Jumaat, 21 Ogos 2015

Tazkirah Jumaat # 1 : Surah Al-Zalzalah

assalamualaikum semua,




Surah Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)


semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNya..

p/s esok macam nak bawak anak-anak bekelah tepi pantai sambil makan nasi lemak... best kan...

2 Luahan Ikhlas:

LM berkata...

Amin...

Wah bestnya ke pantai sis. Lama tak berjimba ke pantai

Hani Rahman berkata...

Saya pun dah lama tak ke pantai ... Tunggu anak sulong habis UPSR kot baru merancang nak ke mana ....