assalamualaikum semua, meh la kita cerita pasal kami pergi bercuti hari tu walaupun tengah dalam mood PKPB ni kan.. lepas je balik dari mesyuarat di Putrajaya hari tu aku saja la nak tambah masa dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak.. jadi kami buat percutian yang tidak dirancang untuk jalan-jalan ke Melaka pulak.. betul-betul tidak dirancang kali ni.. bermula dengan teman ummi ke Putrajaya lepas tu jalan-jalan ke Melaka pulak.. tempah hotel pun terkejut-kejut kaedahnya... huhu..
|
sorang je model untuk Jalan-jalan ke Melaka -Cendol Kampung Hulu
|
kami cari hotel yang murah jugak.. di Hallmark Crown Hotel Mallaca.. kali ni ambik 2 bilik supaya lebih selesa.. anak-anak tidur bilik asing.. selesa la sikit sebab bilik kat hotel ni kecik je.. taklah besar mana.. dan harga dia pun ok jugak.. kira harga 2 bilik ni macam harga satu bilik standard di hotel 3 bintang ke atas la.. harga sekali dengan sarapan untuk 2 orang.. oklah tu kan.. cuma musim covid ni sarapan tu dia bagi yang dah siap pek.. rasa pun lebih kurang je la..
hotel ni pun kelengkapan dia basic je.. tv pun bukanlah ada channel canggih-canggih.. tapi alhamdulillah selesa la untuk kami anak beranak tidur.. lagipun kalau dah sampai Melaka ni takkan nak terperap dalam bilik kan? mesti banyak masa dihabiskan dengan berjalan.. kami duduk sampai dalam pukul 9 lebih macam tu dan terus bersiap untuk berjalan dan check out terus..
|
macam biasa model anak-anak dalam bilik hotel
|
lepas check out kami terus la memikirkan mana nak pergi di Melaka ni.. disebabkan anak-anak tak puashati dengan sarapan kat hotel tadi tu kami cadang nak terus cari makanan je la.. aku dengan shah pun bukan kenyang sangat pun.. macam biasa aku akan cari tempat yang viral la kat satu-satu tempat.. shah dengan anak-anak biasanya ikut je tanpa banyak songeh.. alhamdulillah syukur jugak semuanya ok je dibawak ke sana sini..
|
lengang betul Melaka masa tu.. kesian peniaga
|
jadi memula kami buat pilihan nak ke Cendol Kampung Hulu.. selama ni mampu tengok je orang tunjuk kat facebook kan.. jadinya hari ni konon nak terjah la.. tapi bukan apa la.. cuma nak ingatkan korang jugak.. yang nak menjejak makanan viral ni akan disusuli dengan kegigihan yang amat-amat dahsyat ya.. hahaha.. nape aku kata gitu? haa.. pasalnya nak cari parking tu punyalah susah payah.. lepas tu dah dapat parking syukurlah kami berlenggang la ke kedai Cendol Kampung Hulu yang diviralkan oleh orang ramai ni.. kedainya ni sebenarnya berada di sebuah kawasan 'food court' yang dipanggil Makan Avenue yang berada di persisiran sungai Melaka.. cantik tempat tu.. siap dengan tempat lepak kat tepi sungai tu.. memang kawasan tarikan pelancong la..
|
Makan Avenue dibuka dari jam 12 tengahari hingga jam 12 pagi
|
lepas tu satu lagi cabaran bila kami pergi waktu PKPP kan.. musim Covid-19 dengan norma baharu ni kenalah scan suhu setiap orang untuk saringan masuk ke tempat makan.. masa ni dah nampak dah kedai Cendol Kampung Hulu yang berada kat tepi je pintu masuk food court ni.. tapi eh.. ada pulak sekumpulan anak-anak muda remaja yang bermain dengan thermomete tu pulak siap buat main tembak-tembak.. apa punya orang daa.. patutnya sensitif la sikit.. terutama nampak orang lain yang ada anak kecik kat belakang sama menunggu dalam panas terik matahari baru naik tu.. nak main.. kemudian-kemudian je la.. hormat orang lain.. buatnya anak orang tu tengah lapar ke kan.. tak ke haru nanti jadinya sebab nak tunggu korang habis bergurau senda kat situ..
