Jumaat, 21 September 2018

Menarik rezeki?

assalamualaikum semua,  hari ni aku cuti.. adalah masa ambik anak-anak dari sekolah.. ada hal sikit kena uruskan.. shah pun dapat la meniaga air kelapa laut sekejap hari ni.. kalau tak shah cuma boleh meniaga di hari Sabtu dan Ahad je.. sebab masa tu je aku ada kat rumah.. oh lupa nak cerita pasal shah dah meniaga air kat sini.. tetiba nak cerita pulak lepas tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 tadi pasal menarik rezeki.. ada juga dikongsikan doa tadi.. Doa mohon rezeki tidak putus.. 

menarik rezeki? 


shah meniaga air buat masa ni macam sambilan je la.. sambil uruskan anak-anak dan meniaga pau gebu.. alhamdulillah adalah sumber rezeki lain kami jugak kat sini.. syukurlah.. kena belajar tanamkan rasa syukur setiap hari.. syukur sebab kami masih ada pekerjaan.. syukur sebab ada keluarga yang sanggup menerima seadanya susah senang kami selama ni.. syukur kami masih boleh bagi makanan,  tempat tinggal dan pendidikan buat anak-anak walaupun tidak semewah orang lain.. 

kenapa tiba-tiba aku jadi syahdu pulak ya.. entahlah.. sejak akhir-akhir ni aku jadi mudah sangat tersentuh.. sikit-sikit pun masalah dah buat aku jadi runsing sangat memikirkannya.. sampai kesihatan diri sendiri pun dah tak terjaga.. semalam pergi check tekanan darah.. semakin rendah tekanan darah aku semalam.. sepanjang 2 bulan kat sini dah 3 kali aku check tekanan darah makin rendah..  

kalau dari dulu tekanan darah tu tandanya aku sedang stress.. masih lagi rasa tak stabil sejak berpindah.. tak stabil dari segi kewangan dan emosi.. masih lagi berdoa supaya Allah tunjukkan hikmahnya kami berpindah ke sini.. mungkin ada yang akan kata aku jadi macam tu sebab aku tak redha dengan perpindahan yang dah Allah tentukan buat kami.. ya.. mengucapkan lebih mudah dari melakukannya.. 

tapi aku cuba.. walau bukan dalam masa 2 bulan ni.. atau sampai 2 tahun pun aku kena berusaha.. aku tetap cuba.. macam apa yang dikongsikan oleh Ustaz Hj Ahmad Syukri Yusof dalam Tanyalah Ustaz TV9 tadi.. ada banyak yang menyentuh hati aku.. terima kasih ya ustaz.. aku akui la rancangan ni selalu kena je temanya dengan apa yang berlaku dalam kehidupan aku.. secara kebetulannya.. mungkin cara Allah mengetuk pintu hati aku supaya cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan.. supaya mengharapkan Dia lebih dari segala-galanya.. sesuatu yang patut aku syukurkan setiap hari.. 

Ustaz mengingatkan bila berada dalam keadaan sukar,  keadaan bimbang,  keadaan tiada harapan..  beristighfarlah.. jangan berhenti beristighfar..  Allah sangat sayang hambaNya yang sentiasa memohon ampun dan menyesali kesalahan dia.. sentiasa dalam rahmat Allah mereka yang beristighfar.. Allah akan beri harta yang tak disangka kepada mereka yang beristighfar.. Istighfar dan berusaha serta berdoalah supaya sentiasa mendapat rezeki yang berkat.. orang Islam tidak boleh berhenti berusaha.. kemudian bila diberi rezeki, bersyukurlah nescaya Allah akan tambahkan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.. 

terima kasih atas ingatan ya ustaz.. buat kawan-kawan yang sentiasa beri aku semangat dan kekuatan.. korang tau siapa korang.. hati aku sentiasa lapang bila berkongsi masalah dengan korang.. terima kasih kerana sentiasa sudi luangkan masa menasihati dan mengingatkan aku.. semoga kita semua dapat menarik rezeki dari sumber yang berkat.. InsyaAllah.. doakan kami.. maafkan kami.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyallah dengan banyakkan istigfar hati tenang dan menjemput rezeki juga. semoga kita semua dimurahkan rezeki sihat walafiat dan happy2 sentiasa =)

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lama Kak Sue tak tengok Tanyalah Ustaz. Bagus tau rancangan nie kan Ita, Kak Sue doakan Ita dan Shah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan selalu ya.. aamiin ya rabb.. ❤