Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Mencuba Subway Spicy Ramyeon Meatball. Apa rasa dia?

Cuba Subway Spicy Ramyeon Meatball Sandwich Baru

Spicy Ramyeon Meatball by Subway


Assalamualaikum semua, tak sempat menulis.. ada banyak cerita nak cerita tapi sampai tak tertulis dah ni. Tak sempat wei. Baru ni aku keluar kawasan sebab hadiri mesyuarat di Putrajaya. Jadi aku tempah penginapan di Cyberjaya. Kiranya tak jauh sangatlah dengan pejabat dan tempat mesyuarat. Nanti aku cerita pasal hotel ni. Aku nak cerita dulu pasal makanan. Makanan kan selalu lebih penting dari tempat tinggal.. eh ye ke? hahaha

Inti pilihan.. spicy meatball kat hujung sekali belah sini tak nampak pulak


Masa aku duduk kat sana, terfikir jugak nak makan makanan cina. Ada satu tempat best kat area situ. Pun tak sempat cerita lagi. Gambar dah banyak ambik dah. Cerita tak sempat je nak tulis. Tapi takpe meh aku cerita dulu pasal aku cuba subway baru Spicy Ramyeon. Harus cerita la sebab benda baru kan.. mesti korang nak tau sedap ke Spicy Ramyeon Chicken atau Meatball kat Subway ni kan?

Spicy Ramyeon Sandwich Subway


Ok mari baca, masa jalan-jalan cari makan tu aku dah rambang mata dah pun. Terbayang semua makanan sedap sebab aku tengah lapar. Tapi tiba-tiba terpandang pulak kat banner kat Subway. Eh.. ada sandwich baru la kan Subway. Masa ni memang dah berkira-kira nak makan kat Subway sebenarnya. Aku dah terbayang makan Meatball Marinara je. 

Sekali bila ternampak banner tu kan macam.. wah.. ada spicy ramyeon pulak. Ada 2 pilihan chicken dan meatball. Orang yang suka daging macam aku haruslah pilih meatball kan. Bercahaya muka aku bila nampak ni wei.. haha.. ngam terus nak beli. Aku dah terbayang rasa sos pedas Korea tu kan..

Satu set RM16.95


Aku pun orderlah satu sekali dengan air. Macam biasa aku tak ambik biskut. Ambik set basic je, sandwich dengan air. Air aku ambik jus oren. Aku pilih roti parmesan cheese untuk roti. Sayur macam biasa semua aku sumbat kecuali salad dan timun. Untuk sos aku tambah sos cili, spicy mayo sauce dan cheese sauce. Bila dah siap semua dibungkus dan aku bayar. Harga semua RM16.95 sekali dengan cukai. Aku bawak balik makan kat bilik hotel.

Menyesal tak sudah!

Sesungguhnya ianya bukanlah tindakan yang bijak ya. Pergi campurkan 2 jenis sos pedas dalam sos ramyeon tu. Ok rasa berasap mulut aku bila sudah makan. Lagi menyesal pulak tu bila aku makan kat dalam bilik dan tak boleh nak refill air. Pijar wei mulut aku masa tu. Sudahnya sebab air tak cukup aku basuh mulut dengan air paip kat bilik air je la.. hahaha.. pengajaran betul.

gambar luaran dia

Berbaloi!

Tapi pendapat aku Spicy Ramyeon Meatball ni sedap dan boleh ulang beli lagi nanti. Harap-harap ianya tak bermusim dan akan ada selalu la. Bagi yang suka pedas aku rasa ianya pilihan yang baik. Tapi serius jangan tambah lagi sos pedas yang lain-lain huhu. Lainkali boleh cuba versi Spicy Ramyeon Chicken pulak ke kan.. menarik betul rasa pedas Korea dia. Wajib cuba la korang.

gambar close up dalam dia.. sangat comot ya


Pada aku sangat berbaloi untuk cuba. Tapi kalau korang bukan peminat makanan pedas, jangan sesekali cuba ya. Seram berulang ke tandas je kang. Kalau pada aku kepedasan dia ok lagi walau aku berulam dengan air je masa makan tu. Pijar la sikit rasanya tapi masih boleh terima kepedasannya. Cuma pastikan ada air lain selain secawan air jus oren. Hahaha.

Ceritaita


Ulasan

  1. Rasa hendak cuba juga.
    Kalau saya pilih semua sayur kecuali timun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka timun tapi bila letak dalam sandwich subway dia jadi berair tak best pulak

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus