Rabu, 14 Mac 2018

Tugasan Pemeriksaan Perlupusan Aset Alih Kerajaan

assalamualaikum semua, aku belum cerita pasal aku pergi  buat kerja luar ke Bentong dan Kuala Lipis hari tu ye? aku dah tulis entri mendaki Bukit Pelindung dengan anak-anak tu barulah aku perasan sebab ada tertulis perbualan dengan seorang kawan dalam kereta masa perjalanan.. aku pergi untuk tugasan pemeriksaan perlupusan aset  alih kerajaan sebab aku antara salah seorang ahli lembaga yang dilantik jabatan untuk sesi 2017/2018..


Tugasan Pemeriksaan Perlupusan Aset Alih Kerajaan
~ rasanya ni lembaga ke ahli lembaga?  :p


tapi bukan itu pun aku nak cerita sangat.. ni lebih kepada apa yang aku dapat masa perjalanan ni.. banyaknya lebih kepada makanan je la.. dan adalah tambahan nasihat hidup berkeluarga bagi yang berpasangan.. kalau cerita kisah kerja mungkin ada orang bosan nak baca.. terutama pasal pemeriksaan perlupusan aset ni.. tapi boleh la aku ceritakan serba sedikit mengenai proses perlupusan aset kerajaan ni berpandukan garis panduan tatacara pengurusan aset alih oleh Kementerian Kewangan Malaysia..

Tatacara / Proses Perlupusan Aset Alih Kerajaan atau Jabatan. 


9. Proses Kerja Pelupusan Oleh Kementerian Atau Jabatan  
9.1 Tindakan yang perlu diambil oleh Kementerian atau Jabatan untuk melupuskan aset adalah seperti berikut:- 
9.1.1 Mengenalpasti aset yang hendak dilupuskan;9.1.2 Mendapatkan KEW.PA-16 bagi aset yang memerlukan PEP; 
9.1.3 Menyediakan KEW.PA-17 yang mengandungi maklumat seperti berikut:- 
(i) Keterangan aset; 
(ii) Kuantiti; 
(iii) Tarikh pembelian; 
(iv) Tempoh digunakan atau disimpan; 
(v) Nilai perolehan asal; dan 
(vi) Nilai semasa berdasarkan maklumat di PEP atau tertakluk kepada Garis Panduan Susut Nilai Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). 
9.1.4 Mengemukakan KEW.PA-17 kepada Urus Setia Pelupusan selepas LPP membuat pemeriksaan, melengkapkan danmenandatangani KEW.PA-17; 
9.1.5 Mengemukakan permohonan pelupusan kepada Kuasa Melulus dan satu salinan KEW.PA-17 berkenaan kepada Perbendaharaan; 
9.1.6 Melaksanakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan; 
9.1.7 Menyediakan Sijil Pelupusan KEW.PA-19 (Lampiran D)untuk dikemukakan kepada Kuasa Melulus berserta dokumen sokongan seperti berikut:- 
(i) Surat Akuan Penerimaan bagi aset yang dilupuskanmelalui kaedah hadiah atau pindahan; 
(ii) Salinan resit jualan bagi aset yang dilupuskan melalui kaedah jualan/ Buangan Terjadual/ Sisa Pepejal; dan 
(iii) Sijil Penyaksian Pemusnahan KEW.PA-18 (Lampiran E) bagi aset yang dilupuskan melalui kaedah musnah dan tenggelam. 
(iv) Mengemaskini rekod KEW.PA-2 atau KEW.PA-3.9.1.8 Satu salinan Sijil Pelupusan KEW.PA-19 hendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia. 
(Sumber Tatacara Pengurusan Aset Alih - Kementerian Kewangan Malaysia) 

Bagi sesiapa yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja macam ni eloklah simpan satu buku panduan ni untuk rujukan.. ok jom kita ceritakan kisah berjalan ke Bentong dan Kuala Lipis ni.. yang paling best tentulah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah buat tetamu..

Masa nak pergi tu kami sempat bersarapan di Arab's Corner di Gambang makan nasi ulam.. aku pernah cerita dulu makan di Arab's Corner ni.. masa tu namanya Restoran Kita.. ownernya masih sama cuma nama ditukar kepada nama asal je.. tapi waktu tu nasi ulamnya lebih sedap dari sekarang.. cuma kali ni takde tambahan bergedil sedap.. 


Nasi Ulam di Arab's Corner Gambang


Sampai di destinasi pertama di Bentong pulak kami dihidangkan Lemang Tok'ki yang terkenal di Bentong.. sedap tau lemang dan rendang ayamnya.. memang popular la jugak.. tapi aku cuma pernah singgah sekali je dulu dengan shah dan family dari Johor.. sekarang ni dah ada 3 cawangan katanya di sekitar Bentong..


Lemang Tok'ki Bentong dengan rendang ayam

kuih muih dan Lemang Bentong


Lepas tu kami ke Kuala Lipis pulak.. sampai situ dah siap buat pemeriksaan dan cadangan untuk perlupusan,  tuan rumah hidangkan dengan pulut dan opor daging pulak.. Pulut lagi.. hari pulut sedunia agaknya haha.. tapi serius ini pulut tersedap yang aku makan dijual di kedai.. kalau yang sedap makan kat rumah tu lain cerita ok.. yang ni kategori dijual di kedai.. memang rasa nak ulang makan.. opor dia cukup lemak berkrim dengan rempah semualah.. lawan pulak dengan pulut lembut yang cukup tanaknya.. Allah.. tak terkata la sedapnya.. kata tuan rumah,  itu Pulut Kuala Lipis yang terkenal dengan nama Pulut Jamal atau Pulut Jamar ntah.. mana satu aku tak pasti.. ok dah dapat nama betul dia.. Pulut Jamil (updated 14/3/18) tapi katanya dijual di Taman Perwira Kuala Lipis,  Pahang.. ini kategori wajib cuba kalau kaki makan ni.. rasa nak tapau balik tapi pakkal la tuan rumah kata pulut tu pukul 1 dah abis berjualan.. masa tu pulak dah pukul 3 lebih pun.. ok.. updated lagi (14/3/2018).. katanya lauk tu bukan opor tapi rendang hitam.. adooii ita.. asyiklah salah info! ok yang ni final.. Pulut Jamil dengan rendang hitam popular Kuala Lipis.. haa.. 


Pulut Kuala Lipis

Pulut dengan Opor Daging


Dan kami akhirnya pulang dengan perut kenyang penuh berisi serta ilmu perkahwinan dari orang yang dah lebih 30 tahun berkahwin.. yang tu nanti aku kongsikan kat entri lain pulak ya.. untuk tips mengekalkan perkahwinan ke nanti kan.. tunggu.. 

Ceritaita


Cerita menarik lain

1 Luahan Ikhlas:

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lemang toki tu memang sedap
teringat dua kali makan dekat situ
hehe