Sah Demam Denggi! - Cerita Ita                                                             Sah Demam Denggi! Langkau ke kandungan utama

Sah Demam Denggi!

assalamualaikum semua,

lamanya tak menulis...banyak dugaan kecil terjadi baru-baru ni...

konon aritu berazam nak ada satu entri sekurang-kurangnya sehari untuk bulan Disember ni...rupanya azam hanya tinggal azam je...nak jengah blog kawan-kawan pun tak sempat...

aku nak cerita kisah yang berlaku 2 minggu lepas ni... dah lapuk tapi tetap nak cerita jugak...

kan aku ada cakap kat SINI yang shah kena demam sampai mengigil-gigil kan?  dan hari jumaat 4 Disember 2015 tu kami ke klinik untuk buat ujian darah sekali lagi dan hasilnya...

keputusan denggi

Allah... terduduk jugak la bila baca keputusan darah POSITIF DENGGI... lepas tu mula la kelam kabut fikir apa nak bagi shah makan...hahaha...jangan gelak... para isteri memang begini tau waktu-waktu penting gini pun masih ingat makan...

maka aku pun gigih la cari apa yang boleh dibuat bagi mengubati denggi ni... memula doktor cadangkan minum air perahan daun betik...cara-cara nak buat tu nanti aku tunjuk kat AIR TANGAN ITA... hehehe.. sempat promosi blog baru...

kat sini aku cuma tunjuk gambar hasil je la ye....

air daun betik
air perahan daun betik


akan tetapi walaupun dengan gigihnya si isteri ni bertungkus lumus menumbuk daun betik untuk hasilkan air perahan daun betik... tetapi si suami cuma berani minum sekali je...adeh.... tak lalu kata dia tekaknya dah pahit tambah pahit dengan air daun betik tu....

jadi aku tak putus asa pulak... mintak dia tanya kawan dia yang jual ketam nipah pulak... ok tempah la ketam nipah pulak.. gigih jugak masak ketam yang masih hidup dibuat sup...pun akhirnya cuma minum sikit je kuah...semua pahit kata dia... jadinya ketam tu rezeki aku anak beranak la jawabnya....


pastu aku usahakan pulak bagi minum 100 plus... memula tak tau beli la yang  100 plus biasa tu... bagi minum sejuk-sejuk dengan harapan dia minum banyak... pun sama.. semua tak lalu... alahai...

lepas tu doktor kata ada pulak yang jenis takde karbonat... maka aku cari yang tu pulak dan jumpa...
haaa... yang ni baru betul minuman isotonik sebab takde disertakan karbonat...

ubat denggi
air 100 plus isotonik tanpa karbonat

ini pun minum sikit je... alahai... suruh minum air pun payah dan akhirnya kena masuk air bila buat ujian tetiap hari...

Updated 22/12/2015 : air barli pun boleh untuk kategori air isotonik yang mudah dan sedap jugak.. tapi dalam kes ni hadi je yang banyak abiskan...hehehe...

aku pulak dengan anak beramai-ramai mengulang klinik dan hospital menghantar shah...kesian pulak bila tengok buah hati sakit macam ni....




alhamdulillah sekarang ni dah pulih sepenuhnya... cuma doktor bagi peringatan berhati-hati bila kena demam di lainkali...

meh aku kongsikan gambar anak-anak semasa hantar ayah buat ujian darah....










ada orang kata ada jual pil ekstrak daun betik tu...memang ada kami jumpa kat satu farmasi tapi dijual dalam bentuk botol... ada 50 biji pil di dalamnya dan harganya dalam RM50 ....huhuhu....terus tak jadik beli... sapa nak abiskan 50 biji tu?


p/s berangan nak kek coklat tapi oven dah rosak...huwaaa....

Ulasan

  1. susah kak nak buat 1 entry sehari pun. bukan full time blogger. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la amir...susah betul nak menulis..mcm la kalau jadi full time blogger boleh tulis bebanyak ek? ntah2 sama jugak.. hehehe...

      Padam
  2. Gundah gulana hati bila laki sakit kan kak ita.

    Aduhai sy tak sanggup telan air daun betik tu:(

    Tq kak ita bg info psl 100 plus tu. beli mana ye? X pernah jmp

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada je dik kat pasaraya tapi dia botol kecik yg 500ml je ada...botol beso takde..kot org sakit mmg minum sikit ek..hehehe...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat