ayah marah nanti... - Cerita Ita                                                             ayah marah nanti... Langkau ke kandungan utama

ayah marah nanti...

salam semua,

korang dah makan tengahari atau dah minum petang? aku? belum habis dari tadi.... shah belikan roti canai telur tapi makan separuh dah tak selera dah camne.... ni haa... ada kat sebelah dah aku banjirkan dengan kuah kari lak tu... kejap2 lagi la abiskan... aci camtu?


ni cerita semalam lagi... masa aku tengah sibuk melayan wife kawan shah berborak semalam... abg long datang dekat aku... ummi... saya berak la...

aku pun dengan selamba suruh dia gi naik atas mintak tolong ayah dia basuhkan dengan alasan sapa nak jaga adik najmi kan... hehe... mak pemalas ni...

abg long dengan takut berjalan sampai kat tangga tapi bila sampai je kat tangga dia pun berhenti... dia kata:
ummi.... nanti ayah marah nanti... korang nak tau masa dia cakap ayat ni... mata dia siap jegil2 (korang tau ke apa jegil ni? org johor ckp ni... biasa org panggil beliakkan mata) lagi kat aku tau... ye la nak lakonkan ayah dia marahkan...

tapi aku buat tak tau je... dan berkata: ala.... abg long tanya dulu kat ayah... sambil cakap mintak tolong ayah...

dia pun naik la ke atas.... sampai atas aku tak pasti apa perbualan 2 beranak ni.... tapi yang pastinya budak kecik tu turun bersama laporan bergini:

haaa.... kan saya cakap tadi.... ayah marah kan.... sambil sekali lagi dia jegil2 mata kat aku tau.... baru aku tau orang marah memang kena beliakkan mata ek?

alahai anak bujang aku.....

bila aku balik rumah tanya shah apa dia cakap.... sebenarnya dia suruh anak bertuah dia tu tunggu kat bawah je dulu... kat atas tu lecak dia takut jatuh... mesti dia cakap dengan nada tinggi tu... tu yang dia ingat marah... hehe...

p/s utk shah: tu la abg selalu marah anak.... anak nak tanya pun dah takut dah....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...