Catatan terkini

Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang

Imej
Contents Jalan-jalan ke Pasar Tani Kluang Lokasi Pasar Tani Kluang Assamualaikum semua, hari tu kan ada cuti umum sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Agong kan.. kena pulak hari Isnin tu. Kebetulan pulak ada pasar tani di Kluang ni setiap hari Isnin dari pukul  7 pagi sampai pukul 12 tengahari. Biasa kalau hari aku bekerja pun sempat jugak jengah pasar tani ni kalau nak cari sayur-sayur kampung sebab dia buka awal pukul 7 pagi. Tapak Pasar Tani di Kluang ni ada beberapa tapak. Tapi yang paling aku suka pergi ada 2 ni je aku suka ulang-ulang pergi. Mula-mula dulu aku taktau lokasi pasar tani ni. Aku jumpa pun bila buat carian pasar tani near me. Hahaha Lokasi Pasar Tani Kluang Satu yang biasa pergi dan dekat di Tapak Pasar Tani Kampung Melayu. Kat sini dia buka setiap hari Isnin. Lokasi dia betul-betul berhadapan dengan Stesen Bas Kluang. Stesen bas yang mempunyai seribu satu kenangan aku di zaman persekolahan dulu-dulu. Lokasi ni aku suka pasal dekat dengan bandar

Ceritaita dengan Real Fresh Skin Detoxer dari Althea

Ceritaita dengan Real Fresh Skin Detoxer dari Althea 

Assalamualaikum semua,  aritu ada aku upload gambar barangan dari Althea sempena birthday Althea yang ketiga kan? Meh la aku cerita sikit apa je dalam kotak Althea yang cantik tu.. tapi tak best la kalau nak cerita kotak cantik tapi tak tunjuk apa ada dalam dia mana lah best kan? Tapi kali ni aku nak tunjuk dengan muka aku sekali la.. Ceritaita dengan Real Fresh Skin Detoxer dari Althea..

Ceritaita dengan Real Fresh Skin Detoxer dari Althea 


Sebenarnya aku ni jenis orang kalau tak guna lagi sesuatu benda tu aku tak berani la nak promosi.. tapi kali ni aku dah guna dah.. memang aku suka sangat tau Real Fresh Skin Detoxer ni..  sangat sukaaaa… sebelum aku guna ni aku ingat semua detoxer yang orang iklankan tu sama je.. rupanya ada beza berdasarkan kandungan dia tau.. jadi jangan belasah guna je macam aku sebelum ni.. 

Rose


Macam Real Fresh Skin Detoxer dari Althea ni ada 2 jenis..  yang kaler pink ni Rose.. kandungan dia ada premium kuntuman ros.. yang real punya tau.. asli tau asli! Bukan essence atau tiruan.. kuntuman ni dipanggil premium sebab dia cuma akan berkembang mekar selama 5 minggu je dipetik sekali sahaja setahun iaitu pada bulan Mei dari ladang di Grasse, Selatan Perancis nun haa.. jauh kan? Dah la sekali setahun.. dipetik dengan tangan pulak tu.. gigihnya la diorang ni nak bagi orang lain cantik.. Kita tak dapat pergi Perancis tu nak tengok Menara Eifel tu kita dapat pakai skincare dari ros datang dari sana pun jadilah kan.. hehehe.. apa gelak-gelak.. jeles la tu.. 

Apa yang best sangat ros ni sebenarnya? Kalau korang pun macam aku yang serba tak tau ni tentu nak tau apa yang best sangat kuntuman ros ni sampai kena pilih dia untuk salah satu produk skincare korang kan.. baik! Meh aku cerita sikit.. Premium May Rose ni membantu mengimbangi Ph pada kulit yang 5 kali lebih baik dari ros biasa tau.. ia jugak berfungsi mengembalikan keremajaan kulit dengan memulihkan aliran darah.. seterusnya membuatkan kulit muka kekal bertenaga, tegang dan cerah.. peh ayat buku keluar terus.. hahaha.. 

Yang bestnya bila guna Real Fresh Skin Detoxer ni korang akan rasa kulit wajah korang tu lembut je tau.. dan wangi ros tu masyaAllah bestnya lahai.. yang tersayang kat sebelah pun rasa best je cium bau yang wangi tu.. tak caya? Cuba la try.. hehehe..

Green Tea


Satu lagi Real Fresh Skin Detoxer ni ialah Green Tea.. ni yang kaler hijau.. yang ni pun best woo.. siap berangan minum green tea bila sapu ni kat muka.. haha.. yang ni pun sama je spesel dia.. diperbuat dari daun The Hijau muda yang dipetik dari ladang Teh Hijau di Jeju.. ni diorang petik dari daun yang pertama keluar.. kira macam baby leaves la gitu.. special kan.. khasiat daun ni pulak 5 kali lebih tinggi vitamin C dari lemon tau.. paling bagus untuk melindungi kulit dari kerosakan disebabkan oleh UV.. yang paling best Jeju green tea powder terkenal dengan melegakan ketegangan kulit dengan cepat.. lagi pulak bila dah guna dalam detoxer macam ni.. kita kenyit mata je la ye.. hehe..

Dua-dua tiub Real Fresh Skin Detoxer ni pun senang je nak guna tau.. korang Cuma perlu sapu ke seluruh muka korang dan biarkan je selama 10 saat.. lepas tu basahkan jari korang dan gosok muka korang dengan gerakan membulat.. sampai keluar buih yang terhasil dari bahan semulajadi yang ada dalam detoxer tu.. kalau korang guna Rose.. rose la keluar.. kalau guna Green Tea.. green tea la keluar.. bila dah selesai tu.. bilas je dengan air.. lepas tu korang rasa la hasil dia kat kulit korang..

Boleh rasa serta merta tau perubahan kat kulit korang.. lembut licin je.. macam pakai scrub tapi takde pun rasa sakit atau pedih sikit pun kat kulit muka.. yang penting best la sesangat.. aku sampai rasa nak ulang pulak tapi risau jugak takut kalau aku ulang kang terus tak rupa muka aku je kang.. mana tau terus bertukar jadi Che Ta ke kan.. terus korang tak kenal.. hahaha..

Real Fresh Skin Detoxer by Althea


Kalau tanya aku yang mana best? ala.. susahlah kalau nak diberi pilihan.. eloknya korang beli je dedua ni.. Rose dengan Green Tea.. sekarang ni ada promosi kat Althea tu haa.. ada diskaun lagi kalau korang beli dua ni kira satu set.. ada pulak lagi diskaun 10 % sempena hadiah harijadi di Althea sekarang ni sampai habis bulan September ni.. apa lagi korang tunggu? Pergi je la beli satu set.. aku gerenti korang puashati.. aku punya pun aku guna jimat-jimat je tau.. sayang..huhu.. nak beli jugak gi kat web dia kat bawah ni haa… 


untuk berjimat lagi 10 % tu korang masukkan je kod kat bawah ni :

ALTHEATURNS3

Ceritaita

Ulasan

  1. Baca entri Ita nie terus rasa nak beli la pulak..

    BalasPadam
  2. Best detoxer ni..seminggu akak guna 2 kali..best bila lepas bilas muka sebab kulit halus jer...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus