Assalamualaikume semua, baru ni ada kawan-kawan bincangkan pasal masalah jerawat kat muka, kat kepala dan badan.. maklumlah bila usia dah menginjak ke angka 40 macam-macam masalah makin nampak kan? bukan masalah kesihatan saja.. banyak yang lain jugak.. macam aku dulu selalu jugak la jerawat tumbuh merata-rata kat tempat yang tak sesuai pun dia nak tumbuh.. sampaikan kat belakang telinga la.. dalam telinga la.. sakitnya tu Tuhan je yang tau.. terencat la kerja-kerja jadinya.. tapi sejak aku dah amalkan ini jadi kurang jerawat di muka dan badan.. nak tau apa aku amalkan? meh la terus baca.. aku kongsikan sekali barang yang aku guna..
Amalkan ini jadi kurang jerawat di muka dan badan. |
memula dulu aku pelik orang selalu tepek cecair kat muka.. aku ingatkan toner.. jadi aku buat tak reti je la.. setakat sejuk je aku rasa toner tu.. tapi macam tak berapa suka letak sebab tak tau apa manfaatnya.. hahaha.. jangan kondem aku eh.. aku ni memang kuno sikit bab kecantikan.. sampai sekarang ni masih pelik bila tengok orang boleh ada macam-macam barang kecantikan.. memang melopong la aku.. macam aku melopong bila tengok video geledah bilik neelofa.. pehhh.. kalau aku dah banyak yang expired agaknya tu.. eh.. hahaha.. sambung balik..
Air mawar atau rose water |
aku cari la jugak info apa benda orang pakai tu.. rupanya air mawar.. laa selama ni aku ingatkan air mawar untuk letak kat kubur je.. hehehe.. rupanya ada je orang guna air mawar untuk kegunaan macam-macam.. antaranya pakai air mawar untuk badan.. yang ni sesuai kalau orang yang kat negara yang sejuk melampau yang kalau nak mandi selalu tu boleh buat beku badan.. padanlah diorang tak mandi pun wangi je.. mandi dengan air mawar rupanya.. ala diorang tak panggil la air mawar.. diorang panggil 'rose water' .. sedap sikit kan bunyinya..
bila aku dah tau aku mula la beli yang kecik-kecik macam pek ni.. murah je pun.. kalau kat Shopee tu cuma dalam RM4 je sebotol kecik tu.. kiranya kalau guna sebotol ni tahan la setengah bulan macam tu.. sebulan baru RM8 je kan.. apa ada hal.. masih la ok banding kalau kau tanggung sengsara kalau jerawat tumbuh tu.. jadi aku beli la benda ni dan sentiasa ada stok kat almari rumah aku.. beli bebanyak jadi jimat la duit pos.. kalau korang jenis lagi berjimat boleh jugak beli yang dalam botol besar sekali dalam 1 liter macam tu.. lagi senang.. aku pun macam berangan nak beli yang macam tu jugak ni..
humidifier |
lagi satu korang boleh amalkan guna humidifier kat dalam rumah atau mana-mana ruang yang korang duduk lama.. macam dalam pejabat ke.. letak la pewangi yang boleh hilangkan stress.. kalau aku suka sangat bau lemon atau ros.. tenang je bila ada bau-bau wangi di sekeliling kita kan.. itu yang boleh kurang jerawat tu.. beli yang murah-murah je.. kat shopee pun ada jual..
Cecair pewangi |
kalau rasa tak ada bajet untuk beli humidifier takpe jugak.. boleh guna cara paling bajet.. letak je cecair wangi dengan lidi macam gambar atas ni.. aku tak tau apa namanya.. aku mula kenal benda ni masa gi Korea dulu.. rumah mak angkat aku dulu kan.. wangi je sebab ada benda ni setiap bilik.. tenang je rumah dia.. yang macam atas ni aku beli kat Daiso je.. tau je kan.. barang Daiso semuanya RM5.90 je.. yang ni dia jual sesiap dah satu set.. tapi tak tahan lama la.. air dia tak kering tapi dah tak wangi jadi aku top up dengan pewangi lain..
itu je la petua yang aku nak kongsikan pun.. bukan apa sangat.. benda senang dan murah je pun tapi ada manfaatnya insyaAllah.. korang nanti kalau dah cuba tu tak menjadi jangan pulak salahkan aku ya.. aku bagi cadangan je.. kesesuaian mungkin kena tengok orang jugak.. jadinya.. cuba je la dulu.. kalau tak berjaya jugak pesan aku satu je.. CUBALAH HIDUP SECARA SIHAT... :)
Ceritaita
Menarik juga... Dulu rajin juga jerawat tumbuh.. lepas tukar serum... Alhamdulillah... Dah kembali normal... Kalau ada pun fasa² PMS tu...
BalasPadamPakai air mawar ek? Mmm boleh buat juga tu..
BalasPadamoh, nak guna air mawarla untuk muka, jerawat kemahen meneritip ni
BalasPadamAduh air mawar kat kubur tu dulu pun ingat sama juga, tak sangka orang pakai untuk makeup dan seri muka.
BalasPadam