Puasa sekejap.. - Cerita Ita                                                             Puasa sekejap.. Langkau ke kandungan utama

Puasa sekejap..

sejak minggu lepas aku perasan ada benda pelik sikit dengan aku ni..memula aku ingat sebab lambat makan...
last..last minggu ni baru perasan...nak tau apa dia?

AKU TAK LEH NAK MAKAN BENDA PEDAS2!

waa...baru aku perasan...masa minggu lepas shah rerajin lak masak nasi goreng kampung...dengan lada dia...wallaaa..x yah cakap la..pedas giler..tapi sebab masa tu aku makan dah lambat jadi aku ingat aku muntah2 balik dalam kul 11mlm camtu sebab makan lambat la kan...tetiba minggu ni kena lagi lak...sampai 2 kali..

sekali masa hari selasa aritu lepas balik kursus pengurusan jenazah..masa tu mmg diorang ada buat roti jala cicah kari..kari dia x pedas mana pun tapi aku memang takleh makan dah kot...
sekali lagi masa makan kelmarin..aku masak ikan masak pindang (kata org johor)@ singang (kata orang pahang)...aku letak la lada sebiji2 dalam tu tapi tak potong sebab hakimi nak makan sama...aku cuma ambik sebatang je lada tu buat ulam sambil makan nasi..sudahnya kul 2 pg aku terlahak2 kat dalam tandas..sampai shah dah risau sambil tunggu kat luar tandas pasal aku tak keluar-keluar...habis semua isi kandungan perut keluar...sayang ikan pindang aku yang sedap tu..tak sempat proses
pun..
semalam lak..aku keluar gi beli mee goreng..tak pedas mana pun tapi memang dia masak guna cili kering kan...lepas je makan tekak aku dah jadi macam 2 episode yang sudah tu...rasa cam pijar2 je...puas aku minum air..makan gegula...semua tak jalan...itu yang buat aku rasa yang aku memang x leh nak makan sebarang bentuk lada sekalipun...

jadi sekarang aku cuma makan benda yang rebus2 je...kuah lemak je ke..goreng2 je ke...nak buat camne kan...puasa je la...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...