ooo anak.. 


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Khir Khalid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahh.. menarik. Tahniah! :)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Confirm kakak husna suka ni