keluar daerah pertama kalinya tanpa husna.. - Cerita Ita                                                             keluar daerah pertama kalinya tanpa husna.. Langkau ke kandungan utama

keluar daerah pertama kalinya tanpa husna..

salam semua,

minggu lepas aku tak berapa sempat nak update kan apa2 entry pun kat sini... ni sempena rehat jumaat ni ambik kesempatan sekejap la... 5 April baru ni aku diarahkan buat pertama kalinya ke luar daerah untuk menghadiri seminar... seminar tu kat Subang Jaya...

kami pergi berempat termasuk bos dan driver... disebabkan aku dan seorang lagi pegawai kami sama-sama baru lahirkan anak... pegawai lagi sorang ni baru sehari naik keja... maka bos dengan baik hatinya bagi kami gerak pagi2 dari kuantan ke subang jaya.... bermula la perjalanan kami selama lebih kurang 4 jam ke subang jaya tu... kami bertolak dari kuantan jam 5 pagi... sampai sana lebih kurang jam 9 pagi gitu la...

aku pepagi dah bangun..(sebenarnya tak lena tidur pun)... lepas tu siap2 mandi semua aku susukan husna kejap sementara tunggu driver sampai ambik kat rumah...

alhamdulillah anak2 ok duduk dengan ayah dia... aku dah siap pun sebotol susu untuk shah bagi pagi sebelum ke taska..(sebab selalu pepagi sebelum ke taska husna aku susukan dulu selepas mandikan dia)...

aku pam susu dalam kereta jabatan....hehe...nasib ada semua alatan melindung yang diperlukan.... tentunya pakai pam unimom allegro kesayanganku... peh dah sayang2 pulak dah.... selamat sesi pagi tu....

sesampai kat opis yang berlangsungnya seminar tu pulak dah mula risau nak pam kat mana....
nak dijadikan cerita aku pun basuh semua alatan yang diguna tadi dalam tandas perempuan company ni.... sekali tu ada pulak adik yang baik hati ni tegur..."akak baru bersalin ke? nak guna bilik menyusu kita kat sini tak?"..... alhamdulillah ko lega aku dengar soalan dia tu... selamat semua permasalahan....

dia siap iring aku gi bilik yang dia tunjuk tu.....aku pegi je la... sampai situ dah sure biliknya aku cakap kat dia aku akan pam dalam jam 10 pagi nanti masa berhenti minum pagi...

bila sampai masa berhenti minum tu aku ambik kesempatan gi bilik menyusu diorang tu.... peh... selesa sungguh.... satu je komen aku.... komen yang baik ok... majikan diorang ni sangat perihatin... jabatan kerajaan pun tak buat camni tau.... gi la kami menumpang kat mana2 surau.... tabik spring aku kat diorang....

korang tengok bilik dia ok...


siap ada disediakan peti sejuk lagi... ada sofa empuk.... amat selesa ok.... lebik baik lagi jika ada sinki kat bilik ni...

daripada staf yang baik hati hantar aku kat bilik ni, aku dapat tau ada 3 orang staf yang baru bersalin kat sini dan still pumping untuk baby diorang... sebab tu bos sediakan bilik ni untuk bagi keselesaan buat staf2 tu...maklum la ruang opis agak terbuka...

ni persediaan sebelum mengepam.....


ok inilah hasilnya selama 17 minit di bilik selesa....


* susu pun boleh improve camni....

balik tu pulak aku cuma mampu buat satu je sesi lagi sepanjang perjalanan balik... alhamdulillah masih ada rezeki untuk adik husna....

p/s bila la semua majikan kat malaysia nak ada kesedaran camni kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum