Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami - Cerita Ita                                                             Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami Langkau ke kandungan utama

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Rumah Terbuka kami setelah sekian lama 



Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas. 


Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad. 


Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya. 


Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka secara kecil-kecilan. Ada juga orang yang kemi terlupa jemput, terkilan juga rasanya sebab terlupa. 


Persediaan Majlis Rumah Terbuka


Persediaan betul-betul mengejut. Kami sedia beli barang cuma 2 hari sebelum majlis je. Semua menu makanan aku yang masak sendiri. Kali ni belum ada bajet nak buat tempahan jadi kita pulun la masak sendiri. Itupun kami sahkan majlis bila sekumpulan besar yang nak datang beraya tu sahkan tarikh mereka boleh datang.


Kenapa kami buat macam tu? Salah satunya sebab risau takde yang datang dan makanan akan membazir sebab takde yang makan. Jadi jemputan lain kami jemput hadir kemudian bila kumpulan besar ni dah sahkan betul-betul.


Menu Rumah Terbuka 

Juadah yang ada pada hari kejadian

Alhamdulillah aku sempatlah masak beberapa menu macam rendang daging, kari daging, kari ayam,  roti jala,  ketupat segera, sayur goreng jawa,  bihun sup ayam dan agar-agar. Ada jugak kami hidangkan buah tembikai dan kuih raya. 


Syukur aku sempatlah masak semuanya dalam masa yang agak terhad. Pulak tu pressure cooker pulak dah rosak kan.. jadinya aku masa dengan dapur biasa semua menu tu sorang-sorang. Macam tak percaya pulak dengan kemampuan diri. Aku mana biasa masak dalam kuantiti banyak macam ni. 


Dulu pun masa kami buat majlis di rumah Kuantan, kami tempah je. Ada satu je menu aku masak yang lainnya tempah je. Tapi bila dah buat barulah faham sebenarnya pengurusan masa tu je yang penting. Bila kau susun sebaiknya insyaAllah boleh. 


Menunggu kedatangan tetamu


Aku dah siap masak semua aku serahkan bahagian menghias dan buat air untuk Shah buat. Bahagian ni Shah lebih hebat jadi aku bagi ke dia je la uruskan. Tugas aku memasak je. 


Kami buat majlis dari pukul 2 sampai malam. Syukur sampai pukul 10 malam pun masih ada tetamu yang hadir. Makanan pulak cukup-cukup untuk majlis tanpa pembaziran. Syukur betul. Adalah yang tetamu dapat bawak balik sikit-sikit. 


Terima kasih buat keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir masa tu. Yang kami terlupa atau tak sempat jemput kami mohon maaf ya. InsyaAllah ada rezeki nanti kami akan buat dan jemput lagi. 

*ada gambar yang belum masuk lagi.. nanti-nantilah aku masukkan

Ceritaita


Ulasan

  1. bukan kerja mudah juga untuk menyediakan juadah rumah terbuka...selain ...kos. masa dan tenaga benyak dikorbankan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sebab tu fikir panjang juga bila nak buat. Belum lagi bila dah buat tetamu tak datang dan makanan bazir lagi.

      Padam
  2. Kagum dengan orang yang mampu masak sendiri buat rumah terbuka ni tau.

    BalasPadam
  3. Memang penat. Nasib baik tidak berlebih.

    BalasPadam
  4. Menu semua nampak sedap kak ita..

    BalasPadam
  5. Banyak juga Ita masak, sedap-sedap menu

    BalasPadam
  6. seronok dapat jumpa kawan kawan sambil makan. tapi tu la, nak jd host open house ni banyak persediaan yang nak dibuat

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..Moga dilimpahkan Rezeki akak buat makan makan tuk orang..Tahniah Kak..Anda mampu!! Saya?? Hmm.memang order aje senang..Hahahaa

    BalasPadam
  8. Kak Sue hari tu jiran-jiran selorong berpakat nak buat majlis hari raya juga tapi buat potluck. Tak ada lah letih sangat. Nie plan nak buat doa selamat sambil jamuan terlajak raya lah nanti juagk nie.. hehehe..

    BalasPadam
  9. seronok sgt bila tetamu dtg kan. kalau dekat aku sampai dah umah ko huhu

    BalasPadam
  10. bestnya ada makan2..tahun ni akak x buat open house

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat