Rabu, 24 Jun 2020

Nasib baik puan datang awal..

Assalamualaikum semua,  aku dah lama tak merepek kat blog kan.. rindu nak menulis tapi banyak sangat kekangan dia.. belum lagi bila kau dah ada anak kecik yang masih menyusu badan.. sampai je malam aku dengan dia sama-sama hanyut.. tambah pulak diuji ujian kesihatan.. ujian sakit tu penghapus dosa kan.. InsyaAllah.. kena reda je.. 



hari ni aku beranikan diri untuk pergi ke klinik dapatkan rawatan setelah menanggung sakit selama lebih 3 bulan.. ya.. sejak sebelum PKP la tau.. masa tu aku balik dari out station ke Melaka.. balik tu bangun dari memyusukan Super Adam sambil baring terus rasa sakit lain macam kat tangan belah kiri aku.. tapi aku anggap kot salah baring kot sebelum tu.. 

aku anggap ok je la.. macam takde apa je.. tapi makin lama dibiar makin sakit.. nak  angkat tangan bila bukak baju rasa sakit.. nak tarik brek tangan bila bawak kereta rasa sakit.. bila dukung Super Adam pun rasa sakit.. tapi sebab masih dalam PKP dan sibuk lagi wabak Covid-19 aritu aku diamkan je la.. nak pegi klinik atau urut pun takut.. 

dah lama ni makin kuat sakitnya.. jadi tak tahan dah jadinya aku nekad la tempah temujanji kat klinik kesihatan.. yang tu nanti aku cerita macamana aku buat temujanji tu.. sekarang semuanya di hujung jari.. payah jugaklah kalau takde alat komunikasi yang canggih.. 




bila dah ke Klinik Kesihatan Kempas dan Doktor dah periksa,  maka dihantar aku untuk rujukan ke Klinik Kesihatan Mohamadiah ke bahagian fisioterapi.. terus pegawai tu kata..

 "Nasib baik puan datang awal.. ada yang dah sampai teruk dah keras sangat ototnya sampai dah tak boleh pulih dah.. "

seram pulak aku dengar.. dari penerangan pegawai fisioterapi tu aku dapat tau yang aku menghidap keadaan yang dipanggil otot mengeras atau 'muscle stiffness'.. boleh jadi teruk dan terus tak dapat dipulihkan jika lambat dapatkan rawatan.. maka aku dicadangkan untuk datang sesi fisioterapi berulang untuk pulihkan balik otot.. 

ada banyak nasihat sampingan jugak.. 

1. Jangan angkat berat atau beban berat..  angkat anak ke.. angkat periuk kuali berat waktu masak ke.. dah kena stop angkat si kecik tu maknanya.. 

2. Kena pakai baju berbutang depan untuk elakkan tekanan lagi bertambah-tambah bila ada pergerakan buka pakai baju biasa.. 

3. Kena tuam dengan pek air panas 15 minit dari bahu ke tangan yang sakit sebanyak 3 kali sehari..

4. Kena ambik supplement untuk Kalsium D3 sebagai tambahan.. 

5. Jangan pergi berurut! 

6. Kena datang sesi fisioterapi mengikut tarikh yang ditetapkan.. 

Haaa.. panjang kan senarai dia.. padahal kalau orang tengok aku ni macam sihat je.. macam takde sakit apa-apa pun.. hakikatnya aku je yang tau.. jadi sendiri la kena beringat.. korang pun jangan jadi macam aku ya.. kalau rasa badan tu sakit jangan cuba buat kuat konon takde apa-apa.. eloklah cari ubat yang sesuai.. mana tau rupanya kita pendam sakit yang serius nanti.. taklah terkejut sangat kan... 

Ceritaita

3 Luahan Ikhlas:

Jepun Mari berkata...

semoga diberi kesiahatan yg baik. amin

Kak Sue berkata...

Allahu.. nasib tak ada apa-apa yang serius Ita. Abang Man hari tu pernah juga macam nie sampai tahap tak ada selera nak makan tau..

apekinahdotcom berkata...

Allahu, moga kak ita cepat sembuh