Ahad, 7 Februari 2021

Ceritaita nak bagi hadiah!

assalamualaikum semua, lamanya tak balik ke masa lampau masa orang sibuk buat giveaway dan contest di sana sini tu kan.. dulu masa awal berblog masing-masing sibuk buat giveaway dan contest.. tak kurang juga yang rajin bersegmen di sana sini.. hari ni tiba-tiba pulak aku rasa macam nak buat giveaway yang simple dari Ceritaita.. yang bertajuk Ceritaita nak bagi hadiah!

Ceritaita nak bagi hadiah!


bunyi macam best kan? jadi hadiah pun mestilah best.. tapi aku bukan nak bagi hadiah banyak pun.. dan bukanlah best mana pun.. cukuplah sebagai ingatan.. dari blog Ceritaita untuk semua pembaca tersayang.. dan aku sediakan 2 hadiah untuk pemenang yang akan dapat nanti.. satu hadiah untuk pembaca bertuah dan satu lagi hadiah buat blogger yang bertuah.. hadiahnya aku taknak cerita dulu la.. bila dah ada pemenang je nanti aku terus bagi boleh ke macam tu?



eh nanti dulu aku belum cerita lagi apa kandungan post Ceritaita nak bagi hadiah ni dan apa yang korang perlu buat untuk menang.. macam aku kata giveaway ni simple je.. kalau korang perasan.. gambar yang aku tunjuk kat atas ni ialah pageview blog Ceritaita.. dan kalau korang perasan pageviewnya dah nak cecah ke angka 3 juta.. sekarang ni masa aku tulis dah 2,999,829.. jadi aku nak bagi hadiah kepada sesiapa yang boleh ambil gambar bila pageview blog Ceritaita mencecah ke angka 3,000,000.. 

disebabkan pembaca blog Ceritaita ni terdiri dari pelbagai sumber jadi aku buat terbuka tau.. korang boleh je  screenshot atau snap gambar pageview tu dan post di mana-mana media sosial yang korang ada dan boleh tag aku juga.. nanti aku sertakan link Ceritaita untuk semua media sosial.. dan hadiah akan diberikan terus kepada pemenang nanti.. jadi aku beri satu hadiah untuk kategori media sosial dan satu lagi untuk blogger bertuah yang rajin buat entri untuk pageview 3 juta aku ni..


Blog : www.ceritaita.com

Facebook : www.facebook.com/rozita.rahman.5

Instagram : www.instagram.com/ceritaita

Twitter : www.twitter.com/ceritaita

TikTok : @cerita_ita

email : rozitaabdrahman@yahoo.com


Jom join Ceritaita nak bagi hadiah! Selamat berjaya!


Ceritaita



6 Luahan Ikhlas:

Ciktie berkata...

Oo..milik siapakah ni bertuah tu yer

Suria Amanda berkata...

All the best ye Ita...

Kak Sue berkata...

Wah macam menarik ja nie Ita..

NA berkata...

Saya sudah dapat tangkap gambar page view 3 00 000!
Saya sudah pos tulisan mengenainya. Boleh lawat blog saya.
https://me-soul-searching.blogspot.com/2021/02/ceritaita-hendak-bagj-hadiah.html?m=1

Saya screen shot melalui telefon bimbit jadi pandangan muka tidak sama macam web.

mamapp berkata...

Alaa.. dah terlepas la ita.. terlebih 4. Siapalah insane bertuah tu ye

tarmizi berkata...

saya singgah dan follow