Update rumah part 4
9:15:00 PGsalam semua,
cerita ni aku karang semalam lagi dah tapi tak sempat publish... sekali bos datang daa....jadi korang buat2 baca macam cerita semalam petang ok... aku malas nak ubah apa2 dah....
hari ni tengahari aku gi kejap kat pejabat pos ... bawak keluar duit lagi.... waaa... tak sanggup rasa tengok duit keluar macam air ni....
bagi yang dah baca ni sila jangan rompak rumah aku ye sebab duit tu aku dah selamat guna buat bayar apa2 lagi yang patut....
semalam tengahari kami sempat gi beli hood dan gi tempah pintu.... hari ni dia kata nak datang nak ukur... jadi kami standby kat rumah tengahari tadi sambil kemas kotak2 dan plastik2 yang bersepah kat rumah selepas rumah selamat siap pasang lampu dan kipas semalam petang.... upah dia semuanya RM830 tapi sebab kawan2 dia bagi RM800 je... ok la tu malas nak berkira sangat janji semua dah beres....
malam ni aku nak buat operasi basuh rumah dengan shah dan geng kecik berdua tu... ntah rupa macamana tah nanti agaknya...
gambar rumah dan lampu dan segalanya aku akan update lepas aku basuh nanti ye... minggu2 depan ke.... minggu ni macam sibuk sikit... tambah pulak nak kena balik kampung hujung minggu ni...
haaa... cerita pasal pintu kami tempah pintu camni sebenarnya....
ingat tak pintu belakang kami yang cuma ada grill dan lopong camtu terus ke dapur? kalau tak ingat meh tengok sini...
korang ada cadangan tak camne nak buat?
0 Luahan Ikhlas