Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! - Cerita Ita                                                             Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! Langkau ke kandungan utama

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap!

Assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis sesuatu dalam ni.. aritu konon dah letak azam nak tulis blog dengan rajin tapi rupanya makin banyak halangan bila dah pindah tempat kerja baru ni.. dan hari ni rasa hati ada sikit la panas jadi tetiba rasa nak cerita pasal sambal supaya boleh menghangatkan lagi suasana.. aci la kan.. lama nak menulis ni tapi tak dapat ni.. jadi mehlah kita cerita pasal sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap ni.. 

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 


aku sebenarnya lebih berminat la nak cerita pasal sambal dari kisah yang memanaskan hati.. kita simpan je la kisah tu sebagai sebuah kisah kehidupan..  yang aku nak ceritakan ni kisah 2 jenis sambal keluaran kayu tiga ni.. sedap wei.. dia ada 2 jenis sambal buat masa ni.. meh la aku ceritakan pasal dua-jenis ni.. yang pertama ialah sambal MOOK.. memula masa baca nama seram jugaklah nak makan.. ye la.. agak menakutkan nama tu kan.. rupanya betul tau.. pasal bila kita makan macam tak reti nak berhenti.. haa.. tu maknanya apa? ada potensi untuk geMOOK kan.. 😂

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 


Kandungan sambal MOOK ni ada belimbing buluh,  bawang,  ikan bilis,  cili,  minyak dan bahan perasa yang dibenarkan.. kiranya ni sambal belimbing hitam kalau sesiapa yang dah biasa makan.. tapi Sambal MOOK ni sesuai la orang yang suka kepedasan yang sedang-sedang je.. sebab tahap kepedasan dia 60% je.. je?  haha.. kalau tak tahan pedas tetap kata pedas la.. dah nama pun sambal.. ye tak? satu pek ni berat dia 150 gram..

yang bestnya pek dia ni.. yang senang bawak travel.. macam aku aritu siap angkut waktu berkelah dengan anak-anak dekat taman.. kalau nak bawak travel dalam dan luar negara pun sesuai ni.. nak pos kat memana kawan-kawan buat cenderahati pun bagus gak.. sebab tarikh luput dia ni 1 tahun tau.. kalau dah bukak tu boleh bertahan hingga 1 bulan.. haa.. sila la beli ya.. pasal sekarang ni Kayu Tiga  ada promosi cuma RM15 dari harga asal RM20..

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 


satu lagi sambal dia ni ialah LAVA crunchy.. yang ni kan kalau korang suka pedas memang harus beli la.. yang ni kandungan dia cili, bawang, ikan bilis, minyak, belacan, asam keping,  garam,  gula dan perasa yang dibenarkan.. tahap kepedasan dia ni 100% tau.. haha berapi.. tapi sedap haruslah pedas pun tak heran kan..

berat dia sama je 150 gram untuk satu pek.. sama je dengan sambal MOOK.. tarikh luput dia sama juga tahan setahun dan 1 bulan kalau dah buka seal.. dan yang sambal LAVA crunchy ni pun ada promosi jugak ya.. RM15 dari harga asal RM20..

kat mana nak beli dua-dua sambal yang best dari Kayu Tiga ni? haa senang je..

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 


boleh tengok kat Instagram Kayu Tiga ni je.. kat situ (dalam profile) siap ada linktree untuk korang klik.. ada la link untuk beli dengan agen.. beli kat Carousell dan beli kat shopee jugak tau.. mudah! 

Instagram : @kayu.tiga

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap! 


Ceritaita

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...