check up minggu ke 30 - Cerita Ita                                                             check up minggu ke 30 Langkau ke kandungan utama

check up minggu ke 30

disebabkan aku dah lupa ni check up ke berapa dan malas nak menyelak2 muka2 yang lepas2 tu aku tulis je la macam tajuk kat atas tu ye...

pepagi lagi tadi aku dah kerah shah bangun awal...sebabnya? aku dah berpuasa sejak semalam dan x larat la nak tunggu lelama kat klinik tu sambil menahan lapar semata-mata nak buat 2nd MOGTT kan...siap aku ajak lagi anak bujang aku tu mandi sekali...amatlah senangnya...kalau tak nak mandi pagi? macam2 alasan dia...kejap la..nanti la...ummi dulu la...ni sebab nak teman ummi gi klinik cepat je dia...suka sangat kalau sebut nak gi klinik..tah apa yang best tah agaknya...sampai malam tadi pun dah mengigau2 dia siap nangis2 sambil sebut ummmi kenek...aik? nape lak ek...agaknya dia mimpi aku x bawak dia kot...dia kena tinggal tu yang nangis2 tu...hehehe...silap aku gak saja suh dia tidur awal semalam sambil aku kata kalau nak ikut ummi gi klinik kita kena tidur awal...sebenornya aku dah x larat nak ngadap dia main game dora kat laptop tu lagi dah...kalau ikut dia sampai pagi pun sanggup kot..

kul 8.30pg je diaorang dah siap ambik darah aku, siap dah aku gi simpan sampel air kencing semua dan lepak2 dengan hakimi sambil layan dia makan biskut...kul 9.30pg hakimi lak terberak..nasib baik hari ni shah cuti jadi dia bawak balik dan cuci kat umah...lepas tu masa tengah check dalam bilik aku dengar suara yang amat familiar..hakimi la..dia dah start2 redah semua bilik carik aku...hehehe..rutin biasa dia buat tu...kul 10.30pg lak ambik darah kali kedua...keputusan...tunggu next check up la..harap2 ok la lagi...biasa kalau x ok diorang terus call...kalau x call sampai next check up tu ok le tu...

hasil check up kali ni:

bp: ok je...110/70
anak: gerakan aktif dan jantung bergerak selaju 136b/s, kepala dia pun dah pusing ke bawah...alhamdulillah...
hb: 11.6 masih statik...aku dah x larat nak telan pil2 suplement tu semua..asal telan je semua2 isi perut aku keluar balik tau...ceh alasan kan...
berat: haaa..yg ni penting ni..aku ingat dah naik sampai 70kg ke..sebab seminggu dua ni aku rasa lelah sesangat..cam dah berat noo..tapi bila timbang 68kg je..aik turun lak?
next check up sepatutnya 7hb tapi disebabkan aku ada kursus kat intan masa tu aku cepatkan sikit ke 5hb...

semoga Allah permudahkan proses kami nanti sampai baby ni keluar dengan selamat...insyallah..amin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum