Hari menonton wayang! - Cerita Ita                                                             Hari menonton wayang! Langkau ke kandungan utama

Hari menonton wayang!

assalamualaikum semua,

apa khabar semua?

aku harap semua sihat hendaknya... aku yang tak berapa nak sihat... sakit kaki dan tangan... ni semua sebab nak pergi ke pameran Hari Terbuka ATM la ni... yang tu nanti aku cerita kemudian ok.. kali ni kita cerita dulu pasal hari tengok wayang bagi keluarga Ahmad ni.. ahmad..lalalala...ahmad...eh?


kisah menonton 1

kami dah lama tak tengok wayang sebenarnya... last kami pergi tengok masa cerita Geng Upin dan Ipin dulu... memang lama gila la... masa tu cuma ada abg long sorang je pun... lepas-lepas tu ntah kenapa terus tak tengok wayang dah... mungkin risau sebab sebelum ni abg ngah jenis tak layan tv.. jadi risau kalau tengok wayang dia buat perangai pulak.. haru nanti...

tetiba disebabkan kami terdapat tiket free GCS seperti dalam entry ni..tiket free... bila nak guna ni?

dah lebih sebulan aku survey GSC sebab nak bawak anak-anak tengok wayang demi menebus tiket percuma ni... diulangi FREE ok.. hehe.. ada nada takbur di situ... astaghfirullallah...

ok sambung cerita wayang... ini alkisah masa awal bulan lepas la...tetiba tengah-tengah survey terpandang la ada cerita bola kampung the movie... baca sinopsis dia macam best.. tapi terfikir pulak macam bola kampung yang kat tv tu ke? kalau yang tu agak boring sikit... anak-anak pun malas nak layan... tak macam upin dan ipin..atau boboboi...

tapi bila tengok macam ok kot nak tengok.... tapi bila baca balik kat showtime tu...ala filem baru tak leh nak claim kupon... try pulak tengok cerita lain.. terpandang usin mon dengan hantu pakai toncet tu... eh betul ke tajuk dia tu ye? belasah je la.... pastu bila dah sakan aku beratur nak claim kupon... boleh pulak sampai masa aku kat kaunter tu dah siap tanya tempat duduk bagai tapi bila time nak scan... "apa? kupon takde dalam sistem?"

aiseh... masa tu pulak dah malam...dan masa cuti... hari sabtu.. jadi kami terus balik rumah.. anak-anak dah merengek tanya nape tak jadi tengok wayang? aku jawab senang je... tak boleh guna kupon la nak... nak membayar... rasanya macam tak berbaloi rasanya...

lepas tu aku sambung lagi... kita tengok lainkali ye...

hari isnin tu aku call dan dapat reply dalam 3 hari kemudian.. kupon dah boleh guna... letih tau ..itu pun kena call banyak kali.. aku rasa duit call tu serupa beli tiket je la... rasa tertipu pun ada... alahai...

lepas je dapat tau kupon boleh guna aku try ajak shah pergi lagi dengan anak-anak... kami pergi 25/3 hari tu... hari isnin... kami jalan sepanjang hari hari tu dengan anak-anak... nanti aku cerita jugak ye...sampai kat GSC EC Mall ingatnya nak guna kupon la kan.. tengok je la cerita apa pun yang boleh... sekali anak-anak ajak tengok bola kampung the movie tu la... kira-kira balik... bayar je la... show pukul 9.10 malam.. selepas berkejaran kat carrefour kuantan yang dah tukar nama jadi Aeon Big tu kami masuk ke panggung yang dah gelap dan cerita dah jalan sikit...

alhamdulillah jalan cerita dia best dan lain dari kartun bersiri dia kat tv tu... anak-anak lepas tengok cerita tu terus minat bola kampung... hehe... keluar tv pun sibuk nak tengok... lebih-lebih lagi ada bole kampung extra sekarang ni kan? sampai spender pun nak beli yang gambar bola kampung... adoiiiaaiii...


Bola Kampung the movie


cerita tu abis dalam pukul 11 lebih la...masa ni husna dah tidur pun... keluar panggung sambil kendong husna yang dah lelap...

keluar je panggung ...

abg long : seronok la ummi...nanti kita tengok cerita lain pulak ye ummi...

aku : abg long nak tengok cerita apa?

abg long : kita tengok cerita kartun lain pulak la... kartun yang macam saya dapat mainan McDonald tu ke...(croods la tu)

aku : ooo ...itu tak boleh nak... kena tengok pakai cermin mata (3D)...

abg long : nanti saya pakai cermin mata saya la....

alahai anak... itu bukan cermin mata biasalah la nak... 3D tu... 

pelik kan...nape takde pilihan untuk orang yang bawak anak-anak macam aku ni... bagi la version 2D punya sekali macam bola kampung tu..baru boleh semua orang tengok...


kisah menonton 2

haaa... yang ni baru je jadi semalam.... kali ni kami pergi sebab nak tebus kupon sebelum tarikh abis...

dan kali ni kami terus pergi lepas survey kat website dia... tengok-tengok cerita Oz the great and powerful boleh claim dengan kupon... jadi tinggal tambah untuk anak...selamat....

kami terus pergi hari sabtu... tapi bila tengok kat kaunter kensel lagi...pasal tinggal 2 baris seat bawah screen je... jadi kensel... kami terus booking untuk hari ahad punya... ok selamat masih kosong...

jadi selepas kami ke pameran Hari Terbuka ATM... terus ke EC Mall... wayang start pukul 8 lebih... jadi sempat la solat dan meronda-ronda kat EC Mall tu...

jam 8.10 malam kami masuk panggung...

sesi bergambar dulu...selepas beli pek popcorn jumbo... popcorn dia lagi sedap dari yang shah beli memula tengok wayang ari tu...





wayang belum mula popcorn tinggal separuh dah... tengok la sapa yang pegang...memula abg ngah dengan berani duduk hujung tu.. pastu tetiba ada orang duduk sebelah dia terus tukar dengan ayah..hahaha.. penakut betul! bagus jugak.. payah hilang la nak...

boleh tahan panjang cerita ni... dekat pukul 11 baru abis... kesudahan dia? hahaha... sama jugak macam sesi lepas... husna tertidur...

pada aku cerita ni ok cuma lambat noo nak sampai klimaks cerita... awal-awal cerita tu sampai abg long nak tertidur dan komplen sebab boring gila... cerita start best bila dia dah masuk dalam puting beliung tu...

husna dan abg ngah cuak... hahaha... banyak noo bunyi bukan-bukan kot.. kesian jantung anak...

keluar panggung...

abg long : lainkali saya nak bawak baju sejuk saya la ummi..sejuk sangat..

aku : eh nak tengok lagi ke?

abg long : nak la... tapi kita beli cerita lain pulak la...

aku : senyum..(dalam hati...hai la anak... ini pun nasib dapat tiket free nak oiii)




p/s confirm kena gi kursus 22-25 ni... kesiannya adik.. risau dia demam je... ke ummi yang akan demam?

Ulasan

  1. Kak tak pernah bawa anak2 tengok wayang walaupun selalu depa request. Abahnya tak suka masuk panggung, .rasa sampai bila2 tak masuk kot, heee...

    BalasPadam
  2. hehehe rajin nyer akak bwk anak2...dah tiket free xbest jugak kalau dibiarkn hehehee

    BalasPadam
  3. jemput singgah blog mya
    http://myaleo.blogspot.com/2013/04/woww-dah-1000.html

    BalasPadam
  4. Bestnya dpt tonton free.. sy nk jugak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat