Selasa, 22 Disember 2020

Ayam Panggang Baker's Cottage Yang Sedap dan Murah

Assalamualaikum semua,  aku nak cerita dengan korang pasal ayam panggang Baker's Cottage yang sedap dan murah ni haa.. kami beli minggu lepas.. lupa pulak nak cerita tu.. tapi tak kisahlah selagi benda tu masih dijual kira cerita ni masih laku la kan.. korang nak ke baca pasal ayam panggang Baker's Cottage yang sedap dan murah ni? 



Ayam Panggang Baker's Cottage Yang Sedap dan Murah


Sebelum tu aku nak cerita la dulu pasal Baker's Cottage ni.. aku memula dulu kenal Baker's Cottage ni masa aku belajar kat UPM dulu.. kira macam mengimbau kenangan la ni.. masa tu Baker's Cottage ni baru bukak cawangan dia kat Seri Serdang.. al maklumlah budak UPM kan suka sangat makan kat 'padang' tu kan.. bila tetiba ada rezeki lebih rajin tu pergi berjalan ke area Seri Serdang tu mencari makan.. 

'padang' tu bukanlah padang pun sebenarnya.. haha..dia food court yang jual makanan tengahari sampai malam.. paling popular waktu makan tengahari la.. sebab semua kedai akan hidangkan bermacam jenis lauk pauk sampai penuh meja.. harga pun memang sangat murah bagi pelajar macam kami dulu.. bila kau bayar sikit tapi dapat makan penuh pinggan terasa sangatlah dia punya syurga tu kan.. 

yang ni ayam blackpepper.. seeeksi kan.. hahaha


dan Baker's Cottage ni tak jauh la dari 'padang' tu pun.. tapi kalau korang suruh aku jalan kaki waktu sekarang ni pun.. mau aku pancit dah.. lama betul tak jalan kaki macam masa belajar dulu.. dulu terpaksa jalan kaki sebab tak mampu nak beli pengangkutan lain selain basikal.. sebab tu dulu boleh kurus.. abis grad berat aku cuma 45 kg je.. adoiii.. beza betul dengan sekarang ni.. 

eh meh balik semula cerita Baker's Cottage.. Baker's Cottage ni asalnya kedai kek dan pastri tau.. aku paling suka kek buah-buahan segar dia.. sedap gila sampai sekarang aku masih teringat.. tapi sekarang aku dah pandai buat sendiri kek buah macam tu.. penah ya aku buat.. walaupun kebanyakan masa aku malas.. hahaha.. 

ayamnya dibungkus dalam kertas ni supaya tahan panas..


kali ni Baker's Cottage ni memperluaskan pemasaran dengan sediakan hidangan utama pulak.. diorang mula jual nasi ayam wei..  nasi ayam dia aku belum berpeluang cuba lagi.. sebab aku lebih teruja nak makan ayam panggang Baker's Cottage yang sedap dan murah tu lagi.. adik aku la ni yang mula kenalkan kat aku.. memula kami beli seekor je nak cuba.. tapi lepas tu terjebak terus.. huhu

Ayam Panggang Baker's Cottage Yang Sedap dan Murah - yang ni yang BBQ


mana taknya.. harga ayam panggang Baker's Cottage ni cuma RM11.90 je tau..harga asal dia RM16.85 ya.. yang aku cakap tadi tu harga sementara promosi ni.. korang pergi la beli cepat kalau nak.. dia ada 2 pilihan perisa.. ada barbeque dan blackpepper.. kalau yang suka pedas boleh beli yang blackpepper.. aku beli dua-dua sebab ada si kecik super Adam yang tak tahan pedas.. dua ekor pun sekali hadap je habis.. tapi kami tak makan nasi la hari tu.. pada aku dua-dua la sedap.. lagi pulak bila cicah dengan sos dia tu.. lagi ummmphh la.. 

Nah banner untuk ayam panggang yang sedap ni.. 


sesiapa teringin boleh cari di semua cawangan Baker's Cottage terdekat ya.. kami ni di JB takde cawangan dia.. sedih betul.. yang ni pun kami beli di cawangan Baker's Cottage di Kluang.. review ni aku buat seikhlas hati tanpa bayaran ya.. kalaulah ada memana yang berkenaan dengan Baker's Cottage yang baca.. tolonglah bukak satu cawangan kat JB agar aku boleh sentiasa makan ayam panggang Baker's Cottage yang sedap dan murah ni ya.. terima kasih.. 

Update 30 Disember 2020, Cawangan Baker's Cottage di JB dah bukak di Taman Kota Masai dan Gelang Patah.. aku tunggu yang paling dekat kat Larkin katanya coming soon.. boleh follow fb page diorang kat Baker's Cottage ya!

Ceritaita




3 Luahan Ikhlas:

Suria Amanda berkata...

Seksi plak ayam panggang tu..nak cari la kat cawangan Seremban

Kak Sue berkata...

Nampak sedap ayam bakar nie Ita.. boleh lah Kak Sue cuba nanti..

Seri Kandi Di Tanah Jauhar berkata...

haaaa... baru nak tanya di mana cawangan JB, hahaha