Sabtu, 22 September 2018

Bila aku ambik giliran mengasuh adik hadi?

assalamualaikum semua,  semalam kan aku cuti.. lepas tu seharian la dengan adik hadi.. adik hadi ni biasanya dia memang akan duduk berdua dengan ayah dia kat rumah.. syukurlah jugak dapat la kami berjimat part yuran mengasuh tu kan.. boleh tahan jugaklah yuran mengasuh di KL ni aku survey hari tu.. biasa kalau dia duduk dengan ayah dia tu, dia tak berani sangat buat yang bukan-bukan.. tapi hari ni bila aku ambik giliran mengasuh adik hadi.. ambik memacam dibuatnya.. 

Bila aku ambik giliran mengasuh adik hadi? 


memula semalam dia mintak kebenaran nak main basikal dalam garaj.. kat luar tu dah mula hujan rintik dah masa tu.. aku bagi la sebab dalam garaj je kan.. pagar pun tak bukak masa tu.. boleh dengar pun dia main sorang-sorang kat luar tu.. lepas tu aku tak dengar dah suara dia.. senyap je.. hish tak sedap hati la aku.. aku jenguk ke luar dia dah mula main gosok polisterine yang ada dalam kotak peti ais tersadai kat tepi pagar rumah ni.. dari sehari ke sehari nak buang tak lepas kotak besar ni.. bukan apa, nak letak luar kang kalau tak diambik.. kena hujan basah kang lagi bersepah.. belum lagi takde ruang nak letak.. terus mengaum la ummi dia tengok dah berterabur benda alah tu dengan kotak sekali kat luar tu kan.. 

aku suruh dia kemas dan masuk dalam basuh tangan.. dia ikut.. berhenti la kejap makan mee kuah yang aku masak.. lepas tu dia kata nak keluar balik.. siap ada ayat dia.. "Adik main kat dalam ni je.. bukan keluar pagar pun.. " amboi.. korang tengok la akal dia.. dia akan sebut berulang kali sampai dengar ayat aku cakap.. "Pergilah dik, jangan keluar pagar tau".. biasanya dia akan sambut..  "Baik ummi! ".. sejuk je perut dengar ek? 

tapi tak sampai 10 minit tu bunyi hujan makin lebat..  aku suruh dia masuk.. tapi takde respon.. sekali aku jengah dia dah separuh lencun dah kat tepi pagar dengan kotak peti ais bersepah sekali lagi.. adoi la anak.. sabar je la.. aku suruh dia masuk tapi kali ni siap rayuan.. "Adik nak mandi hujan.. boleh la ummi.. " permainan betul kan.. campur drama ni.. tapi sebab dah separuh lencun tu.. aku malas dah nak kata apa.. pergilah dik.. 

apalagi.. dia punya gembira.. haha.. kesudahannya menggigil mintak nak masuk rumah.. tu pun pasal aku umpun tunjuk mee kuah tu dan dia pun rasa lapar.. haha.. lepas mandi siap semua aku bagi dia makan.. dua kali bertambah tau.. lepas tu kami keluar ambik abang-abang dan kakak dia.. bukan main lagi tau masuk kereta je dah mula reka dialog apa nak cerita dengan abang kakak dia.. "Adik dapat main hujan.. seronok! ".. hai la anak.. 

tapi kan secara peribadinya aku tak berapa kisah pun anak-anak nak main apa pun kecuali benda-benda merbahaya ya.. yang tu patut halang.. kalau main biasa macam mandi hujan ni boleh je bagi dia main untuk tengok fikiran dia kreatif ataupun tak.. dari situ kadang kita boleh tengok perkembangan minda dia.. itu pun kena bagi dengan pemantauan kita la sebagai mak bapak.. jangan tak percaya yang aku selalu jadi penunggu pintu sebab nak pantau anak-anak main kat luar rumah.. padahal kalau main hujan tu maknya punyalah macam nak ikut serta sekali kan.. hahaha.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

5 Luahan Ikhlas:

Cik Matahariku berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam sis, jemput singgah ke blog baru saya di sini :https://ciksyamsi.blogspot.com/-terima kasih:)

farhanna jafri berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha betul, kadang mak pak yang lebih dari anak :P

Hayati Ghazali berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

teringat pulak zaman kanak kanak dulu...main hujan :-)

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best ooo main hujan, tapi kalau ada petik tak beranilah.. takut terus lari masuk rumah. Seronoknye hadi main hujan tu hah

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alolo comelnya adik Hadi.. seronok gak main ujan kan