Jumaat, 18 Disember 2020

Rumah kami banjir!

Assalamualaikum semua, panik ya bila baca tajuk Rumah kami banjir! kat atas tu kan.. begini ceritanya.. ni cerita hari Sabtu bulan lepas.. kisahnya lepas dengar je pengumuman PKPB ditamatkan di Johor kecuali di Kota Tinggi dan Mersing tu kami rancang la nak balik kampung sebab dah lama tak balik kan.. dah la dengar mak jatuh tapi masih tak dapat balik, jadinya hati ni rasa la jugak gundah gulana.. jadi kami dah gerak balik kampung pagi-pagi Sabtu hari tu.. dapat balik hari pun jadilah.. mujurlah dekat..

Rumah kami banjir! 


Waktu kami balik tu cuaca elok je lagi.. walaupun dah nampak la jugak langit gelap.. tapi masih la tak beranggapan apa-apa.. fikir nak balik kampung je masa tu.. tapi bila kami dah sampai kampung rupanya hujan turun mencurah-curah membasahi bumi.. kami tau pun bila jiran sebelah ni bagitau pada shah.. mujur ada jiran yang baik.. 

jiran hantar gambar macam kat atas tu.. waktu tu dalam pukul 3 petang macam tu.. sebelum tu air naik lagi tinggi.. nampak beza had air kat area penghadang tu.. mujur jugak la rumah tu ada penghadang tinggi kat beranda dia.. kalau tidak harus dah air tu laju masuk dalam rumah.. rumah ni pun tuan rumah dah siap pasangkan pam untuk sedut air kalau air berlebihan masuk.. alhamdulillah syukur la dapat tuan rumah yang perihatin.. jadi impak banjir ni taklah teruk sangat.. rumah sebelah kami ni dah siap air masuk kat dalam rumah paras buku lali dah.. dapur kami adalah sikit sampai alas kaki basah tapi taklah teruk.. 

Rumah kami banjir! 

sebenarnya sehari sebelum kejadian banjir ni air sungai tepi rumah kami dah naik air dah pun.. macam kat gambar atas ni.. katanya sebab air pasang besar waktu tu.. hujan lebat lagi pulak lagi la makin jadi teruk.. air datang dari jalan hala ke rumah-rumah yang belah atas dan bawah dari sungai dekat rumah.. bertembung nah teruslah bertakung kat situ.. 

jarak sungai dengan rumah

gambar atas ni nampaklah.. sungai tu bukan jauh pun.. cuma hari biasa tu korang nak nampak air pun susah.. air sikit je.. bila hujan lebat atau air pasang besar baru la airnya banyak.. kami pun terkejut mula-mula tengok.. tapi mujurlah air tak masuk dalam rumah.. cuma garaj kami bersih gila la macam ada yang cuci.. haha.. hikmah banjir.. eh satu lagi kereta wira kami tu dalamnya basah juga tau.. air masuk jugak.. berhari-hari jugaklah nak keringkan.. sekarang ni dah musim hujan.. pagi ni pun hujan lebat ni..  kami doa je la jangan jadi lagi macam tu.. 


Rumah kami banjir! Ni gambar dari rumah oran sebelah



tapi ada hikmah gaklah bila hujan.. air menyapu habis bersih garaj.. hehehe.. 


Ceritaita


17 Luahan Ikhlas:

Syaz Eym berkata...

Alhamdulillah dia tak masuk sampai dalam kan.. 😁

Litah L berkata...

bertabahla sis hehe
rumah mak dekat kampung pun sama. balik2 terkena banjir

ajumohit berkata...

sis syukurla air tak masuk dalam rumah kan, kalau tidak menangis nak membersihkan tu, lega dengar ada hikmahnya kejadian ni kan, tuan rumah dan settle kerja cuci garaj

Farhana Jafri berkata...

aduhhh seramnya tengok kereta dah tenggelam sikit. Risau masuk bahagian enjin je kalau banjir ni.

edahyukarim berkata...

Memang musim banjir ni..alhamdulillah rumah awak selamat dan garaj bersih, air free ☺️

Bella Jamal berkata...

Sekarang ni bila dah hujan mencurah-curah cepat sahaja air naik dan banjir kilat berlaku. Harap2 tak terkenalah masa di KL ni. Mesti panik kalo banjir kilat lepastu jika terperangkap dalam kereta. Semoga ada hikmah la kan.

Bae Roslan berkata...

aduiii lemah betul kalau banjir masuk dalam rumah. alhamdulillah tak masuk rumah. penat weh nak kemas bersihkan rumah tu. syukur takda apa2 ye.

Eiza GreenAppleKu berkata...

Tinggi juga banjir tu. Nasib baiklah tuan rumah dah pasang pam. Sekarang ni memang musim hujan. Kat Penang pun sama, asal petang je...mesti hujan. Bertabah la.

Dikbee berkata...

Mujur la tak teruk kan. Tp tu la, risau juga takut dibuatnya air naik tiba2. Tambah plak skang ni cuaca tak menentu, kadang hujan kadang panas.

Cik Min berkata...

Nasib tak teruk sgt tp risau gak kalo banjir camni takut binatang berbisa je. To mujurlah air tak masuk umah kalo tak adoiiii la..take care kak

Rollinggrace berkata...

alamak banjir pulak. hopefully the damage is minimal. guess this is what living during monsoon looks like!

Ummi berkata...

Uish tinggi jugak tu. Macam rumah mak saya aritu pun dah hampir2 banjir. Air dah naik di perkarangan rumah tapi nasib baik tak sempat masuk rumah lagi dah teduh.

Sis Lin berkata...

Allahuakbar..dugaan hujung tahun, nasiblah belum betul penuh tu air..
Sis belum pernah ada penmgalaman sebegini tapi simpati atas mereka yang alamainya...

Ruby berkata...

Semoga dipermudahkan urusan akak. Nak kena mencuci dan berkemas tu kak. Hujung tahun begini memang musim hujan. Rumah mak mentua dia Kuantan pun dah ready utk pindah ke rumah khas bila musim banjir tiba. Risau kan kak.

Kitkat Nelfei berkata...

Year end ni memang musim dia kan... Baca worldwide pun sini sana banjir... Hopefully all good now, stay safe ya!

Mahamahu berkata...

Bersabar dan bertabahlah untuk hadapi segala ujian ini moga kita terus kuat dimusim hujung tahun yang mendatang tiada siapa mintakan tapi ini semua ujian untuk umat yang kuat...

Zharif Azis berkata...

sekarang memang tengah musim hujan, tak berhenti dan lebat.semoga yg terkesan dgn banjir terus bersabar