|
kat meja bulat tu tempat kejadian.. cendol kampung hulu betul-betul kat pintu masuk
|
ok lah kita tutup kisah bergurau senda.. kita masuk kat dalam kawasan kedai.. rupanya kat area food court ni ada bermacam jenis makanan yang ditawarkan kat sini.. patut la boleh jadi viral.. korang nak makan apa semua ada.. dari nasi campur, nasi lemak, satay, rojak pasembor, cendol, bubur, nasi ayam, makanan western pun ada.. macam-macam la pilihan kiranya.. terkedu jugak memula sampai tak tau nak order apa.. tapi sebab lapar kejap je la memasing dapat makanan..
|
Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu |
|
Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu |
|
Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu |
|
Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu |
kaedahnya kat sini korang kena order kat gerai yang korang nak tu kemudian bayar kat puast pembayaran dan bawa resit tu ke kedai tu balik.. memang la stail food court.. air pun macam tu jugak.. lepas dah order makanan semua.. aku terfikir nak order cendol la pulak.. dah alang-alang sampai kan? order la satu buat syarat.. aku order la cendol durian yang nampak macam sedap.. ok gak la rasa dia.. dia macam ais parut halus lepas tu letak semua isi kandungan cendol dan ditambah dengan durian atas dia.. tapi pada aku memang sedap cendolnya ni.. patut pun boleh jadi viral.. tapi kalau untuk kami satu pun dah sangat cukup sebab bahagian dia banyak..
|
Cendol Kampung Hulu - cendol durian RM15 |
|
aku surh buat thumb up dia buat dua-dua.. bikin konpius la kakak hahaha
|
tapi satu la yang tak bestnya tempat viral ni kan.. kalau korang berharap nak makan aman damai lepak lama-lama dengan anak-anak agak tak sesuai la.. pasal kejap-kejap dah ada yang tanya.. 'abg dah nak siap ke?'.. peh mencabar betul bila nak makan orang asyik je tanya.. lepas tu dia pakat duduk dekat-dekat meja kau pulak sambil jaga line takut orang lain cross.. hahaha.. kami tengok camni je dah rasa tak selesa dah.. terus suruh bungkus mana patut.. kita gi bawak makan tempat lain je la..
|
tempat ni baru lagi dirasmikan ni haa..
|
|
nah aku belanja korang harga Cendol Kampung Hulu masa aku pergi bulan Julai 2020 aritu.. kalau korang nak gi dah boleh bajet nak beli yang mana..
|
satu lagi yang terpaling tak best ialah balik makan tu boleh pulak tengok kereta kena saman pasal tak bayar parking.. aiseh.. lupa betul kami pergi tempat orang.. salah kami jugak tak cakna pasal ni.. berebut nak gi cari tempat makan viral punya pasal sampai terlupa cari kupon parking dulu.. jadi korang kalau nak jalan memana pastikan jangan ikut macam kami ya.. kalau kawasan tu ada kupon parking korang sediakan dari awal atau cari kat memana kedai yang jual kupon ya.. sampai sini dulu cerita jalan-jalan ke Melaka kami.. nanti aku sambung kat mana kami pergi lagi ya..
Ceritaita
Suka cendol, tapi sekarang susah nak dapat cendol rasa ori macam dulu. Santan kelapa sudah diganti dengan susu cair atau santan kotak!
BalasPadamBestnya jalan² cari makan dgn famili... bilalh covid ni nk berakhir... nk berjalan pun tak bebas... mcm ramai jugak kt kedai mkn cendol tu ye
BalasPadamwauu cendol siap ada durian seketul. sedapnyaaaaa
BalasPadam