Bila orang jual insurance call.. - Cerita Ita                                                             Bila orang jual insurance call.. Langkau ke kandungan utama

Bila orang jual insurance call..

assalamualaikum semua,

lamanya tak menulis..lupa dah macamana nak start..hehe..boleh gitu? ;)

nak cerita hal semalam ni...dalam petang semalam aku terima call dari nombor telefon 03-27******** tetiba je dia tanya nama shah pulak tu..aku kata la aku ni isteri dia...ok di bawah adalah perbualan selanjutnya aku dengan agen Ace insurance ni ye...

agen : boleh saya bercakap dengan En Ahmad Shahir?

aku : dia takde dan ini no telefon saya bukan dia...siapa ni ye?

agen : ooo...saya dari Ace insurance.. bla..bla....
puan ni siapa ye?

aku : (amboi..byk cantik..kau call aku banyak lawa la pulak tanya siapa aku) saya isteri dia.

agen : ooo..kalau macam tu boleh tak saya mintak no telefon lain untuk hubungi En Shahir ye..?

aku : tak boleh

agen : eh kenapa pulak tak boleh? ke saya kena hubungi no ni di masa lain pulak ye?

aku : juga tak boleh

agen : eh kenapa pulak tak boleh ye puan? saya nak bercakap dengan En Ahmad Shahir.

aku : awak tanya saya kan boleh tak hubungi no saya atau suami saya..dan jawapan dia tak boleh perlu ada alasan ke? boleh saya tau pulak atas sebab apa nak hubungi suami saya ni?

agen : kami di Ace ada menawarkan plan perlindungan..bla..bla...(peh macam dah dirakam tu apa yang dia cakap..)

aku : (terus potong cakap dia) ooo..maaf kalau pasal insurance kami tak berminat nak tau.

agen : tapi saya tawarkan ini untuk suami puan jadi saya perlu bercakap dengan dia (wah bunyi nada macam dah mengugut pulak dah)

aku : laaa..kan saya ni isteri dia jadi tak salah la kalau saya wakilkan untuk dia untuk reject kan?

agen : eh ..kenapa pulak macam tu puan? boleh saya call lain masa untuk bercakap dengan en shahir?

dan kemudiannya talian tu aku tutup pasal tak kuasa la nak layan orang macam ni waktu kerja...

yang jadi kemusykilannya...dulu..dulu la...yang sebenarnya melanggan PA dengan ACE ni adalah aku..dan aku masukkan semua nama ahli keluarga..so nape ye yang ditelefonnya tu shah pulak...pening woo kepala pikir..

jadi untuk agen-agen insurance di luar sana..sila la berhemah dalam mencari rezeki anda dan hormati pelanggan atau bakal pelanggan anda ye...

tetiba teringat pasal call seorang mamat ni yang cerita pasal ilmu hitam bila orang nak jual insurance dengan dia...siap terapung-apung tu...hehehe...

p/s masih meneruskan cabaran OGTT terakhir di klinik pg ni...harapnya result ni pun ok la...

Ulasan

  1. hahahaha...bagus betul jawapan tu..ni namanya org tak reti bahasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mama kaori, sebenarnya x daya dah nak hadap call agen insuran yg makin ramai skrg ni.. semua org buat pelan..sampaikan pelan yang betul2 pun dah tak tau dah yg mana..

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat