Ahad, 11 Mac 2018

Mendaki Bukit Pelindung dengan anak-anak

Assalamualaikum semua,  nak cerita kisah hari ni.. kami dapat jugak tunaikan hasrat nak mendaki Bukit Pelindung hari ni.. itu pun sudah sekian lama cuma mampu dengar pengalaman kawan-kawan sekeliling yang dah mendaki bukit best ni kata mereka.. aku memang dah lama teringin tapi disebabkan pengalaman aku mendaki Gunung Ledang satu masa dulu membuktikan kudrat aku yang tak seberapa kuat tu buat hati aku berbelah bagi jugak.. 

Tips mendaki Bukit
mendaki Bukit Pelindung


Tapi tadi aku kuatkan semangat jugak pujuk shah bawak kami anak beranak pergi.. minggu lepas shah bagi alasan dah tengahari katanya.. nanti panas, anak-anak tak daya pulak nak jalan nanti kata dia.. tapi lepas aku balik dari Kuala Lipis dan Bentong aritu aku dapat semangat baru.. sebab kawan yang sama gi kerja luar aritu memang dah jadi rutin dia panjat Bukit Pelindung rupanya.. selama ni nampak kat facebook je jadi bila ada peluang tanya.. apa lagi.. ada banyak soalan aku tanya dan dapat jawapan dia.. nanti aku cerita ya.. 

Selepas dapat memujuk shah,  kerah anak-anak bersiap dan aku siapkan donat untuk bekalan.. maka bergerak la kami ke arah Bukit Pelindung melalui Tanjung Lumpur dan Jalan Teluk Sisek.. sesampai kat situ tadi pukul 10 lebih dah pun.. elok shah bukak bonet kereta,  kan terpampang banner susu segar dalam bonet tu.. elok je ada yang datang beli pulak.. alhamdulillah rezeki namanya tu.. 

Pastu kami siap-siap dah nak naik,  tutup bonet kereta,  bawak segala botol air untuk bekal.. maklumlah ada anak-anak kecik macam ni la.. buat dimintaknya air tengah-tengah mendaki tu kang haru woo nak cari air.. jadi langkah pencegahan awal haruslah disediakan.. dah siap kami pun mulakan langkah tepat jam 11 pagi.. 

peta kawasan Bukit Pelindung 



Memula naik tu aku rasa macam nak mati ok.. hahaha.. intro tak agak-agak kan?  dramatik betul kau Ita!  Tapi serius woo.. aku berjalan dengan adik hadi.. jadi cuba la korang bayangkan keadaan mak yang agak boyak berjalan ikut rentak ahli yang paling perlahan dalam rombongan.. aduhai.. extra penat betul tau.. tak terkata.. kena pulak abg long kan jenis manja-manja nak meleser je kat aku.. aduhai.. macam tak boleh bergerak je memula tu tau.. belum lagi abg long dengan abg ngah yang sama berebut nak bertanya macam-macam waktu mak dia separuh nak mati tu.. sudahnya aku kata.. nanti ye nak.. tak daya dah ummi ni.. kang kita turun boleh tanya ya.. 

ni masih dikira landai tau - nampak pasir atas jalan tu?  bahaya tu licin! 


Boleh tahan jugak la jauhnya mendaki tu.. kawan aku kata ada la 2 kilometer jugak naik ke atas tu.. tapi kami gagahkan jugak.. dan aku pulak ntah kenapa bila makin naik atas makin ok pulak.. padahal tadi dah gigil-gigil dah lutut tu.. aku tak berhenti pun kat memana pondok yang ada.. shah je berehat dengan anak-anak.. tapi ada banyak kali jugak la terpaksa berhenti nak bagi anak-anak minum air.. 

nampak pencawang dari bawah 

akhirnya di depan mata

selfie bergelap pun jadiklah


Bila dah sampai kat kawasan pencawang tu aku dah rasa kagum gila la.. maklumlah selama ni nampak pencawang tu je dari rumah.. kali ni dah depan mata tau.. terus aku semadikan kenangan kat situ jugak tadi.. hahaha.. betul la kelakar.. mujur kami naik tadi orang macam dah reda sikit.. jadi ok je la selfie memana pun.. 


