Kek Apam Susu - Cerita Ita                                                             Kek Apam Susu Langkau ke kandungan utama

Kek Apam Susu

assalamualaikum semua,

lama tak menulis..terkejar-kejar rasanya sekarang ni..

tahun ni abg long dah naik tahun 2.. abg ngah dan husna masing-masing dah 5 dan 4 tahun dan dah sama-sama masuk ke PASTI mulai tahun ni..tinggal adik hadi masih di pengasuh lama..

alhamdulillah setakat ni mereka semua serasi..

baru perasan rupanya entri pertama di tahun 2015 adalah entri wordless Wednesday.. hehe..maaf la ye..banyak yang nak ditulis tapi tak tertulis-tulis jugak..

ok kali ni kita share resepi kek yang jadi kegemaran anak-anak..sedap jugak kek ni kalau cicah dengan air kopi atau teh..ala-ala bahulu pun ada..macam resepi kek minyak jugak cuma takde baking powder dan minyak je dalam adunan..

Resepi Kek Apam Susu

Bahan-bahannya:

1) 4 biji telur.
2) 1 sudu teh esen vanilla
3) 1 sudu besar ovalate
4) 1 cawan gula pasir
5) 4 sudu besar susu pekat
6) 2 cawan tepung gandum
7) Pewarna ikut suka

Cara-caranya:

- No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang.
- Selepas itu masukkan tepung dan gaul sebati di dalam mangkuk adunan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka
- Selang selikan tuang masuk ke dalam acuan loyang. *acuan di sapu mentega atau minyak
- Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit hingga masak..

aku buat 2 warna mulanya dulu..kali ni try 3 warna...hasilnya..meh layan gambar...

p/s hari ni mc sakit mata..esok tak tau lagi ok tak..sebelah mata lagi dah gatal jugak ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...