Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Warong Cabin Gudang Garam Segamat

Singgah Makan di Warung Cabin Gudang Garam Segamat Assalamualaikum semua, semalam kami gerak balik dari Kuantan menghala ke Kluang. Sempat singgah ke rumah lama kami sewa dulu di Kampung Kempadang, kemudian ke rumah kakak kami di Taman Tas sebelum ke Kampung RPSB Banjir untuk singgah rumah lama dan rumah baru mak. Rumah pertama kami sewa dulu di Kampung Kempadang. Rumah kayu ni.  Rumah kedua kami sewa rumah berkembar ni. Azab tiap hari basuh taik kambing.  Lama kami tak jenguk rumah baru mak, dah masuk 8 bulan mak pergi. Belum ada kekuatan lagi nak cerita pasal kehilangan ni. Berat hati dan mata bila menulis. Tunggulah dulu masa yang sesuai. Lokasi Warong Cabin Gudang Garam Segamat Waktu dalam perjalanan balik tu memang belum berhenti mana-mana untuk makan. Kebetulan pulak kami berhenti di Segamat untuk solat Maghrib dan Isyak terus la aku ligat cari tempat makan. Masa tengok kat google tu jaraknya lebih kurang dalam 9 ke 10 minit perjalanan dari Stesen Minyak Petronas yang ka...

Aktiviti Hujung Minggu di Kuantan, Pahang

Jalan-jalan Hujung Minggu di Kuantan Assalamualaikum semua, semalam lepas kereta kami dah selamat Shah baiki kami habiskan masa berjalan ke sekitar bandar Kuantan. Kalau nak baca cerita pasal semalam boleh ke Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan. Hujung Minggu di Kuantan Disebabkan kelmarin tak dapat berjalan. Kami tunaikan hasrat tu pada hari semalam la pulak. Kami bukan ke mana pun. Kebetulan adik aku yang duduk di Muadzam Shah tu ada sekali kat rumah semalam. Nampak kerang besar kat depan tu?  Jadi kami teruskan aktiviti jalan-jalan ke Taman Kerang, Kuantan. Sebenarnya taman ni diberi nama bersempena replika kerang besar yang ada menghiasi taman ni. Cantik kat sini untuk bergambar dan berekreasi bersama keluarga. Lokasi dia yang sebenar adalah bersebelahan dengan Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Ahmad 1 di Jalan Mahkota, Kuantan, Pahang. Ianya adalah lokasi terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan. Jualan di Taman Kerang Kuantan Setiap malam ada jualan di Taman Ke...

Homestay Gapai Pelangi Dalam Pembaikan

Pembaikan Dan Dugaan Assalamualaikum semua, dah masuk hari ke 4 di tahun 2026. Hari ni kami masih di Kuantan. Ada dugaan sebenarnya sejak semalam. Kebetulan pula kami memang akan berada di sini hingga esok. Dugaan Tiba Kami sebenarnya dah tutup tempahan untuk homestay sejak dari awal bulan November lagi aritu. Pertamanya disebabkan ada masalah nak cari orang untuk pembersihan. Kedua ada banyak benda nak kena baiki dulu. Disebabkan kami buat sendiri semua benda dan masa yang ada agak terhad jadi kami tutup je la buat sementara waktu. Bagi kami baiki dulu semua benda dan sampai jumpa orang sesuai untuk buat kerja-kerja pembersihan. Kereta Rosak Pulak Semalam waktu kami balik dari sarapan di Tanjung Api kan kereta kami ada masalah sikit. Shah dah bawak pergi bengkel. Tiba-tiba waktu malam nak ke Taman Kerang dia jadi senggut-senggut pulak. Jadi pagi ni menjajau la Shah mencari kawan-kawan yang boleh bantu.. maklumlah hari Ahad kan. Mana nak cari bengkel yang bukak. Kebetulan ada kawan yan...