ini selfie masa baru separuh perjalanan.. yang gambar memula tu dah abis.. tu yang berkilat sikit


Dah sampai kat puncak bukit tu shah patah balik.. shah la memula sampai pasal orang rumah dia asyik sibuk selfie.. dia kata abis dah.. turun balik.. aku kata eh.. takkan la.. macam landai pulak kat atas tu.. pastu shah cakap takleh lama atas bukit ni.. ada ular.. sekali aku tengok memang ye la siap ada signboard lagi tu.. cecepat la kami turun.. 

nampak tanda ular tu? 


Tapi rupanya baru sedar yang mendaki ni lagi penat waktu turun dari waktu naik.. kalau nak baik kita macam mendongak je tapi bila nak turun kita kena tahan tekanan dalam kasut kita.. sakit woo.. jadi shah ajar kami jalan terbalik.. baru lega sikit sakit sebab tekanan tu.. 

Anak-anak pulak dah mula letih.. adik hadi dah mula tak larat.. mintak kena dukung.. kakak husna pun sama.. azab wooo mak bapak dia ni haa.. korang bayang la.. turun bukit curam sambil kendong anak.. memang berganda la kalori aku terbakar tadi.. 

Akhirnya kami berjaya tamatkan pendakian pada jam 12.40 tengahari.. alhamdulillah.. agak mencabar untuk orang yang pertama kali mendaki macam kami ni.. maklumlah mendaki bersama anak-anak.. tapi sebenarnya yang menguatkan semangat aku tadi ialah.. kebanyakkan yang daki tadi,  warga emas tau.. siap ada yang potong kami lagi.. tercabar aku dibuatnya.. tu yang terus gak sampai penamat tu.. 

Bagi sesiapa yang nak mendaki Bukit Pelindung dengan anak-anak terutama anak-anak kecik ni tips yang boleh dijadikan panduan. 

1. Bukit Pelindung mempunyai kemudahan trek bertar yang agak bagus. Cuma kena berhati-hati dengan pasir di atas jalan tar tu.. bahaya boleh sebabkan kasut licin. 

2. Kawasan di Bukit Pelindung sangat redup dan aman suasananya. Dengan bunyi burung di sepanjang jalan pendakian dan pepohon hijau menjadikan tak terasa penatnya.. 

3. Banyak disediakan pondok-pondok kecil di sepanjang trek pendakian tapi malangnya takde disediakan tandas untuk kemudahan pendaki.. atau mungkin aku yang tak perasan. 

4. Ada juga disediakan peralatan senaman asas di tepi laluan trek pendakian. Tapi ada jugak yang dah rosak dan tak diselenggarakan dengan sempurna. 

5. Pendaki perlu membawa kelengkapan sendiri macam air minuman, kendong anak dan minyak angin jika perlu.. jugak keperluan lain anak jika perlu. 

6. Di sini tak disediakan satu pun kedai makan atau kedai jualan walaupun di bawah kaki bukit. Jadi kena sediakan awal-awal sebelum datang ke sini. 

7. Tidak dibenarkan membuang sampah merata-rata dan hanya satu tong sampah untuk botol air yang aku nampak disediakan, pengunjung diminta bawa pulang sampah masing-masing. Tapi serius kat sini bersih sangat. 

8. Boleh je nak mendaki pukul berapa pun sebab kawasan yang sangat redup dan ramai pengunjung tak kira masa. 

ok itu je yang dapat aku kongsikan buat kali ni.. adik hadi dah menangis ni.. jatuh pulak.. abis dah idea aku tadi.. nanti kalau aku ingat aku tambah ok.. selamat mendaki! 

Ceritaita


Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bagus2
aktiviti riadah yang sihat dengan keluarga

Mimi Azirah berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnha kak buat aktiviti sihat mcm nih dgn family.