Isnin, 8 Januari 2018

Penambahbaikan dalam sistem GCR kepada kakitangan kerajaan

assalamualaikum semua, minggu lepas ada aku terbaca pasal surat pekeliling perkhidmatan baru untuk kakitangan kerajaan.. ada beberapa sebenarnya nanti aku kongsikan la.. tapi aku lebih tertarik pada 2 perkara la tentunya.. iaitu pasal penambahbaikan dalam sistem GCR kepada kakitangan kerajaan atau nama penuhnya gantian cuti rehat..


Penambahbaikan dalam sistem GCR kepada kakitangan kerajaan


pada awalnya keluar pekeliling ni aku antara yang agak keliru.. mulanya ingat kerajaan menghapuskan keistemewaan gantian cuti rehat yang telah ada sejak sekian lama buat penjawat awam ni.. rupanya lain pulak ceritanya.. ianya ada lebih kepada penambahbaikkan dalam sistem yang sedia ada sekarang ni..

kalau ikut sistem gantian cuti rehat yang sebelum ini.. penjawat awam cuma akan dibayar sehingga ke 150 hari yang layak dituntut untuk gantian cuti rehat.. jika ada terlebih pengumpulan cuti yang melebihi 150 hari tu maka ianya tidak akan dibayar dan tidak akan dikira.. atau dengan kata biasa kita cuti tu akan "burn" la.. hangus macam tu je.. 




Surat Pekeliling Perkhidmatan 2018
Kebenaran Menggunakan Cuti Baki Gantian Cuti Rehat


tapi dengan penambahbaikkan yang dijalankan ni, iaitu kebenaran menggunakan baki gantian cuti rehat yang melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.. bermakna semua kakitangan awam yang telah menyimpan cuti melebih 150 hari layak untuk menggunakan baki dari cuti yang terkumpul sebagai cuti rehat sebelum persaraan.. alhamdulillah.. syukur la.. semoga manfaat macam ni akan dapat menambah lagi kualiti kerja bagi penjawat awam..

jadinya hari ni pun aku tengah kira-kira cuti rehat yang aku boleh kumpulkan untuk dibawa ke GCR nanti.. tapi dah tentulah yang akan dibawa ke tahun depan pun akan lebih lagi dari yang dapat dikumpulkan untuk GCR.. gitu la kalau ada anak kecik ni.. selagi belum mencapai umur 12 tahun.. atau selagi masih bersekolah aku rasa banyak cuti aku akan dihabiskan untuk anak-anak dan keluarga.. aku percaya kawan-kawan pun sama kan? 

eh lupa.. ada lagi pekeliling perkhidmatan baru untuk penjawat awam bagi tahun 2018 tau.. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. 

Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut :

i. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017

Kemudahan Cuti Umrah

- Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan

ii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017

Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan
- WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan

iii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017

Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
- Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari

iv. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017

Bayaran Khas Tahun 2017
- Bayaran RM1000.00 dibayar pada 8 Januari 2018

v. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017

Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018
- Bayaran RM500.00 dibayar bersekali gaji pada 7 Jun 2018

vi. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017

Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
- Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK

vii. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017

Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
- Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas dan pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing

viii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017

Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
- Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.




semoga semua kemudahan yang diberikan kerajaan ni akan dapat beri manfaat kepada kita semua sebagai penjawat awam.. eh.. aku dah boleh plan nak mengandung lagi la.. hahaha..

Ceritaita


Cerita menarik lain

9 Luahan Ikhlas:

Nurzakiah Hanum berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

good sharing

Ana Suhana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bagus untuk kakitangan kerajaan untuk faham tentang GCR ni kan kak. Boleh lah start kumpul lagi kak. Boleh lah merasa awal bersara nanti.

Azlinda Azman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

abah dulu 100 hari kena xsimpan cuti kalau tak silap

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alhamdullilah ada penambahbaikan macam nie kan Ita.. apa lagi, cepatlah merancang.. hahaha..

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tahniah. Untung keje gome ni kqn

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Untunglah.. Tahniah gomen

aima hassan berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alorr sayangnya, saya ambil kwsp

galaksi viral berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

GV skang tiap2x tahun juz carry 2 hari je cuti ke dalam GCR kak. hihi.

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

GCR sy x byk..hahahaha...tgun nih bru nak smpan lebih