Resepi Kuih Kaswi Sedap - Cerita Ita                                                             Resepi Kuih Kaswi Sedap Langkau ke kandungan utama

Resepi Kuih Kaswi Sedap

assalamualaikum semua,  nak kongsikan resepi kuih kaswi sedap ni.. gigih aku buat jugak sebab dah lama cari resepi kuih kaswi yang sedap.. aku dapat resepi ni dari Kak Zila dari blog Zila4ever..  yang ni resepi yang dia share kat IG dia.. aku tengok sekarang ni macam agak kurang blogger resepi update kat blog.. kebanyakkannya dah lebih suka update di IG dan facebook je.. entah kenapa.. tapi mungkin sebab aplikasi IG lebih mudah.. 

Resepi Kuih Kaswi Sedap



resepi kuih kaswi sukatan cawan
Resepi Kuih Kaswi Sedap


eh membebel benda lain sampai lupa tujuan sebenar.. aku tak pernah lagi buat kuih kaswi ni tapi rupanya mudah dan anak-anak aku suka sangat.. boleh la buat selalu lepas ni..  ok jom aku kongsikan resepi dari Zila4ever ni.. 

Resepi Kuih Kaswi Sedap 


Bahan-bahan

1 1/3 cawan tepung gandum 
1 1/3 cawan tepung ubi
1 cawan gula pasir 
1 cawan gula melaka (aku ganti gula merah) 
1 sudu besar kicap (kicap pekat atau kicap manis,  ikut kak zila sedap guna kicap pekat jadi aku letak kicap pekat) 
1 sudu teh kapur masak (bukan air kapur) 
5 cawan air
2 helai daun pandan

Cara-cara


1. Masak gula pasir,  gula melaka dengan 5 cawan air sampai gula cair. Biarkan suam sikit. 

2. Masukkan tepung ubi, tepung gandum, kapur dan kicap. Kacau sampai sebati. 

adunan yang dah sebati


3. Sapu loyang dengan minyak sebelum curah adunan. 

dalam loyang 8 x 8 sebelum kukus


4. Kukus dalam kukusan 25 minit atau hingga masak. 

5. Biar betul sejuk baru potong dan hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan garam terlebih dahulu. 


Tips:
1. Pastikan air gula yang dimasak cukup 5 cawan. Kalau tak cukup kena tambah air suam bagi cukup 5 cawan. 

2. Masa kacau sebati ni pastikan jangan ada tepung yang berketul. Pastikan semua larut. 

3. Masa kukus tu pastikan tutup kukusan dilapik dengan kain untuk elakkan air menitik dalam loyang. Tadi aku buat aku tutup loyang dengan aluminium foil je tapi sesungguhnya cara malas aku tak menjadi.. adunan jadi lembab dan lambat masak.. aku kena kukus sejam lebih baru masak. 

4. Aku guna gula merah menggantikan gula melaka. Rasanya tak manis sangat pun. Mungkin ada yang kata tawar. 

5. Sebaiknya masak pada waktu malam jadi bila pagi kuih dah sedang elok sejuknya dan dah boleh dipotong. Aku buat pagi sebab takde kapur masak kat rumah ni, tergendala semuanya.. 

Jadi aku dah kongsikan bahan,  cara dan tips untuk resepi kuih kaswi sedap ni.. cuba la tau.. insyaAllah hasilnya tak mengecewakan.. tengok je la pinggan tadi ni.. tinggal kelapa je ni haa.. haha.. Selamat mencuba! 

Resepi Kuih Kaswi Sedap


Ceritaita


Ulasan

  1. Sedap...fav..kadang suka buat kaswi pandan

    BalasPadam
  2. perghhh
    sedap kuih kaswi nih
    kena dengan kelapa tu
    sedap2

    BalasPadam
  3. suka kuih kaswi..nk2 yg lembik2 tk suka yg keras2

    BalasPadam
  4. tambah kicap macam lain sikit dari resepi yang khaty belajar. Yang penting kejadiaanya cantik dan sedap di makan kan k.ita

    BalasPadam
  5. Nak kata kegemaran tak jugak. Tapi kalau mama auni buat kuih kaswi ni, banyak jugak laa masuk dalam perut auni.. Kalau beli x berapa sedap sebab rasa kapur kuat sangat..

    BalasPadam
  6. sedapnya... lama tak makan ni..

    BalasPadam
  7. wahhh....resepi tambah kicap. menarik ni :)

    BalasPadam
  8. Sedapnya.. antara kuih feberet aku it's.. kalau rumah dekat dah lama aku dtg bawa piring huhuu

    BalasPadam
  9. suka suka..!!! dulu ingat kuih ni ngan lompang sama jenis. tapi suka yang ni lagi. ke depa dua sama tapi ceq yang tatau hehehe..

    BalasPadam
  10. memang suka juga dgn kuih kaswi n... tapi sakit hati bila beli dan makan rasa pasir...mmg bikin hangin jer. Nanti boleh try resepi ni..

    BalasPadam
  11. Tq sharing resepi kak. Sedap ni kuih kaswi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...