Follow my blog with Bloglovin

Selasa, 24 Oktober 2017

Kari Telur lauk makan malam kami

Resepi Kari Telur : Hidangan makan malam kami

Assalamualaikum semua,  malam tadi masa nak masak aku jenguk peti sejuk kat rumah ni.. rupanya dah takde apa yang boleh dimasak.. lupa pulak kami banyak masa takde kat rumah nak beli bahan basah aritu.. jadinya dah takde ikan atau ayam dah dalam peti.. 

Kari telur dan resepi


aku pusing tengok atas almari ada lagi baki telur dalam tray.. terus laju masukkan dalam bakul dan basuh terus rebus atas dapur sebelum pergi solat maghrib.. siap solat elok tengok shah dah tolong asingkan telur rebus kat dalam bakul untuk tunggu sejuk.. terima kasih bang.. alhamdulillah syukur dapat suami yang ringan tulang sentiasa sudi nak bantu walau dalam apa keadaan sekalipun.. 

aku pun laju-laju siang bawang semua dan menumis untuk kuah kari.. kali ni buat kuah kari takde santan.. stail pekat likat macam kari mamak tu.. ada masam-masam sikit.. bukan takde santan nak letak tapi sebab shah beli santan yang kotak besar satu liter aritu jadinya rasa sayang pulak nak bukak.. kalau bukak kang gunanya sikit je macam membazir je.. yang lebih nak buat apa pulak kan.. tu yang akhirnya jadi kari tanpa santan je la.. 

siap masak semalam aku ajak semua makan.. orang yang paling gembira ialah abg long.. dia memang selalu suruh masak kari telur ni.. asal nampak je aku rebus telur mesti tanya.. "Ummi nak masak kari telur? ".. punyalah suka kan.. eh jom kita kongsi resepi kari telur pulak nak? lama dah tak tulis resepi.. 

Resepi Kari Telur ala mamak


Kari Telur Ala Mamak

Bahan-bahan
10 biji telur ayam (direbus dan dikupas kulitnya) 
4 biji Bawang merah
3 ulas Bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
Rempah tumis 4 beradik atau 4 sekawan ( bunga lawang, kayu manis, cengkih dan buah pelaga)
1 1/2 sudu besar rempah kari daging Babas
1 sudu besar rempah kari pedas daging Babas 
Air secukupnya
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Garam secukup rasa
Ajinomoto secukup rasa
3 sudu besar minyak masak 
Daun kari 

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tumis 4 sekawan tu dulu sampai bau wangi.
2. Kemudian masukkan bawang merah,  bawang putih,  halia dan kunyit yang dah dikisar dan tumis sampai naik bau.
3. Sementara tu bancuh rempah kari dengan air sedikit untuk jadikan seperti pes kari. 
4. Tumiskan pes kari dalam tumisan bawang dan rempah tumis tadi. 
5. Biarkan rempah agak garing dan naik bau. Jika suka boleh masukkan jugak serbuk lada merah. Tapi aku tak letak sebab dah guna kari pedas tadi. 
6. Masukkan air dan pes asam jawa adabi. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan garam dan Ajinomoto.
7. Bila mendidih sikit masukkan telur yang dah dikupas dan biarkan ianya mendidih sekejap dalam seminit dua. 
8. Masukkan daun kari dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


Biasanya orang mesti tanya tips nak bagi kulit telur mudah tertanggal dari kulitnya.. macamana yang aku selalu buat kan..  Tips nak bagi telur mudah dikupas kulitnya yang aku selalu buat ialah aku rendam telur tu sekejap dalam air sejuk lepas keluarkan dari air rebusan.. lepas tu buangkan air sejuk dan biar sekejap baru aku kupas kulitnya.. kena jugak perhatikan masa merebus telur ya.. kalau tak cukup masa rebusan atau telur tak direbus sempurna pun agak payah nak kupas kulitnya nanti.. 

tapi apa pun masakan ni berdasarkan pengalaman.. kalau kat rumah ni memang anak-anak suka makan telur rebus.. rebus macam tu pun laku keras.. jadinya umminya kenalah belajar sampai jadi sesempurna mungkin kan..  betul kata orang dari anak-anak ni kita orang tua akan belajar banyak benda.. 




Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Nadia Nurul berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah sedap tu kari telur..sy pun suka jugak

saniah ibrahim berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap makan kari telor sesekali...dah lama akak tak buat..asyik goreng je.
Akak masak kari memang tak suka taruk santan,sebab anak2 tak suka.

Cahaya Hayati berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedap tu. Fav anak-anak saya.

done follow sini

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alahai sedapnya Kari telur lama x mkn

Nieyl berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dah lama x masak telur kari..
cuti-cuti nanti la nak buat...