Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda - Cerita Ita                                                             Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda Langkau ke kandungan utama

Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda

assalamualaikum semua, masa dah masuk fasa PKPP aritu aku tetiba je dapat notis kena pergi mesyuarat di Putrajaya.. dah lama la cerita ni.. bulan 7 aritu..  disebabkan anak-anak belum lagi naik sekolah maka kami buat keputusan untuk bawak je la anak-anak ikut sekali.. lagi pun sejak dari mula cuti sekolah dari sebelum PKP hari tu dah ada rancangan nak bercuti tapi asyik la tergendala.. bila dah ada PKP lagi terus tergendala semuanya kan.. bila tau kena pergi mesyuarat ni ada la kesempatan untuk bawak anak-anak berjalan.. jadi jomlah kita melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda..

Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda
Melepak sekejap di Hotel Everly Putrajaya dan Alamanda



Perancangan sekejap tu dimulai dengan menjejak hotel untuk menginap.. masa cari tu kan dan suntuk masa.. jadi aku guna je la memana aplikasi yang ada.. yang senang dan selalu murah dari yang lain.. aku cari guna Agoda masa tu.. dapat la harga yang amat berbaloi.. musim Covid ni aku raaa lebih murah dari biasa.. tambah je duit sikit untuk pengalaman sarapan di hotel dengan keluarga.. biasanya part sarapan ni la yang anak-anak suka.. mereka memang tunggu part sarapan ni kalau duduk memana hotel.. best agaknya kalau pilih-pilih makanan tu kan.. satu keseronokan buat anak-anak.. kami layankan je la.. 









bila dah dapat hotel kami pun set je bila nak gerak dari rumah.. alhamdulillah perjalanan kami lancar je menuju ke Putrajaya.. sampai sana kami daftar masuk ke Hotel Everly.. semuanya mengikut norma baharu.. scan suhu.. tulis nama.. guna hand sanitizer..  pakai mask.. jaga penjarakkan.. kami ok je.. janji keselamatan semua terjamin.. anak-anak pun alhamdulillah dah faham tanggungjawab masing-masing bila keluar dari rumah.. 

















sebabkan meeting cuma sehari je.. malam tu kami luangkan masa jalan-jalan di sekitar Alamanda yang boleh berjalan kaki je.. pusing-pusing la kami sekitar tu untuk cari makan.. lepas makan kami balik hotel.. itu je pun aktiviti.. balik hotel sambung makan lagi.. haha.. cuti untuk makan namanya ni.. walau hakikatnya ummi tak bercuti pun.. 





pagi esoknya bersarapan bersama-sama sebelum aku ke HQ untuk bermesyuarat.. suka anak-anak dapat makan dan tinggal di hotel walaupun cuma semalam.. jadilah kan janji dapat tengok diorang senyum.. tapi aku suka kat sini.. walaupun tak dapat mandi kolam sebab covid tapi biliknya luas dan selesa.. keperluan asasnya pun cukup.. alhamdulillah.. nanti aku sambung cerita perjalanan kami seterusnya.. tunggu.. 

Ceritaita


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...