salam semua,
nak kongsikan sesuatu hari ni...
disebabkan aku baru mengalami pengalaman anak kena chicken pox yang agak serius... aku rasa terpanggil nak kongsikan dengan kawan-kawan beberapa perkara...antaranya apa yang patut dibuat bila kena chicken pox...beberapa panduan tradisional yang boleh diguna pakai semasa demam ini diselit bersama..
demam ni disebabkan oleh pembawaan virus. kalau tak salah aku dalam melayu kita panggil jugak demam campak atau cacar air...chicken pox ni biasanya akan tunjuk simptom seperti demam campak biasa iaitu demam panas pada peringkat awal dan bintik-bintik merah kecil seluruh badan dalam masa 2-3 hari dan akan menimbulkan ketidakselesaan pada pesakit.. kalau secara tradisinya digalakkan meminum air kelapa muda bagi mempercepatkan proses.
kesan chicken pox di belakang badan |
selepas itu bintik-bintik merah ni akan bertukar atau bercantum dengan satu sama lain menjadi bulatan-bulatan kecil dan membentuk kesan seperti terbakar pada kulit. dari kesan terbakar ini akan keluar cecair dan luka akan mengelembung dan mengandungi cecair di dalamnya...
pada masa ni pesakit akan rasa panas dan pedih berbisa.
chicken pox pada muka |
tanda chicken pox pada keseluruhan badan |
lama kelamaan gelembung akan pecah dan mengeluarkan air terdapat di dalamnya... dan kulit akan kembali kering... kulit akan kering berkuping dan tanggal dari badan. dinasihatkan supaya pesakit tidak memakai baju dan mandi untuk membolehkan luka kering sepenuhnya.. jika perlu lap dengan kain basah seluruh badan...
pesakit perlu disapu dengan calamine losyen bagi mempercepatkan proses pengeringan bagi luka-luka...
secara tradisi kita boleh menggunakan daun semambu yang digunakan sebagai air mandian dan juga alas tidur bagi pesakit kerana dipercayai boleh mengurangkan rasa gatal. awas bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang berisiko boleh menyebabkan komlikasi yang lebih teruk..
untuk abg ngah baru ni aku dapat benda baru bagi menghilangkan rasa gatal masa kudis tu mula mengering...
kami dinasihatkan menggunakan bedak ni untuk disapu seluruh badan...
bedak ular ~ Snake Brand ~ prickly heat |
bedak ni kami panggil bedak ular...kalau di supermarket biasa harga dia adalah RM2.99 tapi di kedai RM2 cuma RM2 harganya...baunya sedap dan bila disapu di badan akan rasa berangin sedikit..seperti disapu dengan minyak angin..
update 15/8/2012 : di mydin pun ada jual!
diharap semua panduan dapat membantu kawan-kawan semua...sila bawak anak anda ke klinik untuk rawatan walaupun anda sudah sedia maklum ianya adalah chicken pox atau campak... kerana kita tak tau keadaan kesihatan sebenar anak kita..
p/s kenapa la aku rasa macam entry hari terlalu formal?
wow, besarnya ciken poks anak ita...kesian kat dia...iris baru jek baik...so far takdelah seluruh badan dia...tapi kesan parut la kan...
BalasPadamSalam Ita..akak baru sempat singgah hari ni, akak tgk keadaan anak ieta ni agak teruk jg berbanding Chicken pox yg akak dapat sbb luka atau gelembung dia tu agak besar..siannya lah kat dia..sedang kan akak yg dah berumur ni pun rasa siksa sgt..apa pun, alhamdulillah skrg dah ok kan..
BalasPadamAkak mkn satu ubat ni.."Virless" nama dia..agak mahal..seratus lebih, tp doktor kata elok utk org yg kena masa dh berumur atau terlalu kecil, sbb dia mengurangkan luka tu..dan tak lah jadi teruk sgt..apapun Allah yg menyembuhkan kita hanya berusaha..
Info terbaik...tq
BalasPadam