entry maaf khas buat sahabat.. - Cerita Ita                                                             entry maaf khas buat sahabat.. Langkau ke kandungan utama

entry maaf khas buat sahabat..

salam jumaat semua,

asal aku tulis je..mesti jumaat..asal jumaat je mesti aku tulis...hehe...tu je kot hari yang sempat..

pagi ni pun nak celah sikit je ada program Puspanita lak pasni...ada program Impian Anggun pulak...alhamdulillah lepas dpt pengerusi baru thn ni nampak aktif Puspanita Jabatan ni. Dah tu tetiba lak aku kena jadi AJK Pendidikan...wah..apa program nak buat ye?

p/s adak kalau ko ada idea leh suggest untuk bg buku amal ke bgtau ek..

eh balik semula pada tajuk kat atas tu ye...

dengan ini saya, Rozita Binti Abdul Rahman, ingin meminta maaf secara terbuka dengan semua kawan-kawan yang dekat...jauh...keluarga...yang mana saya tak sempat nak kunjung semasa kunjungan saya dan keluarga ke Putrajaya dari 11-13 Januari 2011 yang lalu....ceh..ceh...rasmi la pulak kan....hehe

ok la kawan2 aku betul2 nak minta maaf ni ..jadual aku tersangat la padatnya...kena keja kan..family yg ikut pun kesian..kena tinggal dalam bilik je...

hari last tu ingat nak singgah gi zoo..siap dah janji dengan abg long...sekali sampai kat zoo dah pukul 8 mlm..kesian abg long...

insyallah kalau diizinkanNya kami dijadualkan akan bercuti seminggu pada 11 - 18 haribulan depan...hehe...nak tunaikan impian yang belum terlaksana lagi...

tempat yang berada dalam list:
1. cameron highland - selepas 2 thn tak gi sini
2. kuala lumpur - ronda2 plus melepak rumah adik beradik sambil pegi zoo
3. cherating - pasal dapat penginapan percuma sambil bawak anak mandi kat pool..mak yang excited sebenornya...hehe

k my friend..kalau nak atur kita semua jumpa sekali lagi cantik...senang kan...?

k bye...nak gi lak ni program dah start pun..kang x anggun la pulak kan?

Ulasan

  1. ita, apa aktiviti ko tu? kelab ko ni utk dept ko aje ke? cubalah wat surat minta buku utk sponsor..
    wah ko nk turun kl lagi eh. best ni. kalau sempat nk jmpa laa

    BalasPadam
  2. uih xtive nie .. ok lah kan .. ada jugak utk isi masa lapang . akak kalau ada xtvt mcm nie di tmpt akak .. akak joint jugak :)

    BalasPadam
  3. adda,
    aku cadang nak buat program motivasi sehari utk anak2 ahli puspanita kami..
    utk puspanita jab ni je..
    ttg gi kl tu nanti aku update inietiary aku dulu ye..x sempat buat

    kak ieda,
    best kak, kami buat poco2 gak sekali setiap bln..baca yassin setiap jumaat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...