Jumaat, 21 September 2018

Pasta Goreng Lada Hitam Yang Sedap!

assalamualaikum semua,  hari ni aku masak pasta goreng lada hitam yang sedap untuk sarapan.. dah banyak kali aku cuba masak macam ni kat rumah ni.. dah alhamdulillah anak-anak suka nampaknya.. dah la senang masak pasta goreng lada hitam yang sedap ni.. bahan pun tak banyak.. 

Pasta Goreng Lada Hitam Yang Sedap! 


jadi aku ingat nak kongsikan la resepi pasta goreng lada hitam yang sedap ni.. dah la sedap.. cepat pulak tu.. aku bagi resepi ikut macam yang aku buat je ya.. kalau korang nak tambah apa-apa dalam tu boleh je.. macam sotong je.. udang ke.. daging ke.. boleh je.. kut korang la.. eh sayur pun kalau nak tambah boleh ya.. aku terfikir gak tadi kalau tambah brokoli mesti lagi sedap.. tapi disebabkan pagi buta malas la nak fikir.. aku masak je apa yang ada kat dapur dan senang.. hehe.. 


Resepi Pasta Goreng Lada Hitam Yang Sedap

Pasta Goreng Lada Hitam Yang Sedap! 


Bahan-bahan

Pasta - Angel hair (direbus dulu dan ditoskan) 
Lobak merah - sagat halus
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lada Hitam
Kiub Pati Ayam
Garam
Ajinomoto 

Cara-cara 

1. Kisar semua bawang besar,  bawang putih, halia dan lada hitam. 
2. Tumis semua bahan kisar tadi sampai naik bau. 
3. Masukkan lobak merah kisar
4. Masukkan kiub ayam,  garam dan ajinomoto. 
5. Masukkan pasta dan gaul rata.
6. Biarkan masak dalam 5 minit, lepas tu boleh matikan api. 
7. Boleh hidangkan dah. 

Korang boleh je nak tukar pasta tu dengan pasta kegemaran korang.. macam aku pun dah cuba macam-macam jenis pasta gak tapi yang paling sedap aku rasa guna angel hair la.. pasal dia halus sikit tapi tekstur tetap macam spagheti masih ada rasa liat-liat macam tu kan.. kira macam dia tak lembut sangat macam mee.. 

kalau makan dengan cheese lagi best tau korang.. aku dah cuba dah.. masa panas-panas tu letak cheese.. lepas tu terus makan.. fuh.. kalau ada tomato puri letak atas dia pun ok.. rasa masam-masam sikit.. eh jangan letak banyak.. sikit je bagi rasa-rasa.. selamat mencuba ya.. 

Ceritaita

Cerita menarik lain

3 Luahan Ikhlas:

Siti Yang Menaip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tambah2 air tangan ibuuu anak2 mesti lagi suka =)

Kak Sue berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Anak-anak Kak Sue pun suka makan macam nie Ita.. tapi selalunya letak udang dan sayur siap letak cili padi sikit.. hahaha. Nampak tekak melayu sangat kan..

iffah hussin berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

terliur tengok menu nih! nak masaklah nanti!