Check up minggu ke 36.. - Cerita Ita                                                             Check up minggu ke 36.. Langkau ke kandungan utama

Check up minggu ke 36..

salam semua...
pagi ni aku gi check up untuk minggu ke 36 lak...wah..dah genap 9 bulan kan? cam sekejap je masa berjalan...macam tak percaya je rasanya...anak dalam perut ni pun dah hampir menunggu masa nak kuar je dah pun...rasa macam massih lagi excited lepas tengok keputusan positif pakai pregnancy kit aritu...

alhamdulillah...sekarang ni pun kepala baby dah elok pun duduk kat tulang pelvik, tinggal tunggu dia masuk betul2 je lagi..tapi kebanyakan kes yang aku baca kalau anak no 2 dan ke atas..ada gak yang takde warning2..terus je masuk...pecah ketuban dan keluar...cam senang je kan bunyi dia..harap2 baby dalam perut ni jangan la bagi signal mengejut cam tu..at least bagi ummi makan2 dulu ke..tidur2 lena2 dulu ke..tak pun siang2 hari je..jgn waktu pepagi buta lak nak keluar...boleh ye nak..kalau tak sian abang long nak menempel umah siapa lak pepagi buta tu..mesti ayah kelam kabut nanti...boleh ye sayang...

ok kita sambung hasil check up hari ni:
berat badan: alhamdulillah..minggu ni selera naik cam melampau2 sikit jadi berat pun ada naik sikit la...hehe...68.6kg lega aku mendengarnya...walaupun dah kena tulis pen merah pasal naik melebihi 1kg tapi takpe nak..kat ummi positif je tu...hehe
hb: pun naik gak dr 2 minggu lepas...skrg dah 11.2 alhamdulillah...
blood pressure: setakat ni cam ok lg..masih maintain 120/70
jantung bb: alhamdulillah berdegup kencang...aktif tp lupa lak nak tengok bape b/sec tadi...aiseh...
hari ni kena marah lak sebab tak catat pergerakan bayi sejak 2 minggu lepas..la..camne aku leh lupa..tak teringat langsung ko...buku tu sebenor2 nya dok dalam keta sepanjang masa jadi lupa la nak mengecheck2 bila dah balik rumah..padahal penat je aku kira hari2 bape kali baby lam perut ni gerak..nak buat camne kan..dah nak kena marah..nasib badan la..

next check up lak minggu depan..sekarang kena gi tiap minggu sampai la terbersalin...tapi minggu depan kena gi klinik jln gambut dulu untuk last check up dengan doc..pastu sambung kat klinik desa je...oppss lupa lak..diorang kata esok diorang akan call kalau ada glukos untuk last check up glukos...alamak kena minum lagi la air yang memualkan tu..uweekkk..loya ko..tak tahan aku..dengan kaler hijau lak lagi tu...harap2nya bior la glukos takde..takyah aku buat test tu lagi..hehe...ngelat kan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat