Ahad, 4 Mac 2018

Resepi Kuih Kaswi Sedap

assalamualaikum semua,  nak kongsikan resepi kuih kaswi sedap ni.. gigih aku buat jugak sebab dah lama cari resepi kuih kaswi yang sedap.. aku dapat resepi ni dari Kak Zila dari blog Zila4ever..  yang ni resepi yang dia share kat IG dia.. aku tengok sekarang ni macam agak kurang blogger resepi update kat blog.. kebanyakkannya dah lebih suka update di IG dan facebook je.. entah kenapa.. tapi mungkin sebab aplikasi IG lebih mudah.. 

Mudah
Resepi Kuih Kaswi Sedap


eh membebel benda lain sampai lupa tujuan sebenar.. aku tak pernah lagi buat kuih kaswi ni tapi rupanya mudah dan anak-anak aku suka sangat.. boleh la buat selalu lepas ni..  ok jom aku kongsikan resepi dari Zila4ever ni.. 

Resepi Kuih Kaswi Sedap 


Bahan-bahan
1 1/3 cawan tepung gandum 
1 1/3 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir 
1 cawan gula melaka (aku ganti gula merah) 
1 sudu besar kicap (kicap pekat atau kicap manis,  ikut kak zila sedap guna kicap pekat jadi aku letak kicap pekat) 
1 sudu teh kapur masak (bukan air kapur) 
5 cawan air
2 helai daun pandan

Cara-cara

1. Masak gula pasir,  gula melaka dengan 5 cawan air sampai gula cair. Biarkan suam sikit. 

2. Masukkan tepung ubi, tepung gandum, kapur dan kicap. Kacau sampai sebati. 

adunan yang dah sebati


3. Sapu loyang dengan minyak sebelum curah adunan. 

dalam loyang 8 x 8 sebelum kukus


4. Kukus dalam kukusan 25 minit atau hingga masak. 

5. Biar betul sejuk baru potong dan hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan garam terlebih dahulu. 


Tips:
1. Pastikan air gula yang dimasak cukup 5 cawan. Kalau tak cukup kena tambah air suam bagi cukup 5 cawan. 

2. Masa kacau sebati ni pastikan jangan ada tepung yang berketul. Pastikan semua larut. 

3. Masa kukus tu pastikan tutup kukusan dilapik dengan kain untuk elakkan air menitik dalam loyang. Tadi aku buat aku tutup loyang dengan aluminium foil je tapi sesungguhnya cara malas aku tak menjadi.. adunan jadi lembab dan lambat masak.. aku kena kukus sejam lebih baru masak. 

4. Aku guna gula merah menggantikan gula melaka. Rasanya tak manis sangat pun. Mungkin ada yang kata tawar. 

5. Sebaiknya masak pada waktu malam jadi bila pagi kuih dah sedang elok sejuknya dan dah boleh dipotong. Aku buat pagi sebab takde kapur masak kat rumah ni, tergendala semuanya.. 

Jadi aku dah kongsikan bahan,  cara dan tips untuk resepi kuih kaswi sedap ni.. cuba la tau.. insyaAllah hasilnya tak mengecewakan.. tengok je la pinggan tadi ni.. tinggal kelapa je ni haa.. haha.. Selamat mencuba! 

Resepi Kuih Kaswi Sedap


Ceritaita


Cerita menarik lain

12 Luahan Ikhlas:

Amanda Suria berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedap...fav..kadang suka buat kaswi pandan

Hans berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perghhh
sedap kuih kaswi nih
kena dengan kelapa tu
sedap2

mama tisya berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka kuih kaswi..nk2 yg lembik2 tk suka yg keras2

Normi Nieza berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sdapnya..:)

khaty aiman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tambah kicap macam lain sikit dari resepi yang khaty belajar. Yang penting kejadiaanya cantik dan sedap di makan kan k.ita

Tunsha Ayunie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak kata kegemaran tak jugak. Tapi kalau mama auni buat kuih kaswi ni, banyak jugak laa masuk dalam perut auni.. Kalau beli x berapa sedap sebab rasa kapur kuat sangat..

Mia Liana berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya... lama tak makan ni..

Norlaili A Wahab berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh....resepi tambah kicap. menarik ni :)

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sedapnya.. antara kuih feberet aku it's.. kalau rumah dekat dah lama aku dtg bawa piring huhuu

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suka suka..!!! dulu ingat kuih ni ngan lompang sama jenis. tapi suka yang ni lagi. ke depa dua sama tapi ceq yang tatau hehehe..

Mrs Fuzy Hamid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

memang suka juga dgn kuih kaswi n... tapi sakit hati bila beli dan makan rasa pasir...mmg bikin hangin jer. Nanti boleh try resepi ni..

Bonda Zahra berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Tq sharing resepi kak. Sedap ni kuih kaswi.