Jejak Umurku ke 47 tahun

  Selamat Hari Lahir Ke 47! Assalamualaikum semua, hari ni 3 Januari 2026 merupakan hari lahir aku yang ke 47 tahun. Rasa ada satu kehilangan yang sangat nyata. Tiada lagi ucapan dari mak yang tersayang. Rasa kosong. Mak tak pernah lupa ucapkan selamat hari lahir setiap tahun. Aktiviti di Hari Lahirku Hari ni aku berada kat Kuantan. Kami balik rumah kami di Kuantan. Aura kat rumah ni lain. Rasa tenang. Pagi tadi kami bersarapan di Restoran Tanjung Selera di Tanjung Api. Selepas tu berjalan sekejap ke Pantai Teluk Cempedak. Lepas tu kereta meragam pulak. Kami balik rumah, Shah ke bengkel dan kami berehat di rumah. Petangnya sambung berjalan ke MrDiy cari barang sekejap. Dapatlah bidai dengan harga murah untuk hadiah diri sendiri. Hati Rasa Kosong Malamnya berjalan ke Taman Kerang. Hajat hati nak beli mochi tapi dah habis licin pulak. Jadi beli tart je la untuk anak-anak. Terus balik ke rumah. Itu je la aktiviti sepanjang hari lahirku. Sakan berjalan tapi hati masih kosong. CeritaIta...

Musim Raja Buah Tiba

  Musim Durian Datang Lagi Assalamualaikum semua, bila sebut nama raja buah nan satu ni aku rasa tentu ramai peminat dia kan? Aku? Jangan tanya la.. dalam sejarah siap pernah kena demam mabuk durian masa kecik dulu. Lepas tu aku puasa 2 tahun jugak kot baru makan semula. Durian Yang Sedap Kalau tanya peminat durian macam aku, semua durian la sedap. Tapi apa sebenarnya yang jadikan durian ni sedap? Ada banyak pendapat, tapi dia lebih pada tekak masing-masing la. Ada yang suka durian yang rasanya agak ringan, manis ada rasa pahit-pahit sikit di hujungnya. Ada yang suka durian yang berlemak dan rasa macam berkrim macam makan aiskrim. Durian Untuk 'Newbie' Keluarga kecik kami ada 2 orang yang tak berapa gemar durian. 2 orang tu ialah Abg Long dan Abg Ngah. Kalau diorang makan pun biasanya bila aku paksa la. Jadi aku tau jugak cara nak pikat orang yang tak suka durian tapi kemudiannya boleh makan. Ini terpakai untuk anak-anak aku je la, orang lain aku taktau ya. Kalau anak aku berdu...

Tahun Baru 2026 Happy New Year

Salam Tahun Baru 2026! Assalamualaikum semua, selamat tahun baru 2026 buat semua. Semoga kehadiran tahun baru ni membawa kebaikan untuk semua orang. Amin. Doakan buatku juga ya. 2025 adalah tahun yang sangat berat untuk kami. Nanti jika diberikan kekuatan aku akan cuba menulis. Azam Baru Berulang Aku pulak nak balikkan semula azam baru yang muncul setiap tahun pada tahun 2026 ni insyaAllah bermula hari ni. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post di blog setiap hari. Aku sebenarnya dah lupa yang dulu aku jadikan blog ni sebagai terapi. Jadi mari kita mulakan balik. Azam Yang Tak Kesampaian Ada juga azam baru yang tak pernah kesampaian iaitu azam mengurangkan berat badan. Tahun lepas berat aku bukan makin turun malahan makin naik dari 69kg ke 80kg.. Terkejut beruk bila tengok penimbang. Ini masa proses pemasangan Jadinya aku kena kuatkan semangat. Hujung tahun aritu aku ada beli treadmill. Beli masa sale 11.11 kat shopee. Alhamdulillah dapat harga murah. Jadinya semangat la s...

Pasta Tomyam Keju

Mood Berblog Kembali  Assalamualaikum semua, dah 10 bulan aku tak menulis di blog ni. Rindu sebenarnya tapi apakan daya, banyak perkara berlaku tahun ni yang menuntut sepenuh masa dan perhatian aku. Nantilah aku ceritakan pasal apa yang berlaku.  Hari ni ntah apa mood yang datang aku tetiba rasa nak menulis blog balik. Jadi kita mulakan dengan apa yang aku paling minat iaitu memasak. Bila 2 kegemaran aku disatukan, memasak dan menulis, aku rasa lebih 'bernyawa'. Makan Pasta Tomyam Keju Pasta Tomyam Keju Semalam aku baru balik dari berbengkel di Moonkissed by The River, Hulu Langat. Masih rasa sakit-sakit lagi badan ni. Jadinya mood nak masak masakan beria-ia tu macam ke laut jugaklah. Tapi nak keluar makan kat luar pun rasa malas. Jadinya otak mula memikirkan nak masak makanan yang mudah-mudah je la. Terus dapat idea untuk masak pasta. Kalau setakat spaghetti bolognese tu dah biasa sangat kat rumah ni. Sebab senang dan semua ada yang sedia curah je. Fikir punya fikir, apa kata...