duit melayang2... - Cerita Ita                                                             duit melayang2... Langkau ke kandungan utama

duit melayang2...

salam semua,

lambat nak update hari ni.... pagi yang sangat sibuk... lepas program baca yassin tadi ada pulak ceramah dari Ustaz Abdullah... ustaz ni cerita pasal benteng diri dari pengaruh syaitan... lebih kurang camtu la tajuk dia...

kandungan dia lebih pada perubatan islam.... banyak yang ustaz ni kongsikan dalam ceramah dia... terutama petua untuk mengawal penyakit darah tinggi dan kencing manis... senang je petua dia... satu sudu cuka nipah dan satu sudu madu asli campur dalam secawan air... minum setiap pagi.... mesti korang risau mana nak cari cuka nipah ni kan.... aku pun dah risau gak memula.... ye la memikir yang ada kat mana2 sekarang ni pun cuma cuka tiruan je pun... mana leh buat ubat... tambah sakit lagi ada...

last2 ustaz tu cakap diorang ada bawak stok cuka dan madu sekali... bersyukur aku dengan.... dan seterusnya pagi yang sibuk bersambung dengan sesi membeli barangan yang dikeluarkan oleh MORAPIS EDAR ni.... habis semua aku borong.... wah... bukan untuk aku semua ni ye... untuk orang tua kesayangan kat kampung tu.... kesian mak dah makan macam2 ubat dah sekarang ni... harap2 segala usaha kami dapat kejayaan...insyallah...

harga dia tak lah mahal mana pun... cuka tu ustaz tu kata cuka nipah yang dah direndam dengan tanah liat selama 80 hari... dan seterusnya dibacakan dengan ayat2 al quran untuk menyembuh... sebotol dalam 600ml gitu cuma rm10 aje... madu pulak rm60.. pun dah dibacakan dengan ayat al Quran...korang boleh beli online jugak kat sini... MORAPIS EDAR...

selepas habis sesi membeli tu kesibukan di sambung pulak dengan mesyuarat puspanita...habis mesyuarat dah 12.45 tengahari... aku dah kebulur dah time tu....balik rumah pulak... shah gi sembahyang aku jadi jaga tunggu orang pasang autogate kat rumah baru... ni free tau termasuk dalam pakej masa kami beli rumah....sudahnya aku pening kepala sampai skrg ni... panas ooo kat luar tu....

eh ok lah shah dah sampai aku kena balik awal nak balik johor terus pas mandi2 balik ni.... lusa nak kena hantar adik aku nikah kat kulai lak.... hari isnin aku cuti so mungkin selasa baru aku leh update.... sehingga itu jaga diri korang bebaik ye....babai....